Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 1, 2017

Forgive and Forget


Minggu ni luangkan masa jumpa kengkawan lama. Bergelak ketawa bila cerita kisah dulu. Cepatnyer masa berlalu. Cepatnyer kehidupan seseorang itu berubah. Kawan datang dan pergi. Bersilih ganti hanya kenangan yang akan disimpan selama-lamanyer. Minggu ni Kak Elly agak emo sikit. Biasa lah perempuan kalau period cenggini lah keadaannya. Anak tunggu depan pintu pun sedih...huhu.

Borak2 dengan kawan lama semalam nama Hawa kat cafe. Banyak topik yang keluar. Dari satu topik ke satu topik. Tetiba terkeluar topik yang buat Kak Elly terpukul dan tersedar. Topik Forgive and Forget. Dia kata ada satu couple ni nampak sangat romantik dan bahagia. Terlalu bahagia sampai dia terfikir pernah tak couple ni bergaduh besar. Actually couple yang dia cerita ni kawan Hawa jugak lah. Dia berani kan diri bertanya kepada isteri pasangan tu. "Korang ni romantik sangat lah. Pernah tak korang bergaduh besar?. Kepochi gaks lah Hawa ni...hahahaha macam akak jugak.

Selamba jer bini dia jawab 'Suami dia pernah melakukan kesilapan yang paling besar, kesalahan yang kalau perempuan lain rasanya tak boleh maafkan'. Tapi saya mengambil pendekatan FORGIVE AND FORGET. Kalau dia menyesal dengan apa yang dilakukan apa salahnya kita Forgive tapi makesure kita Forget jugak sebab kalau kita tak Forget kehidupan tidak akan sama macam dulu. Tapi kalau kita Forget, insyaallah kita akan jadi lebih bahagia.

Kak Elly ni jenis Forgive tapi jarang Forget kesilapan yang orang lakukan keatas Kak Elly. Kebenaranyer kita tak akan tenteram sampai bila2 sebab parut yang ditinggalkan dari sesiapa yang membuat kesilapan masih kekal dijiwa Kak Elly dan sampai bila2 benda tu akan berbekas dan Kak Elly ingat kesilapan yang dilakukan sampai bila2.

Tapi bila dalami apa yang 'bini ' tu cakap banyak betulnya. Cuba maaf kan seseorang dengan sepenuh hati dan lupakan kisah lama. Tapi makesure dia sedar dengan kesilapan yang dilakukan. Rasanya kehidupan kita tenteram rasanya. Hmmmm kena ubah sikap macam ni. Kak Elly ni jenis mudah memaafkan tapi susah untuk lupakan. Bila malam teringat2 jer kesilapan orang yang buat kita sebab Kak Elly jenis yang suka pendam dan dendam.

Satu topik yang sangat bagus dalam perbualan semalam. Topik yang insyaallah Kak Elly akan cuba ubah dalam diri ni. Doakan :)  

4 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya pun pernah alami perkara yang sama macam kawan kak hawa tu..Rasanya kalau perempuan lain mesti tak boleh maafkan..Tapi saya bagi peluang dan forgive dan forget..Alhamdulillah keadaan makin baik..Memang kena ajar diri untuk forgive dan forget..In sya allah semua akan ok.

SueGinola said...

Salam Kak Elly...

Betul la tu..nak forgive senang, tapi nak forget tu macam agak payah kan...

So camno tu?...

Diana Kuddus said...

Selagi tak forget, kemungkinan kita masih lagi tak forgive walaupun cakap dah forgive... Fikir-fikirkan :)

Sue said...

saya pun jenis forgive but not forget. susah la...