Nuffnang Advertisement

Monday, September 19, 2016

New Office


Tak tahu nak luahkan macam mana perasaan Kak Elly. Rasa macam nak nangis, terharu dan bangga dengan diri sendiri. Macam2 kitaorang lalui dan sikit demi sikit kitaorang cuba improved.

Masuk office tadi memang terkejut giler. Apa yang kitaorang idamkan selama ni jadi kenyataan. Macam mimpi jer. Huaaaaa serious sedih. Terima kasih Radie realisasi kan impian kitaorang bertiga. Titik peluh Ellfie dan Fame team nampak hasil akhirnya. Syukur Ya Allah. Banyak lagi yang kitaorang kena tempuhi.

Kalau dulu masuk office semangat dan sekarang bertambah semangat. Syukur sangat...alhamdullilah. Masih panjang lagi perjalanan kami. Doa kan yang terbaik utk Ellfie dan Fame Cosmetics.



Ni gambar mula2 kitaorang nak sewa office ni. Ada 2 meja jer. Lepas tu tambah rak dan pantry. Siapa yang dah baca dah baca blog Kak Elly mesti korang biasa tgk keadaan office kitaorang. Sekarang ada 1 office dan 1 store. 



Bila nampak sticker kat pintu bilik terus rasa tersentuh. Rasa macam tak percaya dari berniaga kat rumah Peej sekarang dah ada bilik sendiri.



Work station aku dan Peej


Cantik sangat ni...gambar2 yang Radie letak tanpa pengetahuan kitaorang pun. Frame ni semua Radie buat. Radie mmg nak suprise kan kitaorang balik dari bercuti. 



Gambar Oling Peej dan Filla


Meja Kak Elly



Meja Oling Peej tapi belum kemas lagi. Ni gambar pagi tadi.



Meja staff utk buat packaging



Meja Accountant dan rack2 utk letak file produk Fame dan Ellfie.


Pandangan dari bilik aku. 

Sekarang baru tahu bagaimana rasa bangga bila sesuatu yang kita buat nampak sikit demi sikit hasilnya. Banyak lagi target kami di masa hadapan. Harapan kami bertiga sangat tinggi dan insyaallah semoga dipermudahkan segalanya. Aminnn







8 comments:

Aty_Fared said...

lawo nya kak... so proud of korang bertiga [walaupon tak kenal kitew] tapi sebab ikut korang dah lama..memang nampak step2 tu.. :) gud luck kak n friends..

sipeQa said...

woww best nye kak! semoga team ellfie terus berjaya.
inspirasi sgt nih. nak jadi agen terengganu bleh tak kak elly.
hihi...

rohaida omar said...

tahniah kak elly & team.. produk kak elly mmg best. semua produk kak elly saye guna. tak pernah lagi stay dengan 1 produk lama macam ni. #muahciked

Cik Puan Fairul said...

Alhamdulillah..seronok tengok akak berniaga..semoga kak elly di murahkan lagi rezeki..first time komen,selama ni silent reader je...

Nanie said...

Alhamdulillah. Dari sahabat jadi rakan bisnes yg berjaya. Tahniahhhhhh

Pieh Rizfie said...

kak elllyyyyyyy
kite kan kalau dgr lagu polaroid sakura band...msti bayangkan kak elly nyanyi
coz lagu tu mcm happening n enjoy mcm perwatakan kak elly tau..huhu
sy doakan kak elly succes ye dlm perniagaan

crazyshopper said...

Kak elly.. Working table n meja staff cantikkkkk sangat..blh tau order kat mana?? Share pls..tq :)

antalya said...

tahniah kak elly, kak peej, kak filla...moga bisnes bertambah sukses dan korang bertiga jadik jutawan pasni aminnnnn insyaallah