Nuffnang Advertisement

Monday, November 28, 2016

Cuti Sekolah


Cuti sekolah dah bermula maknanya masa untuk anak2 sudah tiba..huaaaa. Masa untuk bersama anak2 dan holiday bersama. Alhamdulliah result anak2 Kak Elly sangat memuaskan hujung tahun ni. Yaya dapat tempat 3 dan adik dapat tempat ke 6 dalam kedudukan kelas. Satu pencapaian yang sangat bagus. Dan keseluruhan tingkatan 1, Yaya dapat tempat ketiga juga. Syukur tak sia2 bayar lebih sikit untuk Home Tuisyen. Mama tak kisah pun no atau kedudukan class yang penting mama nampak usaha anak2 mama. Kak Elly bukan jenis mak yang suka push2 anak kena dapat A, kena markah 90 keatas. Rasanya setiap Ibu tahu kemampuan anak masing2. Buat dan sediakan yang terbaik untuk mereka. Paling penting usaha anak2 itu sendiri untuk berjaya. Nasihat jer sampai diorang letih nak dengar...hahahaha.

Kak Elly memang akan plan setiap tahun percutian anak2. Kak Elly yang akan tentukan mana nak pergi. Nak harap kan En Win mmg sampai kesudah tak kemana. Konsep En Win ada duit mana pun boleh pergi. Konsep Kak Elly nak pergi bercuti kena ada target baru boleh buat simpanan...gitu. Insyaallah tahun ni kitaorang akan bercuti di pantai. Huaaaaa tak sabar sangat ni. Anak2 dah besar senang sikit nak uruskan. Tapi part baju pening sikit sebab masing2 dah pandai bergaya (mata keatas). 

Kak Elly memang dari dulu orang yang ikut jadual. Kak akan print kan setiap tahun jadual cuti sekolah, jadual dari sekolah anak2 untuk setahun aktiviti supaya senang tahu bila awal dan akhir tahun peperiksaan senang nak buat plan percutian nanti. Terutama sekali bila book flight ticket. Lagi awal korang book lagi murah dapat harga flight nanti. Contoh tahun depan adik UPSR jadi Kak Elly akan pastikan lepas dapat result baru boleh bercuti. Haritu Yaya Kak Elly siap call Kementerian sebab nak tahu date keluar result UPSR. Bila dapat anggaran date baru plan date bercuti...gitu. Macam tu jugak jadual gym dan training semua tu kena plan siap2.

Tahun depan dah ada target nak gi mana jadi boleh start search ticket2 yang murah. Kak Elly tak suka last minute percutian sebab Kak Elly tak reti nak budget nanti. Kak Elly suka uruskan satu2 dengan tenang. Jadi tak ada lah stress simpan duit. Uruskan pembayaran satu2. Bila dah ada company sendiri ni kena fikir kan kawan2 jugak. Jadi kitaorang akan plan siap2 siapa yang akan bercuti dahulu. Macam Peej anak masih kecil lagi jadi tak perlu tunggu cuti sekolah. Jadi Kak Elly kena discuss dengan Filla siapa yang akan bercuti dulu.





Busy macam mana pun masa untuk anak2 sangat penting. Kak Elly akan pastikan bila anak2 ada aktiviti Kak Elly kena luangkan masa. Especially kalau adik ada pertandingan Gymnastics. Kena support 100%. 

Seawal 6 pagi dah kena bangun untuk siapkan adik. Kalau ada pertandingan bermakna seharian Kak Elly kena duduk kat situ. 12 jam memang confirmed. Tapi kena bertahan sebab parent lagi pun bertahan jugak demi anak2....hahaha

Tak rajin sebenarnya tapi kena kuatkan semangat sebab siapa nak jerit bila adik buat persembahan nanti....hahaha




Next year ingatkan nak berhenti kan sekejap aktiviti ni. Perghhhh...bila cakap dia punya melenting tak ingat. Sayang sangat kat aktiviti ni. Lantak lah janji adik kena pandai seimbang kan pelajaran dan aktiviti.



Nak masuk sukan ni anak2 korang kena kuat semangat. Aktiviti ni sangat2 menduga mental dan fizikal. Weekend bersama anak2 memang tak ada ya. Setiap minggu Kak Elly dan En Win akan gilir2 hantar. Cuti sekolah memang akan ada full day training. Dari 8 pagi sampai 6 petang. Dengar pun dah letih kan. Tapi budak2 ni ok jer. Ceria jer lentuk2 kan badan.



Walaupun baru habis grading utk KL tapi minggu depan still ada full training dari pagi sampai petang untuk internal grading pulak. Tapi yang bagusnya korang tahu anak2 busy dengan aktiviti yang bagus.


Paling best bila anak2 join aktiviti ni self confident diorang tinggi. Bila tgk adik di tengah2 gelanggang seorang diri buat persembahan Kak Elly yang berdebar. Kadang terjatuh bola tu dia relax jer angkat balik dan sambung buat persembahan.

Macam tu jugak anak2 yang lain. Comel jer tengok budak2 seawal 6 tahun dan berani beraksi di tengah2 gelanggang. Ada jugak yang lepas persembahan lari kat cikgu menangis kalau tak dapat buat dengan baik. Tapi persembahan diorang akan teruskan sehingga habis.



Untuk ibu di luar sana jangan halang minat anak2 korang. Support apa yang mereka suka. Walaupun penat dan busy macam mana pun support minat anak2. Kak Elly dulu tak dapat merasa aktiviti ni semua sebab abah tak mampu. 

Kalau korang berkemampuan hantar dan sokong aktiviti yang mereka suka. Letih jangan cakap lah sebab setiap minggu kena hantar tapi kita sebagai ibu bapa tak boleh penting kan diri sendiri. Tengok anak2 happy kita pun jadi seronok.

Yaya kurang minat bersukan. Dia suka membaca novel2 jadi Kak Elly kena sediakan apa yang dia suka. Bukan manjakan anak2 tapi lebih kepada support minat mereka.



Kejayaan satu kepuasan bila anak2 berjaya dalam bidang yang mereka pilih. 



Tahniah anak mama walaupun mama kena bangun seawal pagi dan menunggu hampir 12 jam untuk melihar adik beraksi. Tinggal satu jer lagi grading lepas tu kita boleh bercuti dengan gembira...hahaha



Good Job Ms Dina and thank you so much.....







2 comments:

Intan Saffyna said...

hi sis, saya datang follow sini :)

cikpuanhady said...

kan, kita penat pon takper, asal anak happy.. kitapon jadi happy..

jemput singgah my blogshop, ada pucci yang cantik2..

http://mymodestycloset.blogspot.my/

jom exchange link nak?