Nuffnang Advertisement

Monday, August 15, 2016

Kerja dan anak2


Penat last week travel tak habis lagi, weekend ni kerja lagi. Banyak benda nak discuss. Singgah office kejap tgk renovation. Alhamdullilah...tercapai gaks nak buat office cantik2. Buat tempat packaging proper sikit. Senang staff cari barang atau nak buat packaging untuk courier nanti. 


Kotak, bubble wrap, sampul postage, lipstick semua blh letak kat rak ikut colour. Sedih sgt dulu letak dlm kotak jer. Ada 2 meja besar nanti. Satu tempat buat packaging, satu tempat staff buat kerja. Office kitaorang dlm proses. Insyaallah next week start buat....sukanyerrrr. 



Nanti dinding semua buat wall paper, lampu tukar. Kalau ada duit lebih nanti pantry nak buat cantik2. Cuma meeting room jer tak ada sbb tempat x cukup. Kat depan pun tunggu dulu. Kita buat part by part....hehe



Konsep semua pakai pallet. Idea seperti biasa dari Radie. Alhamdullilah slowly nampak perubahan office ni. Dulu ada 2 meja office jer pun dah cukup buat kitaorang gembira.



Last week busy audit. Menakutkan betul. Dulu waktu kerja tgk jer org acct kelam kabut cari resit. Now baru rasanya stress mcm mana. Dah lah aku ngan Peej suka2 jer beli barang...haha.

Banyak betul kitaorang belajar. Income tax company, socso, kwsp semua kena betul. Nasib budak acct ni banyak bantu. Kalau tak aku ngan peej kira2 tulis kat buku jer...haha

Lepas tgk office renovation terus gi coffee house sambung meeting. Meeting room x ada terpaksa lah meeting kat luar. Tunggguuuu macam2 perancangan sampai bulan 2 nanti. Semua best2....haha

Next week whole week busy. Ada photoshoot utk new colours....mesti korang suka nanti. Colour pom3...pitam puji produk sendiri. Tapi ini tak tipu mmg cantik...haha. 



Semalam dah kerja, Sunday luangkan masa untuk anak2 pulak. Sian sabtu pun tak kemana. Nasib En Win rajin melayan anak2. Breakfast jauh sikit kat Taman Tun.



Huaaaa Yaya dah makin besar. Aku perati jer. Remaja sangat ni. Mesti tak lama lagi ada boipren. Lepas tu curi2 keluar. Dah pandai pakai make up. Eh...cepat sangat membesar ni. Aku dulu form 1 main kejar2 lagi dgn kakak aku.

Ni aku tgk bukan main cool lepak dlm bilik. Gi Kinokuniya pun siap order buku. Aku pun tak tahu rupanya blh order next week ambik...haha. Ketinggalan zaman sgt mama ni. 

Dah order buku gi pulak Sephora beli make up...


Bila masa dia tahu benda2 mcm ni. Patut lah lipstick Fame banyak kat bilik dia. RM165 kecik macam ni jer...huh. Guna duit raya korang ya tak ada mama nak bayar ya mahal2 macam ni.



Sambung balik cerita brekafast. Dotty's ni kalau korang hantu dessert kat sini mmg sedap giler. Kat atas gambar Big Brekfast #mustorder



Smoked Salmon sandwich



Ni paling sedap


Huaaa semua sedap  



Kak Elly macam mana busy pun tetap akan peruntukan masa utk anak2. Kesian diorg asyik kat rumah jer. Memasing sibuk jadi macam mana busy kena ada sehari untuk keluar dgn anak2. Weekdaya mmg x dapat bercakap langsung. Borak pun benda penting jer.

Macam magic budak2 ni...sekali terpandang semua dah macam2 perubahan. Ada jer perubahan kat diri diorang. Tak sabar nak bercuti December nanti. Nak rehat cukup2 dengan budak2 ni. 




2 comments:

dorsett pink said...

suka tengok elly update pasal kerja..

dorsett pink said...

i means suka pasal your update pasal kerja. hehe