Nuffnang Advertisement

Friday, November 25, 2016

Move on



Kak Elly dah malas nak layan orang yang bersikap bermuka2 ni. Tak ada masa nak fikir pun. Masing2 dah besar dan tahu apa yang perlu dibuat. Apa yang terbaik 'Move On' dari mengamuk2 keluar segala quote. Siapa betul dan siapa salah sendiri faham jer lah. Dah bersemuka dan jelaskan apa yang terbuku diatas. Letak full stop besar2 dalam diri. MOVE ON please.....

Jangan jadi 'Fake Friend' sini kau sokong sana pun kau sokong. Tak dapat apa pun melaga2kan orang ni. Jadi kawan yang tak memihak kepada siapa sebab kita sendiri tak tahu apa yang terjadi antara mereka. Tak payah nak jadi penyibuk sangat kalau dalam masa yang sama si 'Fake Friend' ni mengeruhkan lagi keadaan.

Masing2 dah besar dan ada kehidupan sendiri. Dengki, marah, dendam ni letak kat tepi. Kalau rasa apa yang terbuku dihati suarakan dan jangan biar kan semakin parah. 

Kawan2 ni dah jatuh tempat ketiga dan keempat dah. Bukan macam zaman remaja dulu. Kawan2 nombor satu, mak dan abah dah jatuh no 2. Dah kawin ni kehidupan semakin berubah. Keluarga, kerjaya adalah tangga teratas. Masing2 dah ada kehidupan masing2. Jadi tak perlu rasanya bergatung sangat kepada kawan2 yang kita sendiri tidak tahu ketulusan setiap orang. 

Banyak benda lain nak fikir. Nak layan 'Fake Friend', kawan kaki sentap, kawan penipu, kawan yang kuat berdrama ni mmg Kak Elly tak boleh nak handle sikap2 macam ni. Anak punya drama pun Kak Elly malas nak layan ni kan pulak kawan2.

Lain orang lain caranya terhadap kawan2. Tapi cara Kak Elly kawan2 Kak Elly akan jumpa dan berborak bila time free sahaja. Kawan2 business masa di office sahaja. Lebih kepada family sebab masa untuk keluarga pun kadang2 sangat terhad. Jadi kurang masalah terhadap kawan2. Kurang kecik hati sebab jarang berjumpa. Nasib kawan2 Kak Elly pun satu kepala. Cuma 1-2 jer berperangai 'Fake Friend'.

Kawan berjaya happy untuk mereka. Kawan2 dalam kesedihan jadilah pendengar yang baik untuk tempat mereka luahkan perasaan, kawan tengah marah, redakan kemarahan mereka dengan memberi kata2 positif. 

Jangan jadi kanak2, think positive dan bersikap lebih dewasa. Apa yang terpendam luah kan jangan sampai jadi penyakit yang boleh menjadi semakin parah. Jika rasa tak perlu luahkan jadilah seorang pemaaf dan anggap suara2 ditepi itu hasutan syaiton...gitu

Rasa tak sesuai untuk berkawan jauhkan diri dan cari kawan yang lebih sesuai dengan kehidupan kita. Life is simple jangan suka susah kan kehidupan sendiri disebabkan kawan2. Ada masa kita perlu bersuara dan ada masa lebih elok mendiamkan diri. 

Mintak sangat jangan jadi kawan seperti quote diatas sebab Kak Elly tak ada masa nak layan, nak fikir dan nak pujuk.


4 comments:

dorsett pink said...

sapelah yang buat kak elly marah ni... sob..sob..

IdewH said...

Betul sesangatnya Elly. Rasa tak sesuai, hatta dengan siapa pun, move on dan cari yang lebih sesuai dengan hidup kita. Jangan rumitkan hidup. Banyak lagi urusan lain nak fikir.

Widya Walat said...

Thanks Sis..memang apa yang dikatakan dalam quote tu betul

sHieRa cAkAp said...

Manusia ni macam2 Elly.. Kena kalau lihat org dah berjaya lg lah. Abaikan je. Cukup dgn kawan2 and family yg ada. Yg tau susah payah ko. Fake friend ni mmg ramai. Susah nak nampak kadang2. Apa pun keep strong and just be yourself dan semoga terus maju!