Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 22, 2017

Hari2 akak


Penat haritu membebel kat Facebook. Hari ni rasa nak sambung kat blog pulak. At least ada lah kenangan bila baca blog ni balik nanti. Giler poyo mengadu pasal kerja...hahaha. Padahal semua orang pun sibuk. Tapi serious otak letih sebab macam2 benda kena fikir. Pertukaran company dari Trading ke Sdn Bhd bukan satu benda yang mudah. Sekarang Ellfie Beauty pun di bawah Fame Cosmetics Sdn Bhd supaya memudahkan kita untuk audit dan memudahkan juga dari segi pembayaran income tax dan GST. Buat sekali jer tak perlu sana sini nak kena bayar.

Bermula dengan mencari Company Secretary, open account, tutup KWSP, Perkeso, Insurance dan transfer semua ker company yang baru. Discuss setiap bulan dengan Financial Controller untuk mendapatkan target sales yang supaya senang untuk kita tahu budget yang perlu dikeluarkan setiap bulan supaya tiada kerugian nanti.

Perah idea untuk produk baru dan cara marketing yang betul supaya tidak berlaku membazirkan nanti. Beberapa projek sepanjang tahun kena fikir dan jalankan. Dalam rancangan tahun ni mungkin akan ada 5 projek besar yang akan dilaksanakan. Turun naik kilang untuk pastikan sample betul2 menepati apa yang kita mahukan. Belum lagi dari segi packaging dan bermacam2 lagi.

Belum habis fikir tentang marketing, kena fikir pulak reward untuk Stokis dan agent2 yang telah banyak membantu kitaorang sejak tubuhnya Fame Cosmetics. Stock kena sentiasa mencukupi. Exhibition pun kena fikir jugak tempat2 yang kitaorang perlu pergi. Letih bila fikir semua ni. Tapi sumpah Kak Elly tak merungut sebab ini adalah tanggungjawab. Cuma luahan sahaja dan benda2 ni lah korang kena buat bila ada company nanti.

Sekarang agak rasa terbeban sikit bila income tax menjelang tiba...hahaha. Belum lagi GST yang kitaorang kena hadapi setiap kali invoice datang. Macam mana nak rolling kan duit setiap bulan pun satu penyeksaan....huaaaaaa. Dah lah kitaorang ni belum cukup ilmu. Jadi banyak benda yang perlu kitaorang belajar. 

Staff kena bayar Perkeso, KWSP, Insurance, PCB semua. Kalau tak bayaran boleh kena tangkap nanti. Jadi makesure korang kena ambik tahu semua benda ni. Tapi alhamdullilah kitaorang boleh nampak proses tu. Makin hari makin banyak kitaorang belajar.




Walau sibuk macam mana pun kitaorang kena luangkan masa untuk attend event kawan2. Support sesama sendiri. Luaskan networking....gitu.



Kena ambik tahu trend semasa jugak. Kena lah buat FB Live supaya produk kita semakin dikenali. Jadi kena lah berani berceloteh didepan phone walaupun tak suka buat benda2 ni semua. Kak Elly bukan jenis yg berani sangat tapi kena push diri demi memperkenalkan produk yang dijual. Kena banyak jumpa orang sana sini. Kena pandai berkomunikasi supaya orang selesa bila bercakap dgn kita. Nasib baik dulu Kak Elly ada experience waktu jadi secretary. Jadi nak mula kan topik perbualan boleh lah...hahaha.



Ini pun part of marketing jugak. Cari kelainan dari segi photoshoot. Kalau boleh tak nak sama dengan gambar2 yang sebelumnya. Jangan guna photographer yang sama. Idea tu penting untuk menghasilkan gambar yang cantik supaya boleh gunakan untuk marketing nanti.

Kena banyak survey gambar2 dari jenama yang hebat. Paling penting cara model yg berpengalaman supaya senang kerja korang nanti.

Kalau dulu masa photoshoot waktu tu lah baru nak bincang pasal make up, rambut, konsep semuanya. Baju pun asal blh jer bila photoshoot. 

Banyak kitaorang belajar dari kesilapan. Meeting dgn semua team seminggu sebelum photoshoot. Jadi kita lebih focus tentang konsep, background, make up dan pakaian yg sesuai. 


Huaaaa terus rasa bangga bila tgk gambar ni. Sangat2 puas hati. Banyak kelainan yang kita cuba tonjolkan. Lebih focus kepada produk. Photoshoot seharian untuk dapatkan hasil yang sangat bagus. Paling penting komunikasi dengan photographer. Terangkan konsep yang kita mahukan.



Tahun ni kitaorang aktif jumpa semua stokis dan agent2. Share marketing, share pengalaman dan sessi luahan pendapat.

Setiap hari banyak benda kitaorang pelari. Setiap masalah insyaallah ada jalan penyelesaian. Paling penting berusaha dan terus berusaha. Itu jer ya buat masa ni.....hahaha












2 comments:

Mrs Pip said...

Semoga elly terus berjaya ...
And terus tulis blog yer...
Kita suka baca you ols punya blog,
Si filla n peej too ....
You ols are very awesome ladies ...
Cheers.

Mimie Roses said...

Assalam Kak Elly,

saya ni memang pembaca setia blog kakak. tiappp hari bukak walaupunnnn bukan entry baru. hihihi

moga kakak terus sukses dalam bisnes kakak.

baca entry kakak, mimi tau kakak penat sangat. mimi cadangkan kakak ambil supplement kesihatan. Mimi nih seorang Shaklee Independent Distributor. copppp jangan kecam saya dulu. saya terpanggil untuk bantu kakak dapat kesihatan yang lebih baik. Walaupun kita dah ada segala galanya, tapi kalau sakit tak guna juga. betul tak?

fyi, shaklee adalah 1 organisasi yang amat kukuh di malaysia dan juga luar negara. produknya 100% natural dan mempunyai LANDMARK STUDY iaitu setiap produk ini telah dikaji oleh saintis terkemuka bagi membuktikan keberkesanannya.

maaf celoteh panjang2, kalau kakak pentingkan kesihatan boleh reply komen/email saya mimieinnerbeauty@gmail.com

tata.