Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 20, 2016

Tadom Hill Resort


Rasanya dah lama giler tak berpicnic dengan adik beradik. Dulu kalau berkelah pun ikut rombongan kilang tempat abah kerja buat. Kalau tak mmg tak merasa lah gi PD. Kira hebat lah dapat naik bus kilang reramai...hahaha. Kenangan betul waktu. Rugi korang jadi anak orang kaya mesti korang tak merasa naik bus kilang kan...hahaha.

Ini pun last minute planning. Malas nak gi jauh2 yang kena drive 2-3 jam. Cari yang dekat2 sudah lah. Cuma nak mandi manda jer dan berkumpul ramai2. Anak buah aku cadangkan gi Tadom kat Banting. 



Meh lah Kak Elly review sikit pasal Tadom Hill ni. Actually ni bekas Lombong tapi telah dibersihkan. Mula2 nampak tempat ni Kak Elly jadi teruja sebab cantik sangat. Tak ingat langsung ada bawak anak kecik. Semua happy jer nampak Lombong ni. Teruja tengok orang gelak2 waktu berenang.

Sampai lah bila Kak Elly lompat dalam air terus berdebar2 sebab kaki tak jejak tanah lansung. Dalam giler. Nasib semua pakai Life Jacket. Semua orang di wajibkan pakai life jacket bila nak terjun. Ada orang jaga lah. Cuma Kak Elly rasa agak bahaya untuk kanak2 bermandi mandi kat Tandom ni



Tempat ni mmg cantik dan bersih. Kebersihan sangat2 superb. Permandangan pun cantik. 



Harga ticket RM23.00 dan 1/2 price untuk kanak2. Boleh bawak makanan dari rumah. Boleh jer beli makanan kat sini tapi agak mahal


Tempat ni Kak Elly rasa sesuai untuk remaja2 yang datang dengan kawan2. Lepak2 kat dalam Khemah sampai petang. Kalau nak bermalam kat sini pun boleh. Tapi sesiapa yang ada anak agak kurang sesuai


Kalau tak duduk khemah korang boleh sewa tempat macam kat atas ni. Sesuai untuk yang berkeluarga.



Gambar kat atas ni sesuai untuk yang datang ber group. Boleh santai2 lepak sambil makan. Tapi tak ada tilam lah. Pepandai lah korang bawak tikar gi sana. Harga rasanya korang boleh check kat Tadom website. 



Dalam ni tak silap boleh duduk 8 orang. Ada tilam disediakan. Kalau korang gi dengan kengkawan confirm happening. Kenapa lah waktu aku remaja dulu tak ada tempat2 macam ni.



Tempat ni Kak Elly suka sebab sangat2 bersih. Toilet semua boleh bagi markah A. Keselamatan pun agak ketat. Cuma ibu2 macam Kak Elly ni akak risau sebab ni bekas lombong. Bahayanya tetap ada.



Ada beberapa aktiviti disediakan disini. Korang boleh berakit, naik atv, terjun macam olimpik boleh buat kat sini. Seronok lah sebab asyik gelak kan orang yang penakut nak terjun...hahaha


Nampak tak pokok tu. kat situ lah korang boleh buat lompatan Olimpik sambil bergayut. Kak Elly cuba sekali jer. Sakit nak mampus bila jatuh dalam air. Rasa t***k macam nak pecah....hahaha. Tapi anak2 selamba jer boleh lompat 3-4 kali. Bila tanya sakit tak? sakit lah mama. Tapi kenapa nak lompat gaks?? 

Ada buaian jugak kat situ. Jadi boleh lah berangan jadi puteri bunian.



Mata Kak Elly ngan En Win mmg tak lepas lah pandang anak2. Risau kalau diorang berenang jauh2.

Gambar tak banyak ambik. Semua sibuk mandi dan gelakan orang. Siapa yang suka aktiviti macam ni seronok lah sebab rasa satu kelainan. Cuma kalau nak bawak anak2 kena berhati2 sikit.

Boleh jer kalau nak datang sini. Lepak2 ngan Family tapi korang kena berhati2 jer lah. Tempat makan pun banyak area Banting ni. Kitaorang haritu pun lepak 3 jam jer lepas tu balik. Seronok giler dapat berkumpul. Gambar keluarga pun boleh lupa nak ambik sebab terlampau seronok sangat...hahaha.














7 comments:

Haffizul Iskandar said...

selalu baca pasal tadom ni. memang cantik tempat dia. tapi ada kawan yang pernah pergi cakap, kawasan ni, cuaca ni macam panas sikit, macam tak sesuai bawa anak kecik. tapi kalau datang dengan member2. kena pula semua kepala gila, memang happening la. hehehe.

www.ceritaejoy.com

Mommy Cici said...

selalu baca orang post kat FB. teringin nak pergi tapi tu lah macam tak sesuai je bawak budak kecik. T_T

alia farhan Said said...

Cantiknya tasik ni...
Tp ye lah cuak jugak nk mandi kalau kaki xsmpai kan

hachereennor'ain said...

Kak Elly asyik ulang bahaya tu je. Risau saya. Huhu

Shuriana Khamisan said...

bestnya kak elly...

A.I said...

memang nampak best. tp aku anak branak tak reti berenang. kalau reti, kompom aku dah angkut anak2 aku gi sana ^_^

Mr Ho said...

Beautiful place , but the lake was smelly feces taste.
Apologized if any of trouble caused .