Nuffnang Advertisement

Friday, November 4, 2016

Ceria...


Pagi ni akak ceria tapi bukan sebab naik gaji sebab pagi2 akak dengar lagu dangdut. Terus ceria badan otomotik goyang2 termasuk oling. Eh! pekerja pun jadi ceria. Lain kali awal pagi akak ingat nak pasang lagu dangdut lepas tu buat poco2. 

Betul lah muzik ni boleh buat kita sedih dan ceria. Dulu kalau zaman bercinta lepas tu gaduh pulak dengan boipren kena pulak dengan lagu pilihan, menitis2 air mata mengalir. Sedih sangat lah waktu tu...hahahaha. Sekarang nak sedih dan merajuk pun tak sempat sebab Abg Toyib lepas 4 tahun kawin dia macam tak ada perasaan tu...nyampah.

Tapi akak suka waktu zaman remaja ala2 hebat dulu. Tak boleh dengar lagu rancak langsung badan dan bahu macam di cuit2 suh bergoyang. Tutup pintu bilik menari sampai peluh2...hahaha. 

Dulu aku ngan En Win mmg kaki clubbing. Bukan main step sama menari...hahaha. Tapi sekarang kalau kat rumah aku nari dia boleh geleng kepala. Macam buruk bebenor lah akak nari. Eh...pasal tarian akak lah dia terpikat tau. Belum akak gelek2 lagi...muahahahaha.

Tapi Kak Elly giler menari jer lah. Benda lain tak berani buat. Pernah sekali gi disco kawan bagi pil ecstacy nak cuba tapi tak berani. Lepas tu dia kerat 2 makan separuh seorang. Telan jugak lah nak tunjuk hebat depan kawan. Tak sampai 10 minit kepala berpusing dan jantung berdebar. Terus ambik teksi balik rumah. Tak boleh tidur ya sebab jantung laju dan rasa muzik ada dalam kepala. Lepat tu taubat tak nak sentuh apa2. Bahaya giler benda2 macam ni. Kak Elly bukan jenis ikut lelaki bonceng motor atau cuba ganja2 ni. I suka cari lelaki kaya jer yang ada kereta....hahahaha. 

Tapi akak tertipu ngan En Win ingat dia anak Dato' sebab dia ada rantai emas besar dan ada kereta. Rupanya akak tertipu. Rantai tu nenek dia punya dan kereta tu bapak dia punya. 2 kali dating terus naik bus mini...hahaha. Tapi sebab suka akak sanggup susah dan senang bersama...ahaks.

Kalau korang tanya zaman mana yang akak suka? zaman kanak2 ker, zaman sekolah (menengah) atau zaman remaja (dewasa) atau alam perkawinan. Jawapan Kak Elly zaman sekolah Menengah. Zaman cinta monyet...perghhh kalau ingat balik boleh buat tersenyum jer. Waktu tu gembira jer kalau sedih pun sebab mak tak bagi keluar....hahahaha. Kenangan manis betul bersama kawan2 dan boipren yang selalu bertukar2 sebab akak hot sangat waktu tu...hahahaha

Dunia remaja sekarang macam bosan sikit sebab sibuk dengan gadget jer. Zaman Kak Elly kesabaran kena tinggi. Kalau janji ngan kawan kat bus stop kul 11pagi tak boleh gerak2. Walaupun tunggu 2 jam sebab kalau gerak mana2 nanti kawan tak dapat kesan. Nanti plan haritu semua tak jadi. Mana ada phone nak call tanya dah sampai mana. Jadi kena lah tunggu sampai semua group sampai...hahaha.

Eh...nanti sambung lagi. Terpasang lagu sedih pulak 'perpisah jua' terus tak ceria...hahaha














7 comments:

miss eimanhikmah said...

Hhahahaha..lawak kena tipu dgn en.win

Adam said...

Tak payahlah prgi ke blog saya. Tak best.

Blog saya pun baru sangat. Lom pandai.

Adam said...

Tak payahlah prgi ke blog saya. Tak best.

Blog saya pun baru sangat. Lom pandai.

Liyana said...

Comel pulak kenangan kak elly ni hehe

Sue said...

hahaha k.elly..terbahak ku ketawa part en.win tu...

Adam said...


Cerita menarik.

Yang pakai tudung hitam tu Elly ke?
Cantik jugak.

Ikhlas dari:
http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

Adam said...


Cerita menarik.

Yang pakai tudung hitam tu Elly ke?
Cantik jugak.

Ikhlas dari:
http:biarlembuyanglembu.blogspot.com