Nuffnang Advertisement

Monday, August 22, 2016

Keluarga


Kalau waktu remaja dulu dalam umur belasan atau 20an macam tu bila suh pilih antara kawan dan keluarga, mmg confirmed jawapan Kak Elly akan pilih kawan. Waktu tu lah kawan memahami segala2nya. Abah ngan Mak tak akan faham jiwa remaja. Hanya kawan jer lah menjadi pendengar yang baik. Sanggup tinggalkan segalanya demi kawan tercinta. Apa terjadi pun keluarga tetap bersalah, kawan jer betul waktu tu...hahaha



Sekarang bila dah berkawin, kawan ni nak jatuh no bawah sekali. Bukan dah menjadi keutamaan. Kalau ada masa boleh lah jumpa dan luangkan masa bersama. Tak macam dulu walaupun apa terjadi kawan kena diutamakan...itu dulu ya...haha

Kak Elly masih contact kawan sekolah rendah, menengah, kawan college dan kawan kerja. Masing2 sekarang ni busy dengan keluarga dan pekerjaan. Dapat keluar setahun sekali pun dah bersyukur. Kami tetap macam dulu cuma memasing masa luangkan bersama kawan2 tu dah tak ada.

Nak mengadap phone whatsapp tiap2 hari pun jarang berlaku. Tapi sesekali jumpa itu yang meriah sangat jadinya. Kawan berniaga Filla dan Peej pun aku jarang dapat keluar bersama. Memasing sibuk dengan tugas harian. Buat masa ni diaorang paling rapat dengan Kak Elly tapi kitaorang bukan jenis rapat yang 24jam berkepit. Pepandai lah memasing dah ada keluarga.

Cepat betul masa berlalu. Banyak betul perubahan kat diri ni. Kalau dulu waktu remaja tiap2 malam gi disco menari now semua tu kenangan. Now lebih suka menari dan bersilat kat dapur jer.




Kak Elly dan En Win kitaorang mmg suka bercerita. Suka share benda yang berlaku setiap hari. Semua benda En Win akan tahu. Susah betul nak sorok cerita. Mulut ni laju jer share nanti. Begitu juga dengan En Win, rutin waktu pagi sampai balik kerja dia akan cerita.

Jadi kesimpulanya Kak Elly lebih selesa bersantai bersama keluarga dari kawan2. Tapi tak lah sampai tak keluar langsung cuma ia sangat jarang berlaku. Tak sekerap dulu. 





Bukan cakap kawan tu tak penting, kalau tanpa kawan pun berniaga aku tak akan sejauh ni. Cuma masa dulu dan sekarang tu dah jauh sangat berbeza. Tipu lah kalau cakap tak rindu masa lalu, masa bergelak terguling2 dengan kawan2. Tapi itu semua dah berlalu. Nak taknak kena tempuhi sebab anak2 semakin membesar. Weekend jer masa untuk bersama dengan keluarga. Kalau dapat curi 1-2 jam kopi2 bersama kawan2 pun itu dah mengembirakan.

Nak dapat kawan baru sekarang ni pun dah payah. Bukan tak suka kawan baru tapi masa nak berkawan tu tak ada. Teruk sangat ni...hahaha. Dah bertahun rasanya tak bercuti dengan kawan2...insyaallah coming soon.


2 comments:

Nanie said...

Family come first. Memang prinsip yg patut kt pegang tak kira laki atau pompuan @ dah kawen atau belum kawen.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

best2.. xsabo lak nk kawen. ehhh... hehehe