Nuffnang Advertisement

Monday, August 1, 2016

Anak perempuan


Cepat betul masa berlalu. Anak semua dah semakin membesar. Masing2 ada perangai yang blh buat jantung Kak Elly tiba2 meletup menahan kemarahan.

Kehidupan kami sekeluarga terlalu busy dengan aktiviti. Jarang dapat berborak macam dulu2. Semua buat hal masing2. Setiap malam selalunya lepas makan dari pukul 8pm - 10pm budak2 ada tuisyen. Kak Elly akan sibuk kemas itu ini. Habis tuisyen diorg akan buat kerja sekolah dan duduk dlm bilik masing2. Kalau ada masa Kak Elly akan jenguk bilik anak2 itupun nak tgk samada bilik bersepah atau tak? ataupun cium ubun anak2 takut busuk...hahaha



Weekend adik busy dgn latihan. Yaya kalau ada kat rumah pun terperuk jer dalam bilik baca novel. En Win atau Kak Elly akan bergilir2 kerja waktu cuti. Depends kalau tiba2 stock sampai Kak Elly bekerja sampai ke petang. Kitaorang cuma dapat berkumpul dan bergumbira pada sabtu malam sahaja. Waktu ni masa utk tgk wayang atau lepak kopi2.

Waktu ni sama2 nyanyi lagu dlm kereta tapi Kak Elly akan di bully sebab tak tahu lagu latest kat radio....hahaha. Tak sangka betul kehidupan kitaorg berubah bila anak2 semakin dewasa. 



Semakin besar semakin banyak kerenah diorg ni. Dah boleh nampak sorang2 tunjuk perangai. 

Yaya ni suka melawan. Tapi melawan dlm senyap kalau dia menjawab jer bila Kak Elly tinggi kan suara dia akan jadi slow dan takut. Terus senyap dan menangis. 

Adik ni degil dan kuat menjawab. Merajuk pun kuat. Dulu kecik2 mmg Kak Elly jarang rotan. Selalu denda pandang dinding atau kurung dlm bilik air. Tapi dah besar ni mulut menjadi2. Mmg kena lah selalu hanger kat kaki. Pukul lah macam mana teruk pun dia tetap degil ya. Kalau dia tak nak mmg sampai kesudah tak nak...stress giler ya. 

Adik aktif dalam sukan gym. Sanggup tak bercuti atau jalan beraya asal dapat gi class gym. Praktis seharian pun dia blh jer. Darah berniaga kuat dlm diri adik. Macam2 benda dijual kat sekolah. Sampai Kak Elly kena panggil dengan cikgu...pitam kan

Pernah waktu jamuan raya Kak Elly buat 30 biji cup cake. Dia bagi kat cikgu 20 biji lagi 10 biji tu dia jual....huaaaa pandai buat duit ni. 

Haritu dia kumpul duit raya utk modal buat Slime. Dia buat sendiri ya. Macam2 colour. Siap beli bekas kecik2 lepas tu jual kat sekolah. Waktu kemas bilik kak elly jumpa macam2 alatan. Terus amukan berlaku. Habis semua Kak Elly humban dlm tong sampah. Org suh gi sekolah belajar dia blh berniaga pulak. Mana lah jantung akak tak sakit. Gelang getah dia pun dia jual...patut banyak duit kat tabung kau dik...haha

Dia juga menjadi personal shopper utk beli barangan di Typo. Setiap pembelian akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kak Elly atau En Win akan dikerah  ke Pavillion setiap minggu. Adik juga penjual maggi ramen. Dia beli RM4 dan akan jual RM6....huaaa why adik???? now Kak Elly dah sekat segala aktiviti berniaga. Phone pun dah dirampas. Tapi kelakar wei...bila baca whatsapp urus niaga dan pembeli adalah kawan sekolah sendiri...hahah



Yaya lebih kearah fesyen. Kalau ajak keluar nak bersiap bukan main lama. Dah pandai memilih baju dan dah pandai make up. Habis eyeliner, blusher dan lipstick semua ada dalam bilik dia.

Lepas bersiap selalunya dia akan masuk bilik Kak Elly dan pandang atas bawah "mama pakai apa ni"...."tak cantik lah baju mama"...."nape lipstick comot"..."rambut macam singa"..."mama tak sesuai lah make up mama"

Eh...eh...eh...mama vogue ya. Jgn nak pandai2 ckp rambut i macam singa. Tapi kadang2 aku betul kan lah jugak...hahaha

Kak Elly dan En Win dah discuss dan plan apa yang perlu kitaorang buat dan sediakan dlm 5 tahun akan datang. Kalau blh  nak masa remaja diaorg menjadi kenangan terindah. Sebagai ibu bapa kitaorang nak sediakan yg terbaik utk anak2. Bagi diorg peluang membesar dengan pilihan mereka sendiri. Kitaorang akan sentiasa support anak2.



Hope Yaya dapat keputusan cemerlang dlm PT3 nanti. Kalau boleh nak Yaya masuk sekolah yang terbaik dan jumpa kawan2 yg punyai minat yang sama. Nak Yaya bergaul dan jadi lebih berani. Mama dan Papa akan berusaha cari duit selagi mampu utk pendidikan anak2. Kalau blh nak Yaya belajar luar negeri itu pun kalau kayo lah...haha. Amin...mana tahu doa ibu. Gi belajar overseas cara2 buat colour2 lipstick yang meletup ya nak...hahaha




Apa yang mama sediakan utk Yaya, mama akan sediakan utk adik jugak. Tak ada perbezaan. Tapi jgn lah jadi ahli perniagaan sebelun waktunya. Tunggu lah besar sikit lepas tu nak berniaga lantak lah tak ada siapa nak marah.

Insyaallah semua kenangan bersama anak2 ni Kak Elly akan ingat dan simpan sampai bila2. Mungkin waktu ni rasa dada nak meletup tapi Kak Elly tahu kenangan ini lah pengubat rindu sewaktu Kak Elly dan En Win tua nanti.






9 comments:

[CiK cAmEn] said...

Ya Allah comelnya adik hahahaha. tergelak saya bila baca ia boleh buat untung cupcake mama dia buat.. adoiii

caspercute.blogspot.com said...

Elly

Boleh bagi link kain cotton yang you beli online tu tak?

Siti Hajar Mohamad said...


Macam Macam ragam kan anak-anak ni...semoga anak anak Elly berjaya dalam semua lapangan...

haslina rusli said...

kakkk kelakor gila adik jual megi ramennn. huhuhuhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haaa.. anak akak pun peniaga di sekolah tau Elly termasuk ramen. Dia jual yg dlm bowl tu satu RM10. Pas tu buat slime asek tak jadik kalau tak mesti dia niaga slime jugak.. huhu

fya fyza said...

sis elly..adik ade bakat terpendam ni hehehe..mudah mudahan besar nti jd business woman yg bjaya n kaya raya

Hayati Suhari said...

Berbakatnya adik. Bagus lah ada keberanian :D

f.m.y said...

biarla dia business kak Elly... tapi bagi syarat lepas semua homework dah settle. Seronok tengok budak-budak berniaga. Comel je adik :)

Nanie said...

Cerita entry yg byk memorinya. Air mata bgenang tak time type ni kak? Heee btw happy family