Nuffnang Advertisement

Monday, October 10, 2016

Happy Birthday Ameera


Happy Birthday Sayang!! 

Walaupun selalu tak nak dengar cakap mama, degil, notty tapi tetap buah hati dan kesayangan mama. Kak Elly bukan seorang ibu yang lemah lembut dan tak pandai pun tunjuk kasih sayang dekat anak2 sebab Kak Elly jenis yang tegas sikit. Tapi sekali sekala nanti Kak Elly akan datang dan peluk budak berdua ni ketat2. Selalu akan panggil diorang gelaran yang manja. 

Kak Elly ni anak dah besar pun tetap anggap diorang macam budak kecik. Tetap sediakan baju untuk diorang pakai dan cium ubun2 kepala selepas mandi. Tapi teruk lagi En Win sampai sekarang suap anak makan. I jeling jer dari tepi...hahahaha

Kak Elly bukan jenis cakap lemah lembut dengan anak2. Tapi Kak Elly hati tisu kalau bercakap tentang anak2 mesti sayu jer hati. Anak dah lah 2 orang jer, diorang lah tempat bermanja dan teman bergaduh.



Huaaaa comelnyer anak mama. Adik ni kelahiran dia pembawa rezeki. Mula2 mengandung hidup Kak Elly dengan En Win susah sangat. Business butik pengantin Kak Ellly tutup sewaktu usia kandungan 3 bulan. Sampai lah 9 bulan Kak Elly tak ada pekerjaan. Comot jer duduk rumah. Gaji En Win cukup untuk setengah bulan jer. Semua benda dia tanggung sorang. Teringin nak makan roti canai pun terpaksa kira duit syiling dalam poket. Ingat lagi waktu tu roti canai 50 sen. Cukup2 beli sekeping jer. Memang sepanjang mengandung berendam air mata. Waktu bersalin pun guna duit mak En Win...so sad.


Adik lahir jer, alhamdullilah En Win naik pangkat. Dalam pantang hari yang ke 30 hari Kak Elly keluar cari kerja dan alhamdullilah diterima jadi Secretary kepada Tan Sri. Hari demi hari keadaan kami semakin selesa.

Setiap anak ada rezeki masing2. Yaya menceriakan hidup kami sekeluarga. Syukur Ya Allah....




Memang wajib setiap kali birthday kitaorang akan celebrate walaupun dengan hanya sepotong cake. Ini lah masa bersama2 dengan keluarga. Tepat pukul 12 malam mesti nyanyi lagu birthday dengan bersungguh2. Lepas tu baru tidur..hahaha



Adik ni terlalu sukakan kuda. Terlalu ya sampai aku pening. Apa yang best sangat kuda ni sampai suka sangat...hahaha. Jadi nak gembirakan adik buat lah Cake Horse utk dia.

Menjerit dia nampak cake ni. Terus suh simpan dia kata sayang nak potong..hahaha. 



Bawa cake tu untuk adik celebrate ngan kawan gym

 

Gembira sangat ni dapat cake Horse. Asyik peluk mama jer lepas tu jerit2 gembira...haha



Sayang nak potong sebab mmg cantik sangat Cake Horse ni. Rasa nak simpan jer. Budak2 semua excited bila nampak cake ni.

Adik ni ada dia agak tegas sikit. Dia tahu apa yang dia nak dalam hidup. Kalau tak suka dia akan cakap terus terang. Dia tahu apa yang dia perlu buat. Paksa lah macam mana pun kalau dia tak nak dia tak akan buat. Tu sebab Kak Elly malas nak gaduh sebab dia jenis yang degil. Tapi lembut hati, mengamuk sekejap jer nanti dia akan datang nak pujuk balik.




Happy Birthday Sayang. Semoga menjadi anak yang soleha dan diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Aminnn.

4 comments:

firna said...

Happy birthday to ameera. Cerita kak elly ni buat saya lebih positif kerana saya tengah melalui kesusahan nya sekarang.masa hampir bersalin saya tiada kerja lagi sampai la sekarang baby dah lahir suami sorang tanggung.semua datang serentak.saya diberhentikan kerja dan pada masa yang sama rumah pertama kami beli siap dan nak bersalin.semua petlukan duit.huhu.tapi saya takkan putus asa.

Chekgu Azrine said...

Happy birthday ameera...semoga membesar sbg anak yg patuh pd kedua ibu bapa..belajar rajin2ye

Ubj Jahan said...

Happy bday ameera.. my daughter pun october baby jgak.. nama pun ameera.. this year she turns 14.

fathiyah jamaludin said...

cantiknya kek tu kak elly tempah kat mana?
ameera ni kurus kecik orangnya tp muka dia penuh keyakinan.
good girl sgt.
moga nnt jadi atlet malaysia ok.
nnt ari2 aunty tgk game kat tv kalau ameera bertanding.