Nuffnang Advertisement

Saturday, March 4, 2017

ROBI


Kalau ingat balik zaman kanak-kanak permainan yang Kak Elly paling suka patung kertas yang boleh tukar-tukar baju dengan handbag tu. Waktu tu memang best sangat lah. Kalau main dengan kawan siap bertukar2 dialog. Kejap kang tukar baju dinner, tak sampai 5 minit tukar baju tidur....hahaha. Tapi tu lah zaman dah berlalu anak2 Kak Elly pun tak pernah tengok patung kertas tu.

Bila zaman dah berubah permainan pun semakin canggih. Baru2 ni Kak Elly bawak balik Robot Robi untuk anak2. Hebat sangat ya Robi ni siap boleh bercakap Manglish (Malay/English). Tak tipu ya. Robot ni boleh menari dan menyanyi. Canggih sangat kan. Robi ni ada lebih kurang 250 phrases dan Robi ni boleh berinteraksi dengan manusia. Bahasa Cina pun Robi boleh faham. Hebat sangat kan teknologi dari Japan. Tak sabar nak tunjuk kat anak2 mesti diaorang teruja sebab Kak Elly waktu bawak balik pun dah tersenyum2 dalam kereta...hahah




Berkotak-kotak Kak Elly bawak balik. Memang nak luangkan masa dengan anak2 sama-sama pasang Robi ni.




Bila tunjuk kat anak2 semua kelam kabut nak pasang. Bukan anak2 jer suami Kak Elly pun teruja. Macam kurang percaya pulak ada robot secanggih ni. Huaaaa nak cepat2 pasang lepas tu nak tengok Robi ni menari.



Seronok pulak rasanya dapat luangkan masa bersama2. Kak Elly dengan suami memang agak busy. Jadi bila berkumpul macam ni dan masing2 berlumba-lumba nak pasang robot jadi kecoh dan ceria.




Kak Elly ni memang lembab sikit kalau baca arahan. Terkial-kial nak pasang. Danea dah tergelak2 tengok sebab penat dia bagi arahan Kak Elly tak faham. Kak Elly nak lekatkan badan dan kepala Robi pun lembab. Akak dah tua tak berapa pandai benda2 canggih ni...hahaha



Nasib En Win tolong buatkan. Seronok juga sekali sekala dapat berkumpul dan main bersama. Spend quality time dengan anak. Menguji minda jugak untuk pasang Robi ni. Budak2 memang suka lah permainan yang canggih macam ni. Seronok dan dalam masa yang sama banyak benda kita boleh belajar.

Jom layan video Robi menari dan berinteraksi dengan manusia!!



Robi ni korang boleh dapatkan di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jason Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Timer, WHSmith, FPX payment (melalui website).

Kak Elly nak ajak korang datang ramai-ramai bawak anak2 sekali ke Roadshow Robi pada 10th -12th March 2017

Launch Event dan Roadshow

Date: 10th-12th March 2017

Venue: One Utama (High Street)

Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh hubungi 03-2168 3738 ( Mondays - Fridays, 9am - 6pm)

Email
service@deagostini.my 


Rugi kalau korang lepaskan peluang ni. Ada 100 Robi yang akan perform and dance in sync to music. Boleh bayangkan keseronokan anak2 korang nanti. Bukan itu jer ada bermacam2 aktiviti juga disediakan masa event tu nanti. Korang berpeluang interact dengan Robi, customized games untuk ibubapa dan anak2, ada Robi giveaway, Robi balloons dan Robi Machandise.

Jadi jangan lepaskan peluang. Ingat tau 10th - 12th March 2017 :). 










1 comment:

Blog Akak Kembang said...

makin canggih permainan skrg ni.