Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 14, 2016

Yehaaa dah boleh bercuti


Masa yang ditunggu anak2 termasuk juga ibubapa...hahaha. Semua dah settled. Grading adik dah berakhir Ahad lepas. Segala kerja kat office ni dah uruskan. Boleh lah kitaorang bercuti dengan tenang. Huaaaa tak sabar tunggu esok. Percutian yang dirancang selama setahun untuk pastikan duit mencukupi akhirnya tercapai....kahkahakah. Berpeluh nak settle bayaran ni. Kalau tak buat macam ni memang tak merasa lah nak jalan jauh2. 



Rasa lega bila Ahad lepas segala tugas berakhir. Gym class adik dah start bercuti. No more latihan lagi. Yaya jadi stress sebab pasal adik percutian ni terpaksa lambat sikit. 

Bila anak2 nak besar ni dari segi packaging agak stress sebab masing2 nak melawa jer termasuk mak dia...haha. Baju kena beli, seluar kena beli pitam laki aku. Bertabah lah Pa anak u semua perempuan. Anak2 dah besar jadi senang sikit nak bergerak sebab masing2 boleh jaga diri. 




Terus rasa ringan jer kepala ni sebab tak terkejar nak hantar anak sana sini. Kalau tak setiap pagi sorang kena hantar gi class dan sorang lagi kena hantar rumah nenek dia.

Pagi Isnin En Win ajak breakfast kat luar. Lama giler tak makan macam ni. Lepas makan beli lah barang2 apa yang patut untuk travel nanti. Kesian kat anak2 tahun depan bila mula sekolah semua busy balik sebab masing ada jadual yang Kak Elly sediakan. Tuisyen setiap hari dan weekend adik still nak continue class Gym setiap Ahad. Jadi masa kitaorang bersama pada hari Sabtu sahaja.

Jadi bila ada percutian macam ni dapatlah kitaorang luangkan masa bersama. Kak Elly suka rancang sesuatu percutian tu biar berbaloi dan menjadi kenangan sampai diorang besar nanti. Percutian ni sangat penting bagi kami sekeluarga. Jauh atau dekat janji perancangan penting untuk pastikan semua seronok nanti.

Kalau dulu masa diorang kecik2 Kak Elly suka rancang percutian yang dekat bagi memudahkan untuk kitaorang travel. Sekarang bila dah besar sikit Kak Elly prefer percutian yang jauh dan percutian ini akan terjadi hanya setahun sekali sahaja....hahahaha. Masing2 dah besar dan dah pandai menikmati keindahan dan akan simpan kenangan ni sampai tua nanti.

Setiap awal tahun Kak Elly akan ada senarai list untuk dibuat sepanjang tahun. Bila kena beli baju raya, beli kena book percutian, apa target yang nak capai, jadual cuti anak2, jadual exam anak2 semua Kak Elly akan list kan. En Win selalu jeling perangai aku...hahaha. Kak Elly bukan orang last minute. Kak Elly suka ikut jadual. Apa yang dibuat kena ada perancangam. List untuk bawak barang untuk percutian pun Kak Elly ada...hahaha. Jadi list tu Kak Elly akan ikut setiap kali percutian supaya barang tak tertinggal. Akak dah tua dik pelupa giler. 




Jarang dapat tengok diorang berdua baik macam ni. Sehari kalau tak bergaduh tak boleh ya. Ada jer benda tak puas hati. Kadang2 bila salah seorang mengadu aku buat tak layan jer. Asyik nak bocorkan rahsia jer. Malas lah nak dengar sebab kalau dapat tahu rahsia diorang kang mahu amukan terjadi. Jadi Kak Elly malas dengar sebab malas nak terjerit2 nanti.



Paling best dapat balik rumah mak. Dapat makan masakan mak. Ini tak tipu Kak Elly makan 3 pinggan. Huaaaa kenapa air tangan ibu ni sedapa sangat. Semua paberet Kak Elly mak masak. Abah dengan mak dah tak berapa kuat lagi. Tapi gigih masak untuk anak2. Licin semua lauk kat atas tu kitaorang makan.

Kak Elly kalau boleh nak sampaikan semua hajat mak dan abah. Apa yang diorang nak kalau boleh Kak Elly nak tunaikan. Kalau boleh nak ajak diorang duduk bersama. Tapi memang tahu jawapan diorang. Haritu balik rumah mak abah memang ajak daorang keluar cari barang yang diorang suka. Kasut, baju apa2 sahaja yang diorang nak Kak Elly akan tunaikan. Duit boleh cari tapi Mak dan abah tiada penganti. 

Huaaaaa tak sabar nak cuti....yehaaaaaaa.



3 comments:

Nanie said...

Nanie oon suke travel. Rasa nyaman sikit kepala asek fikir asal kerja. Lg2 dpt spend time with family. Yeehaa. Syokkk

Siti Rohaida Yusof said...

anak-anak saya pun macam tu jugak,baik kejap je,,gaduh je memanjang...hehehe...

wani ezryl * said...

bagusnya elly buat jadual perancangan semua. sy kalau buat jadual jangka pjg, mmg kurang berdisplin sikit nak ikut hahaha. sebab kadang clash dgn program lain. happy holiday to you & family!