Nuffnang Advertisement

Monday, December 5, 2016

Kena soal siasat ngan POLIS Singapore...Pitam


Rasanya ramai tahu Kak Elly gi Singapore last week untuk survey area sana pulak. Kali ni gi berdua jer dengan En Win. Peej kena jaga office dan Filla sedang mengerjakan Umrah.

Sampai2 jer terus mulakan pekerjaan ni sana. Survey crowd exhibition, harga dan tempat. Lepas tu jumpa Mua (make up artist) di Singapore untuk bekerjasama dengan diorang. Lepas tu sambung meeting sampai ke malam. Bayangkan aku ngan En Win makan kul 2 petang lepas tu tak makan2 sampai 11 malam. Huaaaa kelaparan tahap tak ingat dunia. Sampai pekat ailio akak ni....hahahaha. Nak ajak diorang discuss kat luar tapi diorang prefer lagi discuss dibutik.

Habis jer meeting, kelam kabut aku ngan En Win cari kedai makan. Mengigil2 laki bini kelaparan...hahaha. Ingat kan malam tu boleh lah loving2 candle light dinner sebab birthday En Win...hahaha. Tapi nando sebab masing2 dah macam orang giler kelaparan. Cari jer makan kat mana2.




Waktu ni muka baru sampai dan masih ceria. Korang tak tengok malam tu dah teruk giler muka kitaorang. Siapa follow ig story Kak Elly boleh nampak kot...haha 

Tapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Kepenatan  tu sampai satu kaki sakit. Bahu semua rasa nak meletup. Sabtu tu bangun lambat sikit sebab next appointment  petang jer. Walaupun bangun lambat tapi badan still sakit2. Penat turun naik MRT kat Singapore.

Depan hotel aku ni ada lah tempat massage. Tapi gelap jer tempat tu..hahaha. Betul ker tempat massage ni. Tapi aku rasa ok kot tempat SPA ni tengah town tak rasa macam tempat pelacuran. Cakap ngan En Win aku nak gi urut kaki jap. Disebabkan kat seberang hotel jer aku malas lah bawak passport. Buatnya aku tertidur kang takut hilang pulak wallet aku.

Aku ambik urut kaki satu jam. Urut sambil baring tapi ada lampu warna merah. Lantak lah situ janji urut dia memang sedap giler. Perempuan Thailand urut. Memang rasa lega sangat bila dia urut tempat2 yang sakit. Kak Elly mmg dah terlelap tidur. Tiba2 rasa macam muka kena suluh dengan touch light warna putih. Lepas dengar bunyi bising2 macam orang berlari.

Huaaaaaa....tiba2 tempat tu ada serbuan dan Kak Elly tak bawak passport...kau rasa!!!!! tak pasal2 kena duduk dengan orang2 massage tu. Macam2 soalan polis tu tanya...huaaaa takut giler. Nasib baik bawak phone terus call En Win mintak dia bawak kan passport. Nasib polis tu lepaskan tapi rasa kelakar sebab macam dalam rancangan 999 kena tangkap sebab kes pelacuran. Bodoh sangat ni....hahahah. Terus hilang sakit kaki akak....hahahaha. 

Menakutkan sebab muka polis tu semua garang2. Nasib tak kena angkut naik lori. Bebel mulut En Win...hahahah. Sampai sekarang teringat2 kena duduk ramai2 kat sofa tu. Giler betul. Lepas ni no more urut2 kat Singapore...hahahaha










6 comments:

masdila said...

hahahaha,,,ni lawak,,,

memg kjer giler x bawak passport

merasa yer kak elly

Nurzakiah Hanum said...

singgah ptg

Nur_cahayamataku said...

Kak Elly, sori la yerr..
Tapi saya memang gelak gila2 bila baca entry akak ni.
Adoi la...

Nanie said...

Yes kak. Mak sy org singapore. Balik singapore slalu mak pesan bawak je passport kemana2.

Adeleen Adnan said...

nanti nak tgk 999..kot kak elly masok tivi..hahahaha..

Adeleen Adnan said...

nanti nak tunggu 999..kot kak elly masok tv..hahahaha