Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 6, 2016

KENANGAN FAME 2016 TETIBA RASA SEDIH


Tengah pilih gambar kat ig @fame_cosmetics tetiba rasa sayu jer hati bila tengok gambar mula2 kitaorang up kat ig. Tahun depan bulan Januari genap setahun Fame Cosmetics ditubuhkan. Borak2 ngan Peej "sedih pulak aku tgk gambar2 ni Peej"..."Ya, kalau kau tengok gambar mula2 kita start lagi sedih. Tengok kau, aku dengan Filla tengah check lipstick satu2. Muka masing2 keletihan seharian bekerja". Kenangan betul....hehehe

Idea untuk buat Matte Lip Cream datang bila kitaorang rasa perlu luaskan bisnes sebab tanggungan company semakin hari semakin besar. Jadi kena ada satu bisnes lain untuk support each other...gitu. Jadi tiga2 bersetuju untuk keluarkan lipstick. Memandangkan Lipstick merupakan keperluan bagi setiap wanita. Waktu tu ingat lagi ada dua pesaing kitaorang yang jual Matte Lip cream ni Sugarbelle dan Zawara.



First model yang kitaorang shoot untuk letak di instagram. Dapat jer gambar ni terus masing2 bangga dengan colour yang dipilih. Waktu ni masih botol lama lagi..hehehe

Terus rasa wow kat diri sendiri sebab berjaya hasilkan lipstick jenama sendiri...haha. Waktu terima lipstick tiap2 hari colour bibir lain2 colour...hahaha 



Kitaorang mula dengan 5 colour Candy, Nude, Desire, Party dan Fuschia...holloh2 terus sedih balik....hahaha. Giler sensitive sangat ni, cite pasal colour pun sedih. Kitaorang cuba letak kan harga lipstick yang semua orang mampu miliki. Semua orang mampu beli dan pakai Fame Lipstik. Itu target kitaorang sejak dulu. Senang dipakai, terasa ringan dibibir dan tahan lama.



Waktu ni kitaorang berniaga sendiri jer sebab nak ambik agent dan stokis duit rolling tak cukup...hahaha. Tapi giler hebat jugak lah sebab barang semua licin.

Lepas tu dalam bulan 2 kitaorang decide ambik stokis itupun diorang kena letak deposit dulu bulan tiga baru dapat barang. Jadi dari situ kitaorang dah boleh rolling kan duit yang ada.



Photoshoot yang kedua buat yang lebih berani sikit. Main gigit2 lipstick...hahaha ala2 omputih. colour nampak lebih jelas lagi. Marketing kali ni agak berjaya sebab ramai suka warna2 dalam gambar2 photoshoot kedua ni.




Sebelum raya kita perkenalkan dua colour baru. Gossip dan Violet. Sambutan dua colour ni sangat luar biasa. Sampai belum raya stock licin.

Waktu ni stokis dan agent kitaorang semakin meningkat. Paling best kitaorang dah ada fame lover di kalangan customer yang sentiasa akan sokong setiap produk yang kami keluarkan.




Kitaorang melangkah setapak lagi keluar kan BB Cushion pulak. Kitaorang keluarkan dua code colour Fair untuk kulit cerah dan Natural untuk kulit sawo matang. Insyaallah tak lama lagi kitaorang akan keluarkan satu tone lebih cerah dari Fair. Dah siap cuma tunggu untuk photoshoot sahaja.

Alhamdulillah BB Cushion juga mendapat sambutan. Walaupun tak sehebat jualan lipstik tapi dalam masa beberapa bulan habis terjual. Marketing hampir setiap kitaorang kena push untuk membantu agent dan stokis.



Bila kitaorang buka booth di Mood Republik dan Vendeur Ferstival booth kitaorang diserbu dan non stop orang datang membeli. Kenangan yang sangat manis dan kitaorang akan simpan sampai bila2. Bila lihat barangan yang dihasilkan mendapat sambutan tak tahu macam mana nak gambarkan perasan kitaorang bertiga.

Dari berniaga untuk support kewangan keluarga dan sekarang alhamdullilah ramai yang dapat menambah rezeki dengan menjual barangan keluaran Fame Cosmetics. Alhamdullilah syukur di atas rezeki yang diberikan. 



Lepas raya kitaorang kena fikir kan strategi marketing yang lain supaya customer boleh dapat barang yang baru dari Fame Cosmetics. Bulan 10, Fame Cosmetics lancarkan 'Limited Edition'. Dua colour dalam satu kotak dan colour ini tidak akan dijual lagi jika habis. Kotak pun kita design lain dari kotak asal.

Sebelum Limited Edition ni dijual kitaorang decide untuk tukar botol dari botol bulat ker botol petak dan size botol jugak berbeza. Dari 2g ke 6g dan Fame masih mengekalkan harga yang sama. Reason kitaorang menukar botol sebab terlalu ramai menggunakan botol yang sama. Sekarang ni semakin ramai menjual Matte Lip Cream macam cendawan yang tumbuh dan kami anggap semua ini adalah satu pesaingan yang sihat



Hi Tea Event bersama Mua yang banyak bantu promote Fame sejak dari mula2 kita jual Fame. Tanpa Mua mungkin Fame tak akan sampai ketahap ini. Thank so much....



Fame melangakah satu lagi langkah kehadapan  dengan menjual Fame Mascara dan Fame Eyeliner dengan harga yang mampu milik.

Sampai sekarang kitaorang masih tak percaya yang Fame dah ada 9 colour lipstick, Bb Cushion, Mascara dan Eyeliner. Hopefully Fame akan terus diterima dan target kitaorang nak perluaskan perniagaan sampai semua orang tahu tentang kewujudan Fame. Nak terima kasih kat korang juga sebab sentiasa support Fame dan berikan kitaorang kenangan yang manis tahun ni....muuuuuuaaaaaaaahhhhh



4 comments:

alia farhan Said said...

Tahniah kak elly kak peej n kak pila

εïзmmyHazaεïз said...

Semoga business kak Elly n fren success.

Mrs Nadila said...

Salam Kak Elly,


Saya nak bagi cadangan FAME produce FAME Perfume plak..x perlu banyak, 2,3 jenis perfume "inspire by" pon ok.

Pieh Rizfie said...

kak elly semoga success dlm perniagaan..hehe...nnt kite dh beli lipstick n eye liner fame kite taruk dkt ig ek....huhu