Nuffnang Advertisement

Friday, October 7, 2016

Seronoknya dapat main permainan tradisional



Rasa gembira sangat bila Kak Elly dan keluarga berpeluang pergi ke 'OLDTOWN Timeless Picnic'' di Taman Tasik Shah Alam. Macam Kak Elly war2 kan di instagram ada macam2 permainan tradisional korang boleh main nak cuba hari tu. Alhamdullilah sambutan sangat meriah. Ramai yang datang bersama keluarga dan rakan2.



Ni gambar yang mula2 Kak Elly ambik waktu sampai kat event ni. Cute kan van OLDTOWN White Coffee ni. 



Kak Elly sampai dalm pukul 1.30 petang. Walaupun cuaca agak panas tapi orang ramai tak berganjak pun. Semakin lama semakin ramai yang datang bersama anak2 dan keluarga. Setiap khemah ada satu permainan disediakan.

Sampai jer kat tempat permainan tu korang akan diberikan satu card setiap sorang untuk collect point. Kalau korang berjaya main game yang disediakan nanti card tu akan di cop bintang. Kalau banyak bintang yang di collect lagi  besar hadiah korang nanti. 



First game yang anak2 dan suami main, dam ular. Kelakar ya sebab dadu tu besar giler. Adik dah hampir menang tersalah baling dadu turun balik kebawah...hahaha



Nampak teddy bear besar tu dah ada orang menang. Huaaaa terlepas peluang. Game ni senang jer korang kena baling bola sampai melekat kat point merah tu.


Setiap khemah memang ramai beratur. Seronok tengok anak2 bersaing dengan ibu bapa. Jerit2 bagi sokongan.




Huaaaa cutenya. Lari dalam guni. Rasanya kali terakhir Kak Elly main game ni waktu sekolah rendah. Mengimbas kenangan betul. Susah nak jumpa permainan macam ni lagi. Syabas OLDTOWN White Coffee menyediakan permainan2 tradisional macam ni.



Harus akak tunjuk skill main batu seremban. Tutup mata pun boleh sambut...hahaha. 


Anak2 berpeluang main congkak. Bersaing antara kakak dan adik. Seronok dan bangga sangat bila anak2 tahu permainan tradisional ni. Hope permainan macam ni akan sentiasa diingati dan diteruskan dari masa kesemasa. 


Amboi En Win pun nak tunjuk skill main sepak bulu ayam


Lompat dik lompat sampai 32 kali. 



Eh....macam bapak yang teruja lebih dari anak2. Semua game jer dia main...hahahah



Eh...dia lagi. Tapi serious kalau korang datang sini memang teruja nak main semua benda. Macam Fun Fair pun ada gaks. Cuma kat sini korang tak peru bayar. Main lah sepuas hati. Ruginyer siapa tak datang...hahaha



Anak Kak Elly sampai tak nak balik. Semua permainan diorang main. Dah lama tak rasa seronok macam ni. Setiap hari busy dengan tugas masing2. Bila dapat main games sama2 seronok sangat rasanya.


Hot FM pun ada hari tu. Meriah sangat dengar celoteh DJ Hot FM haritu.


Kitaorang berjaya menang hadiah...yehaaaa




OLDTOWN White Coffee bila minum boleh tenangkan perasaan Kak Elly bila seharian penat bekerja. Rasanya sangat unik, berkrim dan lembut jer bila minum. Kak Elly memang pengemar coffee no 1. Tak dapat sehari rasa OLDTOWN White Coffee ni rasa tak lengkap hidup.

Bila dapat minum OLDTOWN White Coffee ni hilang segala stress, rasa tenang jer. Kepala yang berserabut pun boleh hilang secara tiba2. Makesure bila korang minum coffee korang kena enjoy dan menikmati kenikmatan coffee tersebut 'Timeless Great Taste'

More info mengenai OLDTOWN White Coffee korang blh click website ni https://www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia/