Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 12, 2016

Suami oh suami


Walaupun Kak Elly dah kawin 14 tahun dan sepatutnya Kak Elly dah masak dengan perangai En Win. Tapi hakikatnya walaupun dah masak tapi Kak Elly still masih tak faham. korang faham apa yang Kak Elly cuba sampaikan...hahaha

Eh...bila baca balik Kak Elly pun tak faham apa yang Kak Elly tulis..hahaha. Ok, macam ni cerita dia....

Dua hari lepas Kak Elly kemas bilik Ameera angkat barang berat lepas tu boleh dengan bunyi pinggang meletup. Giler sakit sampai rasa nak nangis. Tak boleh tunduk dan kaki sebelah kiri tak boleh pijak lantai. Terus En Win bawak gi urut. Lega lah sikit tapi still sakit bila duduk, baring dan tunduk.

Keesokan harinya Kak Elly gi satu terapi ni kat Wangsa Maju, Kak Elly gi sendiri mintak dia betulkan tulang yang meletup tu. Dah settled terapi rasa lega sikit. Tapi waktu malam still rasa sakit

Aku: Pa..pinggang I ni still sakit lah

En Win: Gi lah klinik, takut retak ker apa?

Esok pagi, sakit giler nak bangun, tapi still jalan pelan2 hantar anak kat sekolah

En Win: Ma, u ok tak? nak gi klinik

Aku: Takpe i boleh gi sendiri

En Win: Ok lah, i pergi kerja dulu

Korang faham tak apa yang Kak Elly rasakan. Dia nampak Kak Elly jalan perlahan giler. Dalam masa yang sama mengadu sakit. Cuba lah ambik berat, urut2 pinggang lepas tu ajak gi clinic sama2. Ini bila cakap blh gi sendiri terus dia cakap ok. Sedih lah I....

Terus whatsapp En Win, cakap dia tak sayang lah, tak ambik beratlah. Sampai mata bengkak nangis. Siap ayat last tu tulis  "lepas baca jangan call I" hahahahah emo sangat perangai ni

Tapi kenal sangat laki aku yang degil tu tetap telefon berkali2. Tengok2 dia dah ada depan Klinik tunggu Kak Elly.

En Win: Kenapa nak emo, kalau nak I hantar cakap lah terus terang. Ingat u ok lah tu yang I gi kerja. Lain kali jangan ingat i boleh faham bahasa kiasan. I tak faham ya. Kalau nak i bawak cakap terus terang. U tahu kan perangai i dari dulu macam ni. Nak kias2 tu kenapa?

Terus aku tersedar. Betul lah laki aku ni tak faham bahasa kiasan...hahahaha. Dah 18 tahun aku selalu hint nak surprise birthday sampai kesudah dia tak buat. Tu sebab kalau hadiah birthday aku mintak jer. Hint 18 kali dia tak akan faham ya.

Aku rasa bukan En Win jer tak faham bahasa kiasan ni. Semua lelaki kot. Kalau nak cakap jer terus terang. Jangan nak mengada2 cakap tak nak tapi sebenarnya nak....hahahahah




  


26 comments:

Xuriana said...

Ehh tolong lah, part "lepas baca jangan call I" ni sama sangat dengan aku kahkahkah..

Widad Ridz said...

samaaaaaaa... bab birthday pon sama.hahahah
lawak lak rasa..tapi kadang2 saja nak ngengada rupanya depa xpaham

Nadzshirah Nadzlan said...

So true..same la mcm laki kte jgak kak elly..

Atie said...

Ya kak Elly..orang laki ni kena cakap terus terang ja..depa tak suka dan tak paham bahasa kiasan kita ni..haha sama la dengan suami saya pun.

ease elias said...

betul kak elly.. tak tau nape sume lelaki mcm tu..
laki sy lagi la.. mintak 19.90..dpt 19.90..xda nya nak bg lebih2..
pastu bini dah cerdik sikit.. nak pakai 59.90 mintak 200 terus..amik ko!!hahahha

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahahaha.. lelaki memang tak faham bahasa kiasan Elly..

baru2 ni ada viral.. bahasa kiasan wanita dan maksudnya.. ingat lelaki ada masa ke nak study benda2 tu, memang taklah. jadi kalau nak cakap jer terus terang. btw, pinggang u dah okey belum??? harap semuanya baik2 shaja ya.. insyaAllah.

tapi akak nak teka.. ni kemas2 bilik Ameera mesti ada something baru hadiah hari jadik diakan???

Aty_Fared said...

okeh..sangat tepat.. !!

erny firdaus said...

hahahha...betul tu kak elly...sama je...mencik betul sejenis xlehlah nak romantik skit ni kan...hahhaha...

siti said...

betol cakap en win hehe org laki ni mmg xkan phm sebab diorg xsempat nk pike benda2 remeh sooo kita kena bgtau direct ;p

yana2605 said...

dan kbyakkan pomp wpun dh tau laki tak paham bahasa kiasan ttap la nak berkias dgn harapan supaya suami paham..i feel you kak elly...hahahahaha

jannah sabri said...

Hi Kak Elly. Hope akak get well soon. Cuba gi chiro...i think GE mall ada satu. Mana lar tau can help kalau masih lagi kak elly sakit.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly. Hahaha kelakar sangat. Perempuan suka berkias kan, suami tak faham rasa sedih je hati kahkahkahh i feel u kak. Hahahahaha ehh semoga cepat sembuh ye

f.i.e.z.a said...

lelaki dengan kiasan memang tak masuk. ehhe

u guys mmg comel :D

Siti Hajar Mohamad said...

Betul sangat tu Elly...orang lelaki ni x paham kalau berkias atau bahasa terbalik...kena cakap berterus terang....geram kan..

Norliza Nordin said...

hahha kena cakap betul betul dengan dorang.. samelaa ngn icik abam pun.. lotihhh :)

Aisyah said...

elly..akak geng en win..hee..sbb akak bkn jenis merajuk sbb rase cam buang masa je..cakap terus terang dan ckp betoi..lg senang keje..haha..sowi tau..

~ Ain Dania ~ said...

Hahahaha same mcm husband sy.. T_T
End up gadoh mcm tu je la sbb kite xckp ape kite nak..yg die plak tak paham bahasa kiasan kite..hahahaha..marilah kite bertabah kak elly.. haha..

Sara Ismail said...

Saya baru kena semalam dengan husband. Pergi klinik sensorang check up pregnant. Sedih sesangat. Last2 saya kluakan status kt FB "alone, again". Tak sampai sejam kemudian, dia sampai klinik nak teman katanya. Padahal dari pagi duk bersiap2, sambil mulut membebel2 parking susah, parking jauh. Dia masih x paham2.

AinAthirah Anuar said...

Akak dgn husband pun terasa apatah lagi kitaorang yg muda tang tang tak kawin lagi ni. Hint kasi langsung tak jalan. bukan nak pujuk ke apa. siap ckp lagi okay saya tak kacau awak. Ape ni T_T

ariff isa said...

Lepas ni perempuan kena approach lakilah,zaman bg hint sudah lepas

Adam said...

Nice blog. Love it.

Adam said...

Assalamulaikum Admin,

Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan/puan. Blog saya:

biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih.

Zunaidi Dali Great Eastern said...

mmg la kakak oi
jantn mmg cmtu smua

Nurul Hidayah said...

Salam kak elly .. kita ada post an honest review psl bb cushion and smlc fame . Jemputla baca :)

http://hdyhdyh.blogspot.my/2016/10/korg-mcm-aku-kee-kena-survey-dulu.html

riea zakifaris said...

eh eh..sama lah kak elly.. sy pun macam tu gakkkk.....
mcm2 hint dah bagi, boleh en suami buat donno jer... bersabarlah wahai wanita... =)

Mastura Jamil said...

Lawak la pulak baca post elly kali ni... tersenyum sendiri saya sebab saya pun macam tu jugak... letihkan hubby yang tak faham bahasa kiasan ni...