Nuffnang Advertisement

Monday, February 6, 2017

Borak jom...


Bukan main tajuk ajak borak, padahal nak menulis pun tak ada masa. Hari2 ada jer benda nak buat. Sebelum nak menulis macam2 idea datang. Bila nak tulis jer terus idea hilang. Faktor usia sangat tu...hahaha

Awal tahun banyak sikit kerja nak handle. Fame Cosmetics dah Sdn Bhd sekarang jadi banyak urusan kena selesaikan. Company Secretary, Open Acct, KWSP, Perkeso staff semua kena transfer ker Sdn Bhd. Now kita dah ada Financial Controller untuk nasihat benda2 yang perlu dan tak perlu kita buat. Kalau dulu suka2 jer bagi gaji kat diri sendiri, suka jer guna duit marketing tanpa had, suka2 jer beli barang..hahaha. Tadi sekarang semua kena ikut nasihat Financial Controller supaya keuntungan boleh lihat dengan lebih jelas lagi. Macam mana nak manage duit Company supaya lebih teratur lagi 



Bulan 10 kitaorang dah start order sana sini untuk stock raya nanti. Banyak pengajaran dari tahun lepas. Beratur nak order barang. Bila Raya stock tak cukup. Rasa kecewa sangat waktu tu sebab permintaan ada tapi barang dah habis. Tapi tu lah kalau kita tak buat kesilapan kita tak akan belajar.

Ini pun baru 1st round sampai. Insyaallah bulan 3 akan sampai 2nd  round pulak. Jadi apa yang ada kita akan hantar ke kilang dulu untuk proses. Nampak macam mudah kan proses ni, order lepas tu hantar. Tapi sebenarnya macam2 kena buat. Order kotak, sticker, kena check setiap satu takut ada kerosakan nanti...rasa nak pitam. Itu baru satu produk. Tapi tak apa lah dah bidang ni kitaorang pilih kena lah sentiasa positive.



Hari tu sempat lah kitaorang curi masa untuk pergi SPA. Setahun sekali rasanya dapat buat aktiviti macam ni. Masing2 ada anak kalau nak pergi weekend mmg tak dapat lah jawabnyer. Takpe lah kitaorang baru bertapak. Insyaallah pelan2 lah kerja sampai masa kita akan lepaskan kat staff nanti. Now kitaorang still handle banyak benda lagi. Orang kata belajar dari bawah. Nanti kita tahu macam mana susahnya staff handle sesuatu pekerjaan. Ok dah nak balik. Tadi ajak borak kan tapi macam akak jer borak....hahaha. 

No comments: