Nuffnang Advertisement

Monday, January 23, 2017

Suka makan


Minggu ni rasa free sikit. Jadi memang decide nak luangkan masa dengan anak2 jer. Kak Elly dengan En Win kalau hujung minggu memang akan keluar. Kitaorang jarang habiskan masa dirumah. Weekdays memang tak kemana. Jadi weekend lah kitaorang akan berseronok2 diluar.

Time makan jer lah dapat duduk bersama2. Waktu lain masing2 dalam bilik buat aktiviti masing2. Anak2 dah semakin membesar jadi gurau senda tu agak kurang sedikit. Rindu zaman diaorang masa kecik dulu. 

Kehidupan yang agak boring sebab masing2 banyak benda yang hendak difikirkan. Jadi memang weekend jer kitaorang dapat peruntukan masa bersama. Nak tunggu percutian pun setahun sekali jer :(


Kak Elly bukan seorang ibu yang rajin memasak. Tapi gagahkan diri juga sebab tak sanggup nak keluar setiap hari. Apa yang sempat jer masak. Janji perut anak2 dan suami dapat diisi. Alhamdullilah En Win dan anak2 tak cerewet dari segi makanan.

Sebagai isteri ini lah tanggungjawab yang kita kena pikul. Malas atau rajin tetap kena buat. Satu hari kita akan rindu nak buat ni semua bila anak2 dah besar dan berjauhan. Nanti tak ada siapa nak makan lagi masakan Kak Elly bila anak2 dah kawin...haha (emo sangat ni)

Kak Elly ni ibu yang tak pandai nak luahkan kasih sayang. Kak Elly agak garang berbanding En Win. Tapi dalam diam selalu tak sampai hati nak tolak permintaan anak2. Perangai Kak Elly sebijik macam mak, jarang luahkan tapi Kak Elly tahu betapa sayang nyer seorang ibu terhadap anak2nya.



Penat cari duit jadi memang untuk anak2. Makan lah korang sebab Kak Elly ngan En Win pun suka makan. Mahal sikit pun tak apa sebab kitaorang penat cari duit jadi ini pun salah satu reward untuk diri sendiri dan anak2. 

Dah segi makanan Kak Elly agak kurang berkira sikit. Makan lah selagi korang larat. Konsep Kak Elly dengan En Win makanan itu satu kepuasan...hehe. Jangan ingat kitaorang kaya pulak asyik makan sana sini. Konsepnyer ada duit kita belanja lah tak ada duit duduk diam2 kat rumah...gitu

Kalau tak makan pun duit tu akan habis ketempat lain jugak. Jadi kalau boleh tak nak tahan tekak. Betapa penatnyer nak cari duit jadi tak salah kalau dibelanjakan sikit untuk kepuasan. Itu konsep Kak Elly lah. Lain orang lain cara. Ada jer orang rasa bahagia jer makan kat gerai dari makan di restaurant. Itu semua terpulang kat diri masing2. 




Kak Elly suka makanan yang lengkap. Maksudnya ada appetizer, main dan dessert. Baru memberi satu kepuasan...haha. Melampau kan lepas tu gemuk bising. Kalau gi restaurant lah. Kalau makan kat mamak mana nak cari dessert bagai...hahaha

Dari kecik sampai dah ada anak seorang baru lah  rasa hidup senang sikit. Apa yang tak pernah rasa of course Kak Elly nak cuba. Jadi kalau nak sesuatu atau teringin sesuatu Kak Elly akan usahakan sampai berjaya. Kak Elly jenis orang yang akan buat sampai berjaya. Sampai boleh tercapai sebab Kak Elly tahu sesuatu benda yang kita cuba buat bersungguh2 insyaallah pasti boleh berjaya.Target tu penting dalam hidup. Target apa yang kita nak dalam hidup. 



Dulu waktu remaja ayat 'Buffet' pun tak tahu. Iya lah tak pernah dengar pun sejak kecik. Jadi bila En Win yang pura2 kaya tu ajak dating dan ajak makan buffet terus akak takut....hahaha

Kak Elly ni ada satu perangai pelik yang suka tengok kehidupan orang kaya. Suka tengok pakaian, kereta, rumah dan tempat2 mereka melancong. Suka jadi kan itu satu inspirasi yang Kak Elly akan cuba capai. Berpuluh kali gagal tapi akak ok jer janji dapat rasa sikit2 pun jadilah...hahaha

Sesuatu yang kita inginkan dan bila ianya tercapai ia memberikan satu kepuasan yang sangat luar biasa sebab kita sahaja yang tahu betapa susahnya untuk mencapai kepuasan. Macam Kak Elly cakapkan tadi setiap orang mempunyai pemikiran yang berlainan. Ada jer orang suka cara yang bersederhana dan tidak teruja atau letak apa2 target dalam hidup. Itu semua terpulang kepada kehidupan masing2.

Kak Elly jenis manusia yang suka letak target dalam diri supaya Kak Elly tahu bila sesuatu target itu dapat dicapai itulah kejayaan yang Kak Elly lakukan. Target naik beli rumah, nak melancong tempat menarik, bantu keluarga alhamdullilah dapat dilaksanakan. Banyak jer target dalam kepala ni tapi kita pilih mana yang boleh dicapai dahulu.




Target tahun ni nak letupkan Fame, nak melancong, nak bantu keluarga dan makan tempat mewah2....hahaha. Nak renovate rumah gaks, nak beli kereta gaks. Tapi dua target ni kena tunggu sampai Fame meletup.

Eh...padahal nak cite pasal makanan. Ni macam dah cite lain pulak...hahaha. Nanti2 kita sambng lagi



7 comments:

Celestica - Farah Ruhaida Bt Abu Bakar @ Mohd Ramli said...

sy suke la bace blog elly ni

Blog Akak Kembang said...

samalah ... saya pun suka konsep ada duit boleh makan sedap takde duit kita makan maggi je ... hehehe

Azean Azman said...

Semoga semua impian kak elly akan tercapai! Aminnn..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahahaha.. pelik jugak.. kenapa cete lari.. tapi tetap best ceritamu itu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

semoga Berjaya dan terus Berjaya...

Seorang Syed said...

haihhhh sedapnya tengok makanan-makanan tu. menggugat iman betul hehe.
Singgah dan follow blog ni. Jemput melawat ke blog baru saya ya :)

Azura Aziz said...

yup. 1 inspirasi jugak bila bc entry kak elly. kak elly rajin2 update blog please ;)