Nuffnang Advertisement

Tuesday, October 4, 2016

Aku


Eh...makin pendek tajuk...hahaha. Last week mmg busy giler. Tak sempat langsung nak update blog. Macam2 cite sebenarnya Kak Elly nak update tapi apa kan daya semua cerita Kak Elly dah lupa. Ia berlalu pergi begitu sahaja. 

Tak sangka dulu kerja 9-5 ikut jer arahan boss. Bila boss marah, maki2 dalam hati tapi tak berani nak jawab. Tapi semua tu dah lama berlalu. Beza sangat dulu dan sekarang. Sangat2 berbeza dari seorg yang duduk sahaja di office sekarang hari2 keluar dan sepanjang masa terpaksa berdepan dengan orang ramai. 

Menjadi businesswoman memang cita2 Kak Elly dari dulu tapi menjadi org penting dalam company tak pernah terfikir. Dulu konsep nak berniaga sbb nak dapat duit banyak. Rupanya bukan macam tu ya. Berniaga kena kerja keras dan kena tempuhi pelbagai cabaran. Nak jadi kaya atau duit selepuk dlm bank mmg angan2 jer lah. Tak semudah yang disangka kan. Kena kerja non stop dan otak kena ligat berfikir. Sangat2 stress dan letih sebab nak puaskan hati setiap org bukan suatu benda yang mudah.

Kita bantu orang tambah pendapatan, maknanya Kak Elly dan geng kena ligat susun strategi supaya pendapatan staff, stokis, agen dan dropship tidak terputus. Bukan suatu yang senang tak sangka perniagaan yang asal nyer kecik tapi sekarang tanggungjawab semakin besar. Tak dinafikan masa bersama keluarga sangat2 terhad. 

Masih jauh perjalanan dan banyak benda baru setiap hari Kak Elly pelajari. Dari seorang yang tak pandai tentang dunia perniagaan slowly Kak Elly belajar selok belok dunia sebenar seorang peniaga. 

Kalau tanya samada Kak Elly suka atau tak kehidupan sekarang? Jawapan nyer Kak Elly stress dan letih tapi dalam masa yang sama gembira sebab perniagaan semakin berkembang. Alhamdullilah. Banyak pengorbanan kena lakukan. Masa dgn anak2, mak dan abah serta suami mmg sangat2 terhad. Kadang2 terkejar sana sini. Letih macam mana pun tetap masak, hantar anak ke tuisyen dan lepak dgn anak2. Kadang2 sampai terlelap dalam kereta. Sampai nak muntah tahan kepenatan...hahaha. Belum lagi tgh malam discuss dgn peej dan filla di whatsapp. Jadi korang jangan ingat berniaga ni mudah dan duit datang bergolek mcm tu jer. Kalau tanpa usaha mmg tak kemana lah jawab nyer.


Last week ada hi tea dengan Mua. Tanda terima kasih kami dengan semua Mua yang banyak memperkenalkan Fame Cosmetics. Pengalaman baru sebab tak pernah lagi buat speacial event macam ni. Kena berucap, kena lawa2, muncul dan perkenalkan diri sebagai Pengasas Fame Cosmetics. Huaaaaa malu. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya takut nak berdepan dgn mua semua. Nasib diorg sporting terus rasa selesa.

Kak Elly mmg handle bahagian marketing utk Fame Cosmetics dan Ellfie Beauty. Jadi mmg selalu akan jumpa org sana sini. Tapi perasaan gentar dan takut tu masih ada. Nak memulakan perbualan tu agak takut.Tapi kena hadap jugak lah walaupun tak berani...hahha


Alhamdullilah rupanya kerja keras kami selami ni menjadi perhatian. Bulan July  dapat berita mengembirakan. Kami dipilih dan tergolong dalam 100 wanita berjaya untuk tahun 2016. Fame Cosmetics berjaya dalam masa yang singkat. Alhamdullilah...syukur walaupun rasanya kami belum sampai tahap tu lagi.

Kak Elly wakil Fame Cosmetics utk share pengalaman mcm mana kitaorg memulakan perniagaan. Kelakar nak mampus bila photoshoot sbb kena buat muka ala2 wanita glamer yang berjaya. Macam kayu ya. Punyalah payah nak bukak mulut separuh ala2 sexy tu. Macam mana lah rupa dah siap nanti. 

Nanti jgn lupa dapatkan Majalah Nona December ni. Ada 4 muka surat menceritakan pengalaman kami sepanjang tahun ini.

 ni

2 hari jadi wanita glamer. Lepas tu back to normal life...haha. Boleh jer sebenarnya upah staff bukak kan booth. Tapi kitaorg memilih utk turun padang. Rasa satu kepuasan bila hasil kerja kita dapat dilihat. 

Sama2 turun padang berniaga bersama staff. Tak kisah duduk 12 jam mata sampai kuyu sebab kemana kitaorang pergi reader sentiasa support perniagaan kami. Kesian kalau diorg datang kitaorg x ada kat booth. Untuk reader thank you so much support Fame dan Ellfie selama ni...sayang korang ketat2


Habis exhibition letih macam mana pun kena ada masa untuk anak2 dan keluarga. Walaupun tak dapat luangkan masa macam dulu tapi kena ada masa utk mereka. Ini lah tulang belakang yg support Kak Elly selama ini. Bekerja utk keluarga. Kak Elly kena kuat utk anak2, abah dan mak.



Hari ni kembali bekerja seperti biasa. Uruskan segala stock, gaji dan bermacam2 lagi. Doakan semoga berjalan dengan lancar. Masih jauh rasanya perjalanan Kak Elly dan rakan2. Harap dapat menulis seperti dulu. Dah lama tak share cerita bongok2...haha. Asyik serious jer bosan kan. Ok nanti borak lagi yek.








3 comments:

Unknown said...

Dik Elly, mua tu apa.. suka baca blog you .. kipidap yer... all the best...

Nur Ilyana Ilias said...

kakelly, all the best utk akk n team!

sararisa said...

warning sign tu win sangat hahaha