Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 23, 2016

Idola


Sejak dulu lagi Kak Elly memang sentiasa ada Idola. Idola ni lah menjadi kekuatan dan salah satu pendorong utk Kak Elly menjadi lebih semangat untuk bekerja, berfesyen dan menjadi ibu yang lebih baik. Tapi Idola Kak Elly sentiasa bertukar2 mengikut masa....hahaha.

Kak Elly bukan seorang yang bijak jadi dengan melihat cara2 Idola ni bekerja, cara marketing yang mereka lakukan, cara mereka bawa diri di sesuatu majlis menjadi garis panduan untuk Kak Elly ikut. Ialah diorang ni belajar sampai overseas jadi cara dan pemikiran diorang agak berlainan, Jadi benda yang baik dan mendatang kan kebaikan kita ikutlah...gitu



Vivy Yusof

Semua orang tahu Vivy ni anak orang kaya giler vavi. Tapi semangat dia bekerja dan cara dia bekerja boleh buat Kak Elly leka. Setiap hari Kak Elly akan bukak IG Vivy Yusof utk tgk aktiviti yang dia lakukan. Macam mana dia bercakap dengan media, macam mana dia handle staff, jumpa orang sana sini, macam mana cara dia berpakaian ini semua mempengaruhi Kak Elly....hahahaha

Banyak jugak idea2 Vivy yang Kak Elly ceduk untuk Fame Cosmetics dan Ellfie Beauty. Kak Elly memang malas membaca tapi Kak Elly suka melihat dan memerhati. Marketing Vivy dia akan sentiasa menonjolkan diri supaya dunia luar kenal siapa itu Vivy dan dalam masa yang sama dia akan promosi kan produk2 yang digunakan. 



Neelofa

Huaaaa ni lagi hebat. Dalam masa setahun dia boleh buat keuntungan hampir 50 juta. Giler kan. Salah satu marketing Neelofa dia kedepan kan diri sendiri. Dia tak perlu menggunakan duta atau mendapatkan mana2 bantuan dari artis lain.

Maksudnya dia jadikan diri dia sebagai brand produk dia. Dia jadikan diri dia wanita hebat supaya wanita2 lain nak jadi macam dia. Satu strategi marketing yang sangat bagus. Dia mempengaruhi wanita kearah kebaikan. Penampilan diri sentiasa cantik membuat wanita diluar ingin menjadi seperti beliau.

Tapi persoalannyer macam mana kita nak jadi macam Neelofa. Dia dah terkenal dah ada nama pun. Agak mustahil kita boleh jadi macam dia. Tapi apa yang Kak Elly boleh ikut macam mana cara dia market kan produk. Macam mana dia mendapatkan agent dan stokis. Macam mana dia perkenalkan produk di seluruh negara. Sedikit sebanyak ia dapat membantu juga.



Scha

Mesti ramai dah tahu yang Kak Elly mmg suka giler dengan Scha. Jadikan dia Idola untuk Kak Elly berfesyen. Suka tengok cara Scha mengenakan sesuatu pakaian. Tapi Kak Elly tak mampu lah nak tempah kat designer. Sanggup beli kain dan tempah sebijik macam baju yang Scha pakai....hahahaha

Tak semua lah fesyen Scha Kak Elly ikut...hahaha. Kalau ikut semua boleh bankrap lah. Mana yang Kak Elly rasa sesuai Kak Elly ikut lah. Pakaian utk event atau pakaian santai2 ada lah tiru sikit2...hehehe.

Tapi confirm akan tgk ig Scha setiap hari sebab bila tgk cara Scha berpakaian boleh buat hati Kak Elly gembira dan terus rasa semangat nak cantik...gitu




TiaMia (Blogger)

Blogger TiaMia ni Kak Elly paling suka. Suka tengok dia masak kan untuk keluarga, cara dia besarkan anak2, cara dia menjaga ibu yang dah uzur, cara dia handle kerja, cara dia bercuti memang sangat mempengaruhi Kak Elly.

Kadang2 dari seorang pemalas Kak Elly akan otomatik menjadi rajin bila baca blog TiaMia ni. Walau letih macam mana pun memasak untuk keluarga ada lah satu kemestian. Suka tengok dia hias rumah. Walaupun cara yang sangat sederhana tapi suka tengok dan tak dinafikan dia banyak pengaruhi Kak Elly dalam kehidupan.

Cara dia melayan anak, suami dan ibu benar2 membuka minda Kak Elly. Tiada langsung istilah malas dan letih dalam diri dia. Nak jadi macam dia mmg satu kesukaran buat Kak Elly. Cukup lah menjadikan dia sebagai Idola supaya boleh pengaruhi Kak Elly sedikit demi sedikit.





Bila tengok gambar kat atas ni terus rasa diri ni macam idola2 Kak Elly kat atas...hahaha (harap jgn muntah) Walaupun tak berjaya sepenuh nya tapi Kak Elly dapat ceduk sikit demi sedikit cara mereka. Terus rasa bangga kat diri sendiri. Macam tak percaya selama ni Kak Elly baca tentang kehidupan orang di majalah now orang pulak baca tentang kehidupan Kak Elly. Harap dapat membantu orang2 diluar sana yang ingin berjaya juga. Kak Elly tak cakap lah dah berjaya macam mereka tapi alhamdullilah Kak Elly belajar sedikit demi sedikit.

Bukan sesuatu yang mudah nak jadi macam idola2 Kak Elly kat atas tu tapi semangat untuk bekerja  kuat tu sentiasa ada. Harap semangat aku, Filla dan Peej tak separuh jalan sahaja. Doa kan supaya kami terus kuat.











15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow hebat2 kan mereka

dorsett pink said...

tak baca lagi entri ni pun dah agak dah VIVY. sebab ramai yang suka dia and jadikan dia idola

dorsett pink said...

elly rasa ada tak orang jadikan u sebagai idoal? hihi

Unknown said...

semua idola U I minat...and you are my idol! thanks for being an inspiration to women out there.

love

shal2941

Yati said...

Kak Elly adalah idola saya. First saya terserempak dengan blog kak Elly masa saya browse nuffnang, ada featured post. Sejak tu, saya baca dan masukkan blog kak Elly dalam bloglist saya, walaupun saya tak pernah tinggalkan komen. Saya suka baca tentang usahawan wanita, sebab saya pun berniaga juga, walaupun kita lain bidang. A reminder pada saya, tentang usaha keras itu perlu dalam berniaga. Nice knowing you, kak Elly. :)

Pieh Rizfie said...

wahhhh seme idola kak elly hebat2 huhu
kite plak kalau dengar lagu polaroid-sakura band..;agu tu boleh bwk mood ceria
selalu terbayang kak elly..yg bertenaga..ceria..kuat bekerja...hahhaha x tipu tau

mama jariss said...

bagus kak elly. betul la tu...kipidap! blogger2 ni memang menjadi idola reader2. so. jgn berhenti menulis. jgn berhenti menonjolkan diri. sentiasa maju ke hadapan. kitorang ari2 nak baca blog akak. kalo dah ari2 baca..ofkos akan terpengaruh nak beli produk2 akak yg kebabom tu..tahniah kakkkk idola sangat!!!!! :-)

syikinznl said...

Waa bagus kak elly. Sentiasa positif dan mempunyai target tertentu. Utk pengetahuan kak elly, saya ni pelajar universiti dan saya mmg baca blog kat elly dr dulu. Walaupun kak elly dah berkeluarga tp saya minat membaca. Kdg2 saya baca blog kak elly saya ada semangat utk terus majukan diri. Biasalah saya belajar kdg2 ada turun naik, stress itu, stress ini tp saya jumpa aura positif dr sini. Saya suka tgk perkembangan org yg berjaya utk saya terus berusaha dapatkan apa saya nak. Harap kak elly tak berhenti memberi aura positif kepada saya dan doakan kejayaan saya dalam ijazah sarjana muda ini.. Keep it up, dont give up kak elly 💪🏻💪🏻👏🏻👏🏻

cikpuanhady said...

kak elly pon apa kurangnya.. :)

jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl, cantik2..

http://mymodestycloset.blogspot.my/

mshazadoes said...

kak elly idola saya !!!

strawberi said...

sy suka baca yg salam2benua tu...best2 je dia masak n jaga 2 org anak..

btw vivy tu idola jugak..haha..kita amik mana yg baik..

Norliza Nordin said...

hebattt.. tahniah.. dan semoga berjaya di masa2 akan datang..

Azura Aziz said...

tahniah.. hebat kka elly.. sy dr dulu suka bc kak ely tulis di blog.. mmg dah sukses sgt kak ely sekarang... kipidap my sis ;)

Tillah said...

Kita punya idola yang sama kak elly..dan now sy bertambah lagi satu idola "kak elly"��

Azean Azman said...

Pija pila dan Eli 3 wanita ini ialah idola saya..