Nuffnang Advertisement

Friday, September 9, 2016

PERANGAI PELIK


Kak Elly tak tahu nak kategori ni sebagai perangai pelik atau perangai pompuan giler...hahaha. Kak Elly akan rancang benda yang perlu dibuat setiap hari. Contoh bangun pagi Kak Elly akan set kan apa perlu Kak Elly buat sepanjang hari. Apa kena makan, sampai office nak kena buat apa, balik rumah apa yang kena buat dulu. Tahap pelik tu kalau nak kencing pun kena ikut aturan. Tak tipu ya, katalah Kak Elly dah aturkan apa yang nak dibuat tiba2 tak dapat buat sebab terlalu letih nanti fikiran Kak Elly akan berkecamuk dan sanggup bangun dan buat benda yang dalam list tadi sampai menangis. Gilerkan...ni pun dah banyak Kak Elly control. Agak tak dapat buat Kak Elly akan elak kan dari fikir. Perangai pelik ni memenatkan. Kadang2 dalam kereta Kak Elly akan bercakap sorang2. 

"Sampai rumah kencing, lepas tu tukar baju, keluarkan daging dengan ayam.......bla bla"

Lepas tu En Win akan tegur "Ma kena kencing pun u kena fikir ke?"

Hahahahahah. Pitam kan. Lepas tu Kak Elly suka target benda yang nak dibeli atau pergi. Contoh macam holiday kata lah target tahun ni nak gi London. Giler mahal kan tapi Kak Elly akan cuba capaikan target tu sampai berjaya. Bagi Kak Elly kalau tak ada target Kak Elly tak akan dapat pergi kemana2. Bila kita ada target kita akan berusaha. Jadi benda akan menjadi rutin setiap tahun. Kak Elly dah tahu apa yang perlu Kak Elly buat sepanjang tahun...hahaha. Orang luar tgk macam kaya kan tapi hakikatnya kerja macam giler sebab nak capai target.

Macam tu juga kalau nak beli barang, kalau dah suka Kak Elly akan pastikan sampai dapat beli barang tu. Kalau dah set barang tu kat kepala mmg Kak Elly akan cuba dapatkan. Macam Peej atau Filla kalau diorang suka sesuatu benda diorang akan sabar dan berfikir perlu atau tidak diorang beli benda tu. Akak cannot kalau nak, kalau dah suka mesti dapatkan. Tak bagus ya perangai macam ni...hahaha. Kak Elly jenis suka ikut trend, apa yang orang pakai Kak Elly suka ikut. Tidak dinafikan tak elok perangai macam ni tapi susah sikit nak lawan. Itu yang En Win menyampah jer ngan perangai aku...hahaha

Puas hati bila sesuatu benda yang kita suka berada ditangan. Rasa macam berbaloi kerja kuat nak dapatkan sesuatu barang yang kita inginkan. Rasa kepuasan tu seronok. Apa yang korang target dan korang ingin bila dapat rasa macam satu kejayaan..haha. Siapa yang ada perangai macam Kak Elly mungkin korang faham dan siapa yang rasa perangai ni agak pelik mesti korang tuduh akak giler...hahaha

Ok lah...tengah teruja ni sebab office hampir cantik. Nanti story pasal office baru yek.




2 comments:

Nurul Hidayah said...

Perangai perempuan perempuan mmg mcm ni agaknya kak . Hidup kena aturan je , lepas tu klu tak beli apa yg nak tu rasa tak tenteram je , end up beli jugak walaupun hold berapa lama :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly.. ehh tersama pula kita pun suka aturkan apa benda kena buat. Kalau tak achieve rasa bersalah pun ada ahahahah