Nuffnang Advertisement

Tuesday, August 30, 2016

Flashmob dan Gym for Life


Morning....lama tak bersiaran. Sengaja jer Kak Elly biarkan entry Dato Red tu lelama biar korang baca 18 kali...hahaha

Weekend hari tu mmg sibuk giler. Dari pagi sampai petang. Kena support sekecik ni. Sabtu hantar kat Main Place di USJ. Adik buat 2 persembahan. Ameera ni kalau tak dapat gi gym boleh bergaduh ya dengan Kak Elly. Dia sanggup set alarm untuk bangun. Kalau gi sekolah bukan main liat lagi nak bangun. Adik dia terlalu suka. Aku pun pelik apa yang seronok sangat lipat2 badan ni...hahaha



Pukul 9am pagi semua dah bersedia untuk di make up. Fame sponsor Matte Lip Cream hari tu.


Bagus lah sebenarnya bila budak2 ada aktiviti macam ni. Weekend selalunya ada class 3-4 jam. Tak perlu risau sebab kita tahu kat mana anak2 kita berada. Macam Yaya Kak Elly jadi risau sebab 24 jam dalam bilik. Kak Elly yang bosan tengok dia sebab tak ada aktiviti. Dah puas masuk kan dia kelas itu ini. Semua benda dia tak minat.

Tapi adik ni terlampau suka lah pulak sampai hidup dia 24 jam berlatih dan tgk youtube mengenai Gymnastic. Tak pernah bosan ya. Takut dia leka Kak Elly pastikan setiap hari dia ada Home Tuisyen kecuali Sabtu dan Ahad. Biar seimbang sikit dengan pelajaran.


Holloh3 comei berlatih tengah2 shopping mall takut terlupa step waktu persembahan nanti.  Bagi Kak Elly aktiviti2 macam ni bagi utk kita exposure anak2. Keyakinan diri dan satu pengalaman baru utk mereka.

Kak Elly ni bukan ibu yang rajin sebenarnya. Tapi bila tgk parents lain bersemangat sokong anak2 jadi Kak Elly terikut sama..haha. Akak malas ya. Weekend kalau boleh nak terdampar jer atas katil. Tapi sebab nak sokong anak2 terpaksa gagah kan diri. Bukan main parents lain sediakan breakfast bagai. Akak bawak makan mamak jer. Terus rasa macam mak yang tak berguna. Tapi atleast Kak Elly dapat belajar dari permerhatian. Kak Elly juga bukan mak2 yang pandai ikat2 rambut atau tocang2 supaya anak kelihatan kemas. Lantak lah korang nak buat rambut macam mana pun.

Tapi kalau korang join aktiviti ni, rambut anak kena sentiasa kemas. Makanan kena jaga. Latihan kena datang on time. Especially kalau ada competition seminit pun korang tak boleh lambat ya. Diorang akan mula kan mengikut masa yang ditetapkan. 



Comel jer tgk budak2 ni. Ada yang muka takut jer nak jalan depan orang ramai tak bila pandang cikgu terus buat. Lepas tu ulang2 aksi yang sama dekat 10 kali sampai cikgu terpaksa tarik keluar...hahah



Persembahan Solo


Group performance.

Bukan senang nak melatih budak2 ni. Kena banyak kesabaran. Tapi yang paling bagus Kak Elly rasa aktiviti macam ni dapat bantu displin kan budak2.



Terus akak bangga tgk budak2 ni. Almost everyday berlatih 3-4 jam. Ligat anak Mama menari macam Mama waktu remaja dulu..ahaks



Kak Elly mmg tahu akan ada persembahan Flashmob ni tapi tak sangka ramai yang join. Dari budak2 kecik sampai remaja menari. Bestnyer....selalu tgk kat youtube jer Flashmob ni sekarang Adik pun dah join tarian ni. 



Serious fun giler tgk diorang menari. Semua enjoy tgk budak2 ni.



Ini lah cikgu2 yang bekerja keras untuk pastikan anak2 membuat persembahan terbaik.

Next


Sunday...hari ni competiton pulak kat Bukit Jalil. Club from Destar mengekalkan tarian yang sama. Ini pertama kali budak2 ni join competition Gym For Life. Last miute ada 3 orang budak terpaksa tarik diri sebab tak sihat. Kelam kabut cikgu cuba tukar beberapa step tarian.



Sampai jer kat Bukit Jalil ni terperanjat giler. Semua dah siap sedia dengan costume cantik dan meletup. Tarian lagi lah meletup semua yang badan melentik2 dan kepala boleh berpusing2...hahaha.

Boleh bayangka budak2 dari Destar pun terperanjat sama. Diorang dah lah biasa2 jer costume.


Ada 21 club join hari tu. Ada yang pakai Red Indian lah, Burung Merak Lah, Michael Jackson lah. Tanjat akak kat tepi sudut.



Bagus sangat competition ni bagi budak2 lihat dan belajar menjadi lebih baik.



Walaupun ada pertukaran step last minute tapi diorang dapat buat dengan baik. Penuh dengan senyuman dan paling penting diorang enjoy dengan performance yang dibuat.



Congratulations....next year kita kasi meletup ya. 


No comments: