Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 6, 2016

REWARDS STOKIS FAME


Rezeki dikongsi bersama..cewah. So happy dapat reward stokis yang bekerja keras selama ni. Bukan cakap stokis lain tak bekerja keras cuma rezeki diorang mingkin lebih sikit tahun ni. Semua stokis Fame hebat2 belaka order non stop dengan HQ. Alhamdullilah itu lah target kitaorang utk sama2 kongsi rezeki.

Kitaorang HQ mmg bantu 100% dari segi marketing. Utk dapatkan reward ni kitaorang ada bagi target sales yg diaorang kena capai dalam masa 3 bulan.  Alhamdullilah 4 orang stokis berjaya capai target sales yang diberikan. Hebat korang sampai tertelan2 ailio tgk korang restock. Kitaorang HQ jadi pening kepala nak kena restock laju2 dari kilang. Itu belum lagi kena order casing. Sama2 kena pantas bekerja.



Pada siapa yang minat berniaga tapi tak ada pengalaman langsung Kak Elly cadangkan korang start dengan agent dahulu. Belajar selok belok dunia online. Bukan tak bagi korang terus berniaga tanpa pengalaman agak sukar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Kena pandai rolling modal, kena pandai tackle customer, kena pandai media social dan macam2 lagi. Kitaorang dah dalam bidang online ni hampir 2 tahun dan sampai sekarang kitaorang masih berpeluh utk rolling modal perniagaan.

Jangan bisnes utk kaya. Tapi jadikan bisnes korang ni sebagai minat dan sumber rezeki setiap bulan. Bersaing secara sihat dan jangan sekali2 kita menjatuhkan perniagaan orang. Itu prinsip yang aku, Peej dan Filla pegang. Berniaga untuk sama2 kongsi rezeki dengan orang luar.

Pagi tu sebelum hadiah rewards diambil sempatlah kitaorang share tips dan dengar masalah2 stokis.



Untuk menjadi stokis atau agent korang tak boleh harap customer yang cari korang. Kena rajin promote, kena rajin reply komen customer, kena rajin COD customer. 

Kita ada seorang stokis yang tak bekerja suami isteri. Dia cakap nak cuba berniaga Fame. Cuak kitaorang bertiga, boleh ker Fame bantu dia untuk jadi kan sumber pendapatan setiap bulan. Kalau tak boleh macam mana? kesian kan sebab modal menjadi stokis agak besar. Syukur, alhamdullilah dia salah seorang stokis capai target. Haritu borak2 dia cakap, pendapatan Fame lebih banyak daripada pendapatan dia kerja dulu. Lapang dada bila dengar....hehehe

Ada seorang stokis juga, aku tolong dia hantar barang kat bawah sebab waktu tu staff tak ada nak bantu. Sampai kat kereta stokis tu bersuara "Kak hasil duit berniaga Fame dan Ellfie saya berjaya beli kereta" huaaaa terus rasa nak nangis. Terus rasa nak peluk stokis tu.



Ini lah reward kerja keras selama ni. Harap boleh naik kan semangat stokis2 lain untuk bekerja keras lagi. Insyaallah kita akan pikirkan reward lain nanti...hehehe



Boleh nampak muka masing2 teruja. Kitaorang bertiga lagi lah teruja.



Sampai tak tahu nak buat pilihan.



Pilih...pilih...pilih


Pengasas hanya mampu bergambar sahaja di cermin LV



Dah pilih bag mari lah bergambar beramai2



Tahniah kepada Suraiya, Usmi, Nana dan Letchumy. Korang memang terbaik. Harap kerja keras korang diteruskan ya.



Selesai semua barulah kitaorang lepak bertiga. Lunch together2. Kali ni lunch dengan gembira tak ada cerita pasal business. Cerita pasal keluarga dan anak2 jer. Semoga persahabatan kami kekal selamanya dan tiada hasad dengki, tamak dan rasa kurang selesa. Harap semua bersikap terbuka. Sayang korang...muaaaaahhhh.  

****************************************


Jangan lupa dapatkan Fame Matte Lip Cream Limited Edition set fot Autumn 2016 Collection for only RM70.00 (excl. postage). Dapatkan dari authorized agents @agentfame









7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Leen Pingu said...

ari tu queue blkg Elly kat Maybank Melawati, the Mykad Elly ada problem apa ntah kan. Nak tegur segan... hahhaha... btw, baru je order limited edition fame lipstick ni td... tak menahan hati tgk kaler dia lawaaaaa sgt.

A.I said...

sronok aku tengok korang semua. heybat2 belaka. thorbaek!

NasyaNas said...

Assalamualaikum Kak Elly,tiap-tiap hari saya baca blog Kak Elly.saya ni memang berminta nak cuba niaga online n jadi agent fame. boleh saya tahu agak-agak modal nak kena ada berapa yer untuk jadi agent fame cosmetic ni...

NasyaNas said...

Assalamualaikum Kak Elly, tiap-tiap hari saya baca blog Kak Elly. saya ni sebenarnya berminat nak jadi agent fame cosmetic, agak-agak berapa yer modal nak kena ada.

Naomi said...

hi sis NasyaNas. jika berminat, boleh whatsapp sy 0179409005 - nana stokis fame

CikNis Annisabiz said...

Wow giler best habuan stokis ngetop!