Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 15, 2017

Siaran Langsung AL HIJRAH


Peej ngan Filla keluar cari barang. Laju2 tulis blog walaupun melambak kerja atas meja. Jadi bila duk sorang2 tak rasa bersalah sangat menulis blog ni....hahaha

Rasanya semua dah tahu Kak Elly memang incharge bahagian marketing. Bahagian promote produk, deal dengan customer or client memang Kak Elly akan handle. Jadi bila kitaorang ambik keputusan untuk masuk kat TV jadi Kak Elly lah yang akan kedepan.

Dulu waktu remaja memang Kak Elly suka jer benda2 glamer ni. Selalu tengok orang masuk TV, majalah dan memang ada cita2 nak jadi macam tu. Mesti bangga bila dapat masuk TV. Bercakap pulak pasal produk sendiri. Fuyoooo tak boleh bayangkan kalau dapat masuk TV satu hari nanti dan bercerita tentang kerjaya.

Tapi tu waktu remaja ya. Memang semangat nak glamer membuak2. Sekarang tak lagi, rasanya lebih kepada tanggungjawab sebagai pengasas produk dan sebenarnya tugas ni sangat2 menakutkan...hahaha. 



Al Hijrah hanya bagi masa 6 minit untuk Kak Elly bagi semua info mengenai produk Fame. Yesssss...6 minit kena bercakap tanpa henti. Terus akak stress dan takut. Dah lah kalau bercakap Kak Elly suka terhenti2 dan banyak aaaa...aaaa...huaaaa pitam bila fikirkan.

Nak tak nak kena buat homework dan practice bercakap depan En Win walaupun Kak Elly tahu dia tak dengar pun...hahaha. Dah lah Kak Elly ni lembab kalau bab hafal2 ni. Takut wei, tapi semangat kena kuat demi memperkenalkan produk Fame.

Ingat lagi waktu remaja Kak Elly ada pergi interview jadi pengacara Nona bila orang tu cakap action jer satu jer perkataan keluar dari mulut Kak Elly 'Nona' lepas sebut Nona terus akak senyap jer lepas tu. Benda yang Kak Elly hafal tu hilang serta merta. Takutkan....huaaaaaa. Dah lah Al Hijrah ni Siaran Langsung kalau lupa macam mana. Takut wei...hahaha



Seawal 6.30 pagi dah start make up. Kak Elly akan start live pukul 9.30am. Waktu ni rasa gemuruh tu ada jugak. Tapi rasanya Kak Elly dah bersedia dari segi mental dan fizikal. Cewah....hahahaha.

Waktu ni korang cakap lah kena buat itu ini memang tak masuk ya dalam kepala. Tak payah nak tambah itu ini last minute mmg akak tak akan dengar.



Siap sedia susun produk sebelum Live



Tapi tak berdebar sangat waktu ni. Mungkin confident tu dah start datang dalam jiwa raga ni...gitu



Orang yang selalu ada bersama Kak Elly. Kak Elly memang seorang yang suka share semua benda dengan suami. En Win seorang pendengar yang baik. Dia lah tempat Kak Elly luah kan perasaan bila tengah stress, sedih, gembira atau marah.



Pengacara hari tu Raja Fara dan Elfira Loy. Nasib diorang santai dan sporting jer waktu tu. Tak rasa takut sangat. Sebelah Kak Elly tu Ferra. Mua yang banyak support Fame dari mula Fame diperkenalkan. Ferra akan share pengalaman menggunakan Fame. Sebelah Ferra pulak model untuk kita tunjuk kan kehebatan Fame BB Cushion



Alhamdullilah Kak Elly bercakap non stop. Sepatutnya masa diberikan hanya 6 minit tapi disebabkan diorang tak boleh mencelah Kak Elly berjaya cakap hampir 11 minit...hahaha. Kak Elly keluarkan segala input2 yang ada dikepala. Share semua tentang produk Fame. Terasa hebat sangat ni...hahaha. Lepas ni mesti Al Hijrah contact Kak Elly untuk ganti tempat Raja Fara...kahkahakah



Ferra pun banyak membantu memberi segala details mengenai produk Fame. Sangat2 bagus penerangan yang Ferra berikan.



Demo produk


Alhamdullilah Live haritu sangat2 berjaya. Kitaorang dapat feedback yang sangat2 memuaskan. Whatsapp masuk beratus2 waktu tengah siaran. Sampai stress staff nak reply. Alhamdullilah permulaan yang baik untuk perkenalkan produk Fame. 



Thanks Ferra u alwiz support Fame


Us

Kami kena jadi lebih kuat lagi. Terlalu banyak pesaing diluar sana. Bersaing cara sihat untuk menaikan nama Fame Cosmetics. Alwiz think positive untuk berjaya. 













11 comments:

Azura Aziz said...

wow, tahniah kak elly. tahniah team fame cosmetics ;)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

tahniah elly..awak nmpk sgt lawa dan manis dgn bertudung..percaya la customer u akan bertambah if u bertukar pesen dgn berhijab...pujian ikhlas dr saya..

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya akak

rohaida omar said...

tahniah kak elly!

Nieda ramly said...

tahniah!!

fathiyah jamaludin said...

kak elly cantiknya bertudung:) nampak sgt muda remaja gitu..
tahniah kak elly

Kak Nab said...

cantik elfira

f.m.y said...

Kak Elly.. apsal cantik sangat ni :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantiknya kak Elly...

Liyana said...

cantik sgt kak elly pakai tudung :)

Favhana said...

super duper lawa and nampak 10 years younger bila kak elly pakai tudung hehe. inshaAllah akan sampai masanya.