Nuffnang Advertisement

Monday, September 26, 2016

Bali Girls Trip


Bak kata Filla akhirnya percutian ala2 princess dah berakhir. Giler princess kat sana. Ada orang sediakan breakfast. Lenguh berjalan jer urut. Rasa badan panas jer terjun swimming pool. Hebat sangat kan jadi princess ni....hahaha.

Dah lama rancang percutian. Reward kitaorang setelah penat bekerja. Stokis kita bagi reward bag. Kitaorng pulak reward bercuti. Dah book baru bagitau suami. Lepas tu semua takut nak cakap....hahaha, Nasib suami2 kitaorang ni sempoi. Tiap2 hari akan tanya Oling Peej berapa hari lagi nak ke Bali...hahaha. Gembira sangat hati bila nak ke Bali.

Bukan main tiap2 hari cerita baju apa nak pakai. Pada hal tak cari pun sebab masing2 busy. Pakai jer apa yang ada. Angan2 tetap ada nak jadi Che Ta ada photographer konon...hahaha.



Kitaorang ambik flight pagi. Beg masing2 bukan main besar. Angan2 nak shopping tu tinggi.



Mmg dari awal perancangan kitaorg nak berehat sepuas2 nya. Nak cari villa yg cantik utk kitaorg duduk. Ala percutian mewah gitu. Nak jadikan kenangan dan ini lah reward setelah kerja keras kami. Alhamdullilah hajat nak bercuti tercapai.

Dah lama rasanya tak bercuti dgn kawan2. Kak Elly seorang yang mementingkan keluarga. Rasa bersalah bila berseronok tanpa keluarga. Tapi sekarang Kak Elly ada 2 keluarga yg sangat2 Kak Elly sayangi. Diorg kawan, keluarga dan adik beradik. Walaupan diorg ni degil dan selalu sakit kan hati Kak Elly tapi tetap pandai pujuk akak...hahah


Tugas mencari Villa diberikan kepada Filla. Aku ngan Peej mmg x ada masa lah nak cari sebab dari bulan puasa sampai sekarang agak sibuk uruskan order dan office agak kelam kabut dgn renovation. Jadi Filla ditugaskan untuk mencari.

Walaupun on the way  ke Villa kepala aku hampir berasap sebab jauh kedalam. Blh nampak muka Filla agak ketakutan waktu tu.



Tapi di maafkan sebab cantik giler. Impian percutian princess tercapai...hahaha. Good job Filla. Akak bg 10 bintang. Kalau korang nak duduk sini blh search kat Agoda Villa Zanissa


  
Ini bilik Kak Elly dgn Filla. Nyampah Filla ni penakut. Tak blh cakap sikit terus nak tidur dekat2. Tak kuasa aku nak tidur bertentang mata. Tak comel ya tidur peluk2 sambil bertentangan mata. 



Terus berangan nak rumah macam ni. Terus masing2 sembang rumah idaman. Semangat masing nak design itu ini...haha



Wow ada jacuzzi...hebat sangat ni. Rasa nak lompat bogel jer dari bilik. Tapi takut pulak oling ngan Kak Pilla pengsan. Diorg tu dah lah kalau kutuk giler2 tak pandai jaga hati langsung. Tapi lantak lah situ nak kecik2 hati ni bukan kitaorg ya. Nak kawan ngan kitaorg kena kental. Nangis lah korang tepi bucu bila kena kutuk nanti. Jgn salah cakap mampus kena kutuk 80 kali kat whatsapp.



Ini lah tempat kitaorg brekfast setiap pagi. Kul 9am ada wake up. 9.30 pagi breakfast dah terhidang. Hebat sangat ni. Terus makan sambil tersenyum.

'Mbak bisa bikin tea utk saya ngak'

'Bisa buk'

Wow bagi arahan terus tea depan mata. Terus teringat Marion Caunter, patut lah cantik sbb semua benda org buat kan. 



Kitaorg jarang lepak tgk tv kat sini. Sekali sekala jer terbaring lepas breakfast. Borak2 bila rasa panas terus terjun swimming pool. 



Lepas dah selesai urusan check in, kitaorg keluar cari makan. Nasib x berapa jauh, kalau jalan kaki ada jalan pintas. Bali ni makanan diorg semua manis2. Kak Elly kurang suka. Kalau pilih menu kena berhati2 takut ada vavi...hahaha


Lepas dah kenyang kitaorg decide nak lepak tepi pantai. Bila tanya semua cakap tak jauh. Padahal jauh nak mampus. Tak berani pandang oling sbb nafas dia dah macam kuda, peluh menitik2. Terus aku ngan Filla tak berani toleh belakang....hahah



Tempat idaman akak ni. Cantik nyerrrr


Terus Oling tersenyum. Lepak2 sambil minum2. Sempat tengok matahari terbenan. So niceee

Tempat ni korang wajib pergi. Serious cantik bangat. Blue 9 Beach Bar and Restaurant Seminyak


Us



Puas lepak kat pantai balik bilik sambung berenang. Dalam kul 10pm semua kelaparan. Keluar balik cari Nasi.

Nanti sambung lagi yek...













3 comments:

Amanda Suria said...

Cepat sambung...x puas baca. Kita pun ada plan nak pi Bali...

Norliza Nordin said...

cantikknye...

miss eimanhikmah said...

cantik nyeee..