Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 10, 2016

Amat menakutkan...


Semalam tak ada buat apa tengah malam baca lah Beautiful Nara. Baca gossip artis. Kak Elly ni suka baca tapi jarang baca komen. Tapi semalam terbuka hati pulak nak clik. Cerita pasal Rumah Baru Neelofa. Terus terkejut bila baca komen dan sangat2 menakutkan ayat budak2 sekarang. Siap cakap perangai Yahudi bagai.

Kenapa orang melayu ni tak boleh berfikir positif? kenapa suka sangat menghentam orang jer? sangat2 menakutkan bila kita ada perasaan macam tu. Of course lah bila kita berjaya kita nak kongsi kegembiraan. Tapi orang terus fikir negative cakap nak menunjuk.

Kita tak tahu macam mana susahnya dia nak dapatkan sebuah rumah yang di idamkan. Of course dia nak share dengan peminat. Tapi kesian sangat sebab dapat kata cacian.

Kak Elly suka tengok orang berjaya. Rasa dengki mmg ada sebab macam mana dia boleh berjaya. Tapi tak sampai maki2. Jadikan satu semangat nak jadi macam orang berjaya tu. Walaupun kadang2 rasa meluat tapi rasanya tak perlu lah kita suarakan sebab kita pun tak kenal rapat dengan orang yang kita kutuk tu.

Adab menulis tu penting. Kita boleh menyuarakan pendapat tapi jangan sampai perasaan orang tu tersinggung. Selalu pesan dengan anak2 biar orang buat kita jangan kita balas balik. Tapi sekarang ni Kak Elly tgk komen2 bukan menyuarakan pendapat tapi lebih kepada tak puas hati. Cermin diri..atleast diorang berjaya tapi kita ni duduk takat tu jer.

Dapat jer baca satu topik tapi bermacam2 sangkaan aku tgk orang suarakan. Sangat2 menakutkan sebab kita tak tahu apa yang suarakan betul atau tidak. Lepastu org terpengaruh dengan apa yang kita suarakan padahal tak betul....takutnya.

Contoh terdekat kami bertiga. Aku, Filla dan Peej. Kitaorang sahaja yang tahu tugas kami untuk Ellfie dan Fame. Betapa susahnya kami bekerja. Tapi pandangan orang luar selalu anggap Filla jarang membantu sebab dia tak selalu bersama aku dengan Peej. Hakikat sampai tak tidur malam Filla melayan Stokis dan Agent. Begitu juga dengan Peej. Setiap kali aku ngan Filla kerja luar, Peej tak join. Orang luar suarakan pandangan aku ngan Filla kalau kerja luar mesti nak berdua jer. Tapi hakikatnya Peej tak larat berrjalan jauh dia lebih rela jaga office walaupun 80 kali kitaorang dah pujuk.

Ini yang aku maksudkan, orang memberi pandangan tapi tak tahu hal yang sebenarnya. Suara kan pendapat benda yang tak tahu kebenaran nya. Takut kan....kita ni manusia biasa bila kena hentam dan baca komen2 negative tipulah kalau aku cakap tak rasa down. Sekarang kalau  boleh kitaorang cuba elakan baca benda yang boleh menjatuhkan semangat kitaorang. Biarlah orang cakap kitaorang tak boleh terima kritikan sebab ia amat meyakitkan. Cara kritikan membina boleh jer kitaorang terima tapi jangan menuduh dan mengaibkan kan orang. Kitaorang pun tak mintak pujian kalau boleh minta doa kan kami berjaya. Niat kami membantu orang2 luar nak mencari rezeki lebih untuk membantu keluarga. Sama2 kita cari rezeki.

Cuba korang baca komen2 kat bawah ni....tipu lah Neelofa baca dia tak rasa marah atau geram. Tapi hakikatnya dia dah pun jadi jutawan dan mampu miliki rumah idaman. Fikir lah sebelum menulis sebab kadang2 boleh jadi satu fitnah. 







11 comments:

goblogbyfarah said...

Orang marah bukan sebab apa kak elly, sebab dia once pernah bgtau media yang dia unfollow kawan2 kat IG sebab bila kawan2 post gambar bercuti ke makan tempat mahal ke dia ada timbul perasaan mcm rasa kawan2 tu riak and show off, but end up dia buat benda yang sama. Kalau dia tak pernah bgtau mcm tu orang pun tak kisah dia nak tunjuk rumah dia.

Miss Moon said...

sebab tu aku cukup pening baca komen komen ni. Kadang cam tak berfikiran jauh semua yg komen...tak nampak kecerdikkan di situ

kadang tu kat FB pun main sound je. Bila klik link siap nampak profile org tu ngan family. Then nko terpikir ehhhhh apa yg dia pikir masa tulis komen cam ni semua.

Nurzakiah Hanum said...

semakin teruk kan

Mommy Cici said...

ish teruknya mentality orang kita. tapi bukan artis je , kalau org biasa upload apa apa kat IG ke apa ke still orang cakap nak menunjuk. actually bukan orang tu nak menunjuk tapi yg komen tu dengki kot >,<

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kesian, kan. Tak tahu nak cakap apa dgn komen2 lahar tu.. Ya Allah, mereka ni dah tak takut dengan dosa yang tak terampun ke??? Dosa dgn Allah swt, Allah tu maha pengampun. Kalau dosa sesama manusia, pernah tak mereka fikirkan. Selagi boleh, elaklah mengumpat retis atau pemimpin sebab kita tak tahu sempat atau dapat tak kita minta maaf dgn mereka.

wani ezryl * said...

betul tu elly. kalau perasan, page2 macam BN, siakapkeli, ohbulan semua tu.. tgklah komen2 yg negatif macam mana. sama ada diorang ni kurang kasih sayang ataupun tak puas hati dgn kehidupan sendiri. bila nampak orang lain happy, kaya, berjaya.. ada yg kaw2 mengutuk. kadang tak de kaitan pun dgn topik.

ummisara said...

salam elly,

yang komen tuh semua ada penyakit...rasa dengki.
dan tiada adab dan menyatakan pendapat atau komen.

org org mcm nih lah yang menyebabkan org kita mundur.

patutnya amik ler sebagai cabaran utk berjaya apabila kita tgk hasil kerja org yang berjaya tuh dipaparkan. bukannya mengutuk.

sampaikan salam kat peej pilla ya..

f.i.e.z.a said...

kak elly imho kan sy mmg elakkan baca komen org sbb baca pun sakit ati. hati kita, kita yg jaga kan yg negatif buang jaoh2 heehe

Shuriana Khamisan said...

haters always be haters kak elly. Baiklah macamana pun kita tetap ada yang dengki dan busuk hati. Harap kita akan lebih kuat dan sabar menempuh cabaran dan dugaan yg mendatang.

alia farhan Said said...

Migrain sat baca komen2 tu

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said...

salam kak. akhirnya ada jgk yang naikkan isu ni. Actually dah lama pendam tapi ye lah nak luahkan tu mcm takda guna jgk. keyboard warrior nih bukan ada perasaan mudah terasa pun, nak mengutuk pakai accnt fake, nampak sangat penakut dduk dlm selimut.

Page2 gosip ni pun satu, tak membina lgsg, nak dpt like tinggi je. yg kena kutuk nanti artis, bukan dieorang. dieorang ni main copy paste je. Jenis tak takut dosa kot agaknya asal duit masyuk..

Tapi nak tengok low nya mentality org kita ni, tgok la komen2 kat situ. Boleh nampak dah sifat PHD tu raja segala raja. Suka hati dieorg la nak buat apa pun, klu artis tak upload kan kata sorokkan, bila dah tunjuk kutuk plak. Yg paling takleh tahan, komen2 utk anak cheta, scha semua tu. Budak kot wehh kau nak kutuk. Ehhh geram plak. Sebab tu la tak hidup hati tak senang geng2 keyboard warrior ni. Org dah jauh ke depan, dieorg dok tang tu lagi.. Ok bye

Tq kak elly =)