Nuffnang Advertisement

Monday, November 7, 2016

Pengalaman Baru


Rasa lemau sangat badan hari ni. Tapi bila tengok Stokis dan agent melambak order naik semangat tu balik. Alhamdullilah betul lah kata pepatah "bukan senang nak senang' 

Hujung minggu lepas aku ngan Filla turun ke Kelantan untuk perkenalkan Fame Cosmetics dengan Mua di Kelantan. Alhamdullilah dengan kerja sama orang2 Kelantan kita berjaya kumpulan 100 Mua dalam satu majlis. Hari Ahad pulak kitaorang pergi ke Felda Kemahang 1, Tanah Merah untuk berkongsi tips kecantikan dan dalam masa yang sama perkenalkan Fame Cosmetics. Orang2 Kelantan ni pandai berniaga jadi seronok bila dapat turun padang sama2 bertukar fikiran tentang perniagaan.



Di Kelantan kalau siapa tak pakai tudung akan disaman. Tapi di kawasan2 tertentu sahaja. Jadi kak Elly menghormati syarat di negeri itu. Terima kasih lah yang komen baik2 tentang Kak Elly pakai tudung. Insyaallah doakan Kak Elly ya.

Flight kitaorang ambik haritu pukul 6.30 pagi. Mmg nak pergi awal supaya kitaorang dapat lah shopping sekejap sebelum bertolak ke Tanah Merah. Jadual mmg sangat2 padat kat sana. Jadi ada masa singgah lah sekejap untuk shopping keropok...hahaha. Eh...bukan keropok jer tapi macam2 jugak...muahahaha



Ramai cadangkan makan kat Kopitiam Kita. 


Sempat tengok iklan2 kat kedai makan ni. Betul lah orang Kelate ni mmg suka berniaga. Macam2 produk korang boleh tengok. 



Roti Titab mmg fames kat sini. Eh...tertelan ailio tengok gambar ni.


Kat kedai ni korang boleh tengok bermacam2 jenis lauk. Pelik pagi2 makan gulai lemak ikan masin. Tapi sedap jer Kak Elly makan. Makanan dan Kak Elly berpisah tiada...hahaha. Tapi serious nasi berlauk mmg banyak giler kat sini. Nasi ulam lah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi tumpang..eh macam2 lagi lah



Lepas makan terus gi Pasar Siti Khadijah




Cari kaftan utk mak dan oling




Beli samping sbb adik lelaki Kak Elly akan nikah tahun depan. Jadi carikan utk abah jugak. Dah lama rasanya abah tak tukar samping. tiap2 tahun pakai samping yang sama.


Kalau gi Kelantan tak borong keropok rugi ya.



En Win pertama kali sampai ke Kelantan. Jadi dia sedikit teruja kat sini...haha

Lepas dah shopping hampir 2 jam. Terus kitaorang bergerak ke Tanah Merah untuk attend event disana. Perjalanan dari KB ke Tanah Merah dalam 50 minit.



Tema malam tu Hitam dan pink. Tapi Kak Elly kurang sikit warna pink ni. Jadi prefer pakai hitam. 


Walaupun hati debar2 nak jumpa mua2 di Kelantan tapi kena kuatkan semangat. Pengalaman yang berharga buat kitaorang.



Sampai kat sana mmg kitaorang terperanjat giler. Tak sangka diorang buat event ni meletop nak mampus. Ingat biasa2 jer. Sekali siap ada stage dan dinner tepi swimming pool. Hebat sangat ni. Semua datang bergaya giler. Kak Elly tgh tunggu gambar dari photographer. Tak sabar nak share dengan korang.




Meletup kan. Bayangkan Fame penaja utama tapi tak sangka event meletup macam ni. Kitaorang just discuss melalui whatsapp tentang event ni tapi bila datang tak sangka hebat macam ni.

Alhamdullilah 100 mua turun padang. Dapat lah kitaorang perkenalkan produk Fame Cosmetics. Paling best semua datang dengan pakaian yang sangat2 meletup.


Macam2 acara malam tu. Ada karaoke, lucky draw, pakaian tercantik dan solekan paling menarik.


Kak Elly tak dapat nak share banyak gambar sebab gelap. Tak sabar tunggu dari photographer. Selesai majlis dalam pukul 12 malam.


Esoknyer seawal 8.30 pagi dah bangun sebab nak bertolak ke Felda Kemahang. Sempat breakfast makan nasi kerabu dulu.



Kitaorg blh terlupa yang hari Ahad orang Kelantan bekerja. Jadi tak berapa ramai sangat dapat datang haritu. Takpe insyaallah nanti kita turun lagi kat sini. Sambutan orang2 kat sini pun cukup baik. Siap sediakan makanan semua.



Ada demo make up class sambil tu kitaorang memperkenalkan Fame Cosmetics. Suka sangat sebab ramai makcik2 yang sukakan lipstick Fame dan sambutan BB Cushion sangat2 hebat.

Dalam pukul 1pm kitaorang kena balik sebab flight pukul 6.30pm. Takut tak sempat. Perjalan dari Felda ke KB dalam 1 jam 30 minit 



Tak sempat pun nak cari laksam tapi sempat merasa makan maggi kari ketam. Boleh lah tak berapa sedap sangat.

Satu pengalaman yang sangat2 seronok. Turun padang jumpa orang2 kampung perkenalkan produk kami. Walaupun letih tapi sangat2 berbaloi. Brand awareness sangat2 penting. Jangan marah orang tak beli tapi yang paling penting orang tahu tentang kewujudan Fame. Mana tahu satu hari Fame masuk tv "Haaaa...ini lah budak yang datang jual liptick hari tu" hahahahaha

Insyaallah next Fame tour akan ke Singapore pulak 




7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Amanda Suria said...

Wow...terus nk order lipstikfane Topaz

nurul asiken.apandi said...

Kak elly. nnt dtg kb plak..join mood republic ke kat kb..good luck n all the best

ZEQ Tech said...

Kak elly pakai purse coach ker?

Unknown said...

Elly dgn fila ni pakai apa pun lawa.. mua stands for apa ya dik.. akak ni otai...

Syakirin Amran said...

kak elly, kalau nk makan roti titab kat sini g la Corazon Salon and Cafe kat bandar baru bangi. cafe adik saya. oh by d way, kak elly cantik manis bertudung. muahx!

Syakirin Amran said...

kak elly, kalau nk makan roti titab kat sini g la Corazon Salon and Cafe kat bandar baru bangi. cafe adik saya. oh by d way, kak elly cantik manis bertudung. muahx!