Nuffnang Advertisement

Friday, October 28, 2016

Dah tua


Kelakar betul lah. Semalam abah called tanya pinggang aku dah ok ker? apa doktor cakap? lepas tu aku pulak tanya. Pinggang abah dah ok ker? lutut mak sakit lagi ker. Tiap2 hari itu lah topik perbualan kitaorang anak beranak. Bulan ni semua tak sihat. Semua sakit2 badan.

Belum lagi whatsapp aku, filla dan peej. Masing2 mengadu sakit badan. Kitaorang dah tak sekuat dulu. Masing2 tak boleh salah makan nanti angin satu badan. Tiap2 hari ingat kan sesama sendiri jaga kesihatan.

Bila fikirkan banyak kerja kena buat, berani kan diri pergi hospital check pinggang aku yang tak baik2 ni. Dah merata tempat pergi tapi still tak elok dan masih sakit. Sampai tahap batuk dengan gelak pun sakit pinggang. Sampai nak pakai seluar pun tak boleh angkat kaki. Nasib abang toyib pakai kan terus rasa dimanjakan...hahaha 

Kak Elly memang penakut sikit gi hospital. Takut kalau doktor jumpa macam2 penyakit. Nanti kena tahan kat ward. Kerja office dan kerja rumah siapa nak buat. Noooo i don't like.

Tapi gagahkan jugak pergi hospital sebab tak boleh tahan sakit. Lepas tu kawan2 FB semua paksa aku gi check takut makin teruk. Pucat2 muka akak tunggu giliran. 



Thanks Neena rekemen Doktor Jagdeep Singh di Prince Court. Sangat baik dan selesa bila borak ngan doktor ni. Bila dah check dia suh gi x ray nak tgk keadaan tulang. Alhamdullih cuma muscle cramp jer. Tak boleh angkat berat dan Kak Elly kena pergi fisio untuk 2 minggu. Bagi tulang masuk balik ketempat yang betul.

Mak2 ni tak boleh sakit. Banyak benda nak kena buat. Sakit jer mata tengok keadaan rumah nanti. Semalam Doktor bagi ubat suh aku berehat. Ya Allah sedap nyer dapat tidur dengan lena. Ini kadang2 tidur sambil otak berfikir. Tidur dari kul 3pm sampai 7pm. Rasa lega sangat2. 

Hari ni start kerja macam biasa balik. Isnin baru gi Fisio. Ingkatkan nak rehat lagi kat rumah. Tapi kena gaks pergi kerja sebab nak kena settled kan gaji staff Ellfie dan Fame. Dah lama tak sakit macam ni. Rasa teruk pulak kali ni. Kena gagahkan diri.

Hopefully abah ngan mak pun cepat sihat. Risau gaks dengan diorang tu. Dah lama tak teman kan diorang therapy. Semoga semuanya dipermudahkan.

3 comments:

Adam said...

Love reading yours. Santai.

Sincerely:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Nurul said...

Cuba kak elly sapu counterpain..kat farmasi ada jual..sbb hr tu sy sakit belikat n pinggang rs dkt sebulan kot. urut byk kali pun x jadi..sapu counterpain 2 3 kali..trs elok sampai sekarang.

Aju Mohit said...

klu sis kene pegi fisio jgn skip tau, and lepas habis fisio kat spital, buat juga di rumah insha allah urat2 yg regang tu akan kembali lembut, (bdasarkan pengalaman sendiri ;) )