Nuffnang Advertisement

Thursday, April 20, 2017

Belajar dari kesilapan....


Ini lah pandangan Kak Elly setiap hari. Tengok staff bekerja setiap hari buat Kak Elly dan team lebih bersemangat. Kehidupan kena teruskan walaupun orang tak habis menghentam dan mencari kelemahan kita. Banyak benda lagi kitaorang kena fikirkan. Semua pekerja harus dibayar gaji, nak uruskan company, agent2 dan stokis harus dijaga. Dari sibuk nak baca merempan korang tulis sana sini nak tunjuk apa yang korang suarakan baik akak duduk diam2 bekerja macam biasa. Korang terus kan perjuangan yang korang nak buat sebab memang dari awal kita nak mengaku kesilapan kita.




Macam Kak Elly cakap tadi pandangan ini lah yang menguatkan kitaorang. Rezeki dikongsi bersama. Sama2 majukan company. Tak boleh lari mana pun salah tetap salah cuma apa yang perlu kita buat perbaiki untuk menjadi lebih baik. Kesilapan mengajar kami supaya lebih berjaga2.

Aku, Peej dan Filla selalu duduk dan berbincang bersama apa lagi perlu kita buat untuk kita perbaiki. Pengalaman kita bukan lah banyak sangat jadi kita belajar dari kesilapan. Tapi dalam masa yang sama kita tetap berbangga dengan pencapaian kita waktu ni. 

Alhamdullilah almost 70% tahun kita dapat cover semua benda. Dari segi GST, income tax dan insurance untuk staff , kecurian dan dll semua telah kitaorang laksanakan. Dari tak tahu semua benda kita dah semakin tahu dan semakin sempurna. Kita ambik orang yang boleh guide kita dari segi kewangan supaya tidak tersasar dari budget yang diperuntukan. 

Kitaorang masih mentah masih tak cukup pengalaman dari segi handle kewangan tapi alhamdullilah kita dapat Financial advisor yang sangat2 berpengalaman. Walaupun berkumpul sebulan sekali tetapi input yang diberikan sangat2 berguna. Konsep Fame tak tahu kita sama2 belajar dari orang yang lebih tahu...gitu




Bila barangan yang dijual mendapat sambutan ini lah kepuasan kami. Maknanya markerting kita berjaya. Kitaorang sentiasa fikir untuk mencari kelainan dan pelbagaikan cara marketing. Belajar dengan orang yang lebih tahu. Bukan dengan cara meniru atau memburukan produk orang lain. Kita sukakan persaingan sihat. Buat kawan bukan lawan sebab kita sama2 berniaga. Pengalaman setiap orang tak sama.




Paling penting stock kena sentiasa mencukupi. Kita selalu promote tapi barang yang dijual dah habis. Kecewa pelanggan. Kalau dulu rasa hebat sangat kalau produk habis tapi hakikatnya dalam perniagaan stock kena selalu mencukupi. Especially kalau kita ada agent dan stockist. Kesian diorang nak berniaga tapi barang HQ tak dapat sediakan. Jadi peniaga diluar sana pastikan stock korang sentiasa mencukupi jadi marketing kita akan sentiasa berjalan. Pengalaman tahun lepas cukup mengajar kami. 2 minggu selepas puasa baru stock sampai. Stokist, agent dan pembeli sangat kecewa dengan system kami pada waktu itu. Jadi belajar dari kesilapan.





Diorang bertiga ni orang kuat Fame. Dah boleh serahkan tugas. Kalau dulu ini lah kerja kitaorang bertiga sekarang semua diserahkan dekat diorang. Ini maksud Kak Elly dalam perniagaan kita kena sentiasa maju kedepan tak kisah kiri kanan dugaan perniagaan kena teruskan. 


No comments: