Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 19, 2016

Interview lagi


Kalau muda2 dulu korang tanya Kak Elly suka tak masuk TV or Magazine mmg Kak Elly boleh melompat2 suka sambil keluar bintang kat mata. Terlalu suka glamer tapi waktu tu tak ada pun orang kisah pun. Penat akak turun naik TV3 gi interview pengacara Nona....hahaha. Cakap 2-3 patah dah kena keluar. Penat akak buat rambut, sebelah mata pun diorang tak pandang...hahaha

Dah makin berusia ni mmg tak lah akak berani nak kena interview cakap depan orang. Terus rasa malu sangat. Lebih prefer kerja belakang tabir. Biarlah model2 jelita ker depan. Dah lah anak Kak Elly, Yaya suka kritik kaw2 jenis tak bertapis mulut. "Tak lawa langsung mama pakai baju tadi" sedih akak...hahaha

Tapi nak buat macam mana sekali sekala kena kedepan untuk perkenalkan produk. Jumpa orang Kak Elly suka. Memang tak ada hal boleh bercakap non stop. Tapi kalau bercakap depan camera terus gigil2 bibir. Tak tahu nak senyum sambil bercakap, bercakap tak nampak gigi ker, mata nak pandang mana, semua ni buat Kak Elly stress...hahaha



Haritu photoshoot dengan majalah Nona dekat studio. Kali ni dengan Majalah Keluarga. Topik Ibu dan kerjaya. Share pengalaman macam mana Kak Elly bahagi kan masa kerja dan family.

Jawapan nyer tak terbahagi. Terlalu letih. Kadang2 bila sampai rumah nak jadi star fish. Tidur sambil terbukak mulut. Best kan kalau dapat buat macam tu...hahaha. Ni bila jemput jer anak dari rumah MIL, soalan pertama yang diorang tanya "Hari ni mama masak apa?" Tertelan2 ailio akak...hahaha

Kalau korang perasan sebelum melangkah dalam bidang bisnes setahun bukan main melancong 2-3 tempat. Ni nak gi PD pun tak dapat. Stress jer budak2 tu.



Ni pun kelemahan jugak bila suruh posing2. Kak Elly memang tak boleh ya. Kata lah cameraman tu suruh mata Kak Elly pandang ke bawah nanti dengan muka2 sekali tunduk....hahahaha. Jangan lah suruh buat muka senyum tak senyum tu  lagi akak konpius...hahaha. Lagi satu jangan suruh Kak Elly buat aksi peluk2 tubuh macam model tu mmg akak peluk tubuh yang tak relax tu. Faham tak, kejung jer tangan...hahaha



Macam ni akak berani. Interview lama2 pun boleh cerita pasal kerjaya dan produk. Dalam perniagaan ni kita kena sayang dan tahu tentang produk kita jual. Tahu mana kekuatan dan kelemahan kita. Prinsip kitaorang dari dulu lagi, berniaga tanpa perlu menjatuhkan produk orang lain. Tak suka jenis nak laku kan produk sendiri tapi kutuk2 produk orang lain. Not good like that. Macam Kak Elly kata kan tadi kita kena tahu kekuatan produk kita. Korang pernah tak tgk Mac compare produk dia dengan Nars. Kalau bersaing pun dari segi marketing. Itu nama jer persaingan yang sihat.

Kita kena tahu siapa pesaing kita. Itu sangat penting supaya apa yang kita lakukan tak sama. Eh...jangan bagi Kak Elly cakap pasal marketing nanti berjela2. Malas akak nak type...hahaha



Gulung2 rambut akak haritu. Terima jer apa diorang nak buat. Glamer ni sekejap jer. Paling penting kerja kuat. Nanti sambung lagi yek....





5 comments:

Liyliz Yusof said...

thank you kak elly, skrg ni bt business kecil juga tp liz cpt rasa down dan malu bila kena perli dkt media social, bila selalu post pasal business brg2 dkt fb kena perli. mcm2 tp betahan je ..

honey_nita said...

Hi Elly, Bangga dgn U.. gigih.. pndai.. bijak dan berkeyakinan
semoga allah SWT murahkan rezeki U dan permudahkan segala urusan..
Keep it up. !!!!

honey_nita said...

Hi Elly, Bangga dgn U.. gigih.. pndai.. bijak dan berkeyakinan
semoga allah SWT murahkan rezeki U dan permudahkan segala urusan..
Keep it up. !!!!

Farah Izza Shafik said...

Elly you look so gorgeous as always.. :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gud luck gud luck..semoga u olls terus berjaya