Nuffnang Advertisement

Monday, October 17, 2016

Mak dan Abah dah nampak tua


Dah hampir 4 minggu bawak mak ngan abah gi treatment pinggang ngan lutut. Nampak sangat mak dan abah semakin tua. Tak kuat macam dulu lagi. Jalan pun tak selaju dulu. So sad lah...huhuhu. Tapi suka tengok abah ngan mak selalu jer berdua. Sakit pun sama2. Masing2 sibuk bertanya sakit masing2. Ingatkan dah makan ubat ker belum. Hope aku ngan En Win blh sama2 macam tu bila dah tua nanti.

Abah dulu kerja kilang cat. Angkat tong2 cat tu bukan ringan. Bawak naik atas lori. Sakit tu terasa bila dah berusia. Dengan gaji yang tak seberapa tu lah dia besarkan kitaorang 6 beradik.

Mak pulak basuh baju berbesen2. Abah tak mampu beli washing machine pun waktu tu. Sehari 3 besen baju anak2 dia basuh guna tangan. Gosok, mengemas, masak lagi. Kuat betul tenaga mak dulu2. Waktu tulis ni pun menitik air mata aku kenangkan betapa susahnya kitaorang dulu.

En Win selalu eksyen kalau aku tak pernah makan itu ini. Bang ooi, kecik2 i susah ya. Nak beli sebuku roti pun tak mampu. Kalau bai roti tu datang orang beli macam2, kitaorang adik beradik mintak bai roti tu bagi kulit roti yang hitam tu untuk cicah ngan kopi. Bila cerita En Win gelak2 kan aku...nyampah.





Selagi ada rezeki, insyaallah Kak Elly akan pastikan bawak diorang untuk treatment setiap minggu sampai boleh kurangkan kesakitan yang diorang tanggung. Akak busy tak boleh selalu datang melawat. Weekend jer masa untuk bersama dengan diorang. 

Bawak gi bekam, acupuncture, urut tengok mana yang sesuai. Abah tak berani gi Hospital. Marilah kita cari ubatan tradisional. Dah bawak abah gi x ray mmg doktor cakap tulang belakang abah ada terlari sikit. Untuk baik macam dulu kala mmg agak susah. Sekarang dah effect kat kaki. Terasa kebas dan abah ada kesukaran sikit bila berjalan. Jadi apa yang doktor boleh bantu dengan kurangkan kesakitan dan exercise supaya tak terasa kebas. 


Mak pulak sakit lutut. Nak duduk bangun pun susah. Sembahyang pun dah duduk jer sekarang. Bawak jugak mak gi treatment untuk kurangkan kesakitan.

Dari dulu abah tak pernah mintak anak2 dia bawak gi klinik. Kalau sakit pun abah masih boleh bertahan. Tapi kali ni mmg dah tak boleh tahan agaknya. Tu yang bawak gi berubat dia ikut jer.



Ahad lepas bawak abah ngan mak gi buat urutan china. Betulkan urat2 yang sakit dan buang segala angin kat badan. Nampak perubahan ketara. Dari mula2 bawak dulu. Macam Kak Elly cakap tadi asal dapat kurangkan sakit pun takpe. Kesian kalau tak tiap2 malam sapu minyak angin jer.



Semalam ramai2 gi betulkan tulang2 yang sakit kat badan. Bagi prap2 sikit satu badan. Berbunyi2 tulang leher, belakang dan kaki. Baru rasa ringan sikit seluruh badan. Kalau nak info tempat yang Kak Elly pergi leh tgk kat ig @ellyirfan. Kak Elly ada share location.

Harapan Kak Elly semoga mak dan abah pulih dan kuat macam dulu. Ameeennnn





4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah semoga dipermudahkan

I am muslims~ said...

kak elly, mak kiter pun sakit lutut...solat duduk...kita bg dia try minum susu kambing umaima yg abby jual tu, alhamdulillah dah solat mcm biasa...try la kak...boleh wassap kita nk tau detail 0123730430...x yh publish komen ni klu rs kita nk iklan..ni kita bgtau sbb mak kita kata ok dia minum :D

Chekgu Azrine said...

Semoga cpt sembuh ye paremts kak elly

fathiyah jamaludin said...

insyaAllah moga Allah balas pengorbanan mak ayah kita semua
besar jasa dorang membesarkan kita