Nuffnang Advertisement

Monday, November 14, 2016

Weekend


Dah hampir 3 minggu kerja masa weekend. Hebat sangat busy ni...hahaha. Kadang2 nak cakap dengan anak2 kata mama tak ada pun takut. Nanti boleh tengok muka2 Yaya berubah. "mama ni asyik tak ada jer". Next week pun ada event. Minggu lagi satu dah kena gi Singapore. Pitam lah nak berdepan dengan budak berdua ni. Ingat nak bawak sekali gi Singapore. Tapi memandangkan duit mahal maka terpaksa pendamkan sahaja. 

Insyaallah bulan 12 nanti kita bercuti yek. Mama janji mama tak akan layan segala urusan office. Auntie Peej dan Auntie Filla call mama akan reject jer nanti...hahaha.



Last week kitaorang dapat jemputan dari Stokis KL, Usmi. Dia buat event untuk rewards agent2 yang capai target. Tak semua dapat hadir haritu. Bagus sangat event2 macam ni. Dapat kitaorang beramah mesra dengan agent2 yang banyak membantu menaikan nama Fame Cosmetics. Sessi soal jawab dan share segala pengalaman yang kita ada. Lawa2 semua agent2 ni...hahaha. Akak teruja tengok semua make up meletup haritu. 

Habis jer event aku, Filla dan Peej sambung discuss project2 akan datang. Bahagi kan tugas masing2 dan tour untuk 2017. Terus Kak Elly sekali lagi telan2 ailio sebab takut dengan anak...hahaha. Harap En Win blh ambik alih tugas aku sementara tengah busy ni.

Kak Elly rasa korang sendiri boleh tgk, orang jual Matte Lip Cream ni macam cendawan tumbuh. Bukak FB macam2 lipstick korang boleh tengok. Jadi Fame Cosmetics kena pantas bergerak dan sentiasa mencari kelainan.


Habis jer meeting terus ke Istana Budaya. Dating dengan Mak tgk theater Mok Cun. Huaaaaa...rindu giler kat mak. Dekat 3 minggu gaks tak jumpa. Terus cium2 sambil nangis. Tengok tangan mak dah kedut2 pun sayu jer hati. Ya Allah permudahkan lah urusan ku.

Kak Elly tak pandai nak bahagi masa lagi. Dalam satu masa banyak benda kena buat.  Kena handle kerja, suami, anak2, mak abah dan diri sendiri. Memang tak dapat lah nak bahagi kan masa untuk semuanya. Dapat dengar suara mak abah kat telefon terubat rasa rindu. Rasa bersalah ni memang sentiasa ada. Tapi nak buat macam memang sentiasa jer ada benda nak buat. Insyaallah selesai segala urusan nak ambik cuti untuk lepaskan rindu dengan mak dan abah.





Hari Ahad lepas tak ada apa2 aktivit. Pagi2 dah keluar gi Pasar beli barang2 dapur yang dah hampir licin dalam fridge. Breakfast dulu dengan anak2. Ceria sikit muka Yaya tu...hahaha.

Tak sangka kehidupan boleh berubah macam ni. Alhamdullilah...syukur sangat walaupun tak ada masa untuk anak2 dan keluarga. Tapi hasilnya sangat2 berbaloi. Bukan Kak Elly sahaja yang rasa kepenatan. Peej dan Filla kadang2 hitam bawah mata tak cukup tidur...hahahaha





3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

meriahnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Fieda Zan said...

good luck kak elly.. stay cun sokmo deh!

Mazni Azmi said...

Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Kita usaha je.
.
Asalkan halal insyaallah berkat