Nuffnang Advertisement

Friday, July 15, 2016

Raya kedua dan ketiga 2016


Raya kedua pun rutin macam biasa. Berjalan rumah mak dan bapak saudara sebelah aku. En Win keluarga kecik. Raya pertama semua dah jumpa.

 Waktu ni lah semua berkumpul kalau tak ada kenduri mmg setahun sekali jer boleh jenguk mak dan bapak saudara. Dah tua2 semua. Banyak yang dah tak kuat...so sad kan. Macam tu lah agaknya bila aku dah tua nanti. Anak2 buah semua datang melawat. Kak Elly ni mmg semangat kekeluargaan sikit. Memang wajib angkut anak2 sekali jumpa saudara mara. Biar diorang kenal. Tapi anak2 Kak Elly ni tak banyak bercakap, tak kecoh macam mak nyer.

Yaya: Mama...kenapa bila mama kat rumah mak (dipanggil mak aku pun mak) cakap jerit2. Bukan sorang jer cakap jerit2. Semua adik beradik mama cakap jerit2.

Hahaha...biarlah siapa tak jerit tak akan dilayan ya. Jadi suara yang paling kuat jer boleh banyak bercakap. Keluarga Kak Elly mmg kecoh. Kalau berjumpa semua orang nak bercerita. Semua orang nak buat lawak. Akak tak boleh kalah ya...hahaha



Jangan pedih mata dan berkata2 dalam hati ya...hahaha. Bukan selalu akak dapat bergaya di pagi raya. Masih mengekalkan kain sari untuk raya kedua. Selesa sangat pakai baju kurung kedah ni. Hijau warna wajib kena ada. Colour paberet sejak daulu lagi.



Amboi...Abg Toyib tak nak kalah...hahaha. Aku dengan En Win sama2 pecinta tradisional. Kita akan berbaju sedondon dihari raya dan kenduri kawin. Walaupun raya ke 28 kami tetap akan sedondon dan En Win akan berbaju melayu sepanjang masa. 

Abah kata kitaorang giler...hahaha. Kalau gi kenduri kawin orang semua pakai baju biasa tapi En Win akan tetap berbaju melayu. Dia kata itu adat berpakaian kalau pergi ke Majlis. Akak suka jer...hahaha



Yaya dah pesan awal2. Tahun depan kalau nak pilih kain dia nak ikut. Jangan harap ya...mama yang akan decide. Mama fashion designer yang terbaik. Konpem lawa lah...haha

Pagi tu bila dah bersiap laju jer Yaya gi kat almari Beg aku. Aku perhati jer dia ambik handbag LV tu.

Yaya: Mama bagi lah Yaya beg ni. Kalau mama beli handbag beli yang kecik2 macam ni. Boleh share dengan Yaya

eh...eh...eh...sedapnya mulut bersuara. Benda lain boleh pinjam tapi handbag akak kedekut ya. Kang campak2 calar bag I. Tapi En Win suh aku bagi dia pakai. Terus rasa dada ditikam2. Sepanjang masa aku tgk jer cara dia pakai...I cannot u know. I sayang bag sampai tak pakai ya. Suka tengok jer tapi sayang nak pakai...hahaha. Lepas tu bila tengok sambil senyum tanda puas...gitu.



Budak ni gaks senang handle. Baju apa2 pun tak kisah. Janji selesa. Tak ada kasut pun tak apa dia boleh pakai selipar. Hidup dalam dunia sendiri. Baju adik pakai ni Baju Yaya waktu umur 7 tahun. Mmg Kak Elly simpan elok2. Cantik sangat kerawang kat baju ni.



Raya kedua mmg akan konvoi ramai2. Dah besar anak kakak aku ni. Tak lama lagi Yaya ngan adik pun akan besar macam ni. Noooooo....jangan lah cepat sangat. Nanti dah ada boipren mesti diorang asyik keluar jer. Tinggal aku ngan Abg Toyib jer nanti.



Raya ketiga decide bercuti dekat2 jer. Malas nak tempuh jem. Tujuan cuti nak spend time dengan anak2. Cover balik rasa bersalah dibulan puasa. Mmg terlalu dekat percutian kitaorang ni...haha. Kat Westin Hotel jer. Depan Pavillion tu. 



Seronok walaupun dekat. Makan, tidur, swimming. Relax sangat rasa kepala ni.



Bawak MIL sekali. Sepanjang aku busy budak2 mmg dengan mak sepanjang masa. Jadi mak pun perlu berehat.

Keluarga mmg keutamaan. Kak Elly akan rasa bersalah kalau tak spend masa dengan anak2. Walau busy macam mana percutian setahun sekali wajib ada. Cari duit pun untuk diaorang jugak. Cari duit untuk hidup yang lebih selesa. Bukan untuk diri tapi untuk keluarga termasuk abah dan emak. 



Percutian makan. Non stop makan ya. Lepas tu tidur



En Win lebih pandai ambik hati anak2. Kak Elly ni jenis garang sikit. Nak benda kena berusaha sendiri. Tapi En Win lembut dan lebih sporting. Jenis tak sampai hati. Dia akan cuba usahakan sampai dapat apa yang anak2 inginkan. Sakit jer jiwa aku tgk. manja bebenor budak2 ni.



Kitaorang book 3 hari 2 malam kat sini.  Breakfast sedap sangat ni. Seronok nyer dapat berehat.



Lunch keluar makan kat Pavillion. En Win kata makan jer apa yang teringin. Jgn tahan tekak. Itu I like....



Dessert


Sayang anak mama. 

Kak Elly ni cepat tersentuh kalau ada benda2 yang babitkan anak2. Walaupun benda tu orang anggap simple dan gurauan tapi Kak Elly tak boleh. Berapa banyak kali gambar Yaya dan adik diviralkan. Paling latest gambar Yaya yang viralkan kat FB bulan puasa hari tu. Ingat tak gambar adik pun pernah viral sampai kitaorang terpaksa buat report polis dan masuk kan dalam Harian Metro kata berita pukul anak itu palsu.

Jadi Kak Elly kena berhati2. Pasal tu Kak Elly jarang sangat letak gambar adik dan Yaya di FB or Ig. Kesian sebab kesannya nanti dekat mereka berdua. Tapi kadang2 orang tak faham dengan apa yang kita maksudkan. Biarlah orang kata fikiran kita tak terbuka atau kolot. Gurauan bagi orang diluar sana tapi benda tu tak kelakar bagi kami. Kak Elly pertahankan hak anak2. Sebelum kita viralkan gambar sesiapa diluar sangat fikir dulu. Tak ada seorang ibu pun suka gambar anak2 mereka diviralkan.  

Itu saja pesanan penaja untuk hari ini. Nanti kita celoteh lagi ya.


9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow meriahnyaaaaaaaaaaaaaa

norasiahnasir said...

elly, seronok sgt tgk cara u.

i bukan org senang sgt.tapi sebab i selalu tgk cara u layan mak abah u serta mertua..

sedikit sebabyak i terikut..i usaha berjimat utk bagi duit kat mak dan mertua masa raya hari tu..walaupun sangat sedikit tapi i rasa bangga sangat ..

terima kasih elly, semoga elly ,suami dan anak-anak serta keluarga sentiasa dlaam lindungan Allah..dan semoga kita sama-sama murah rezeki..amin.

saisyahk said...

kak elly, bab sayang handbag sampai taknak pakai tu kelakar ya.

Aien said...

Hai Elly,

Selamat hari raya..Sweet sangat2 Elly & family ni..Sentiasa ternantikan posting Elly di blog & FB. Teruskan menulis ya...terima kasih!

ps: Nanti letaklah watermark kat gambar2 di blog ni..

Ikhlas,

Aien

nurul harnani kasmari said...

Selamat hari raya kak elly. Jaga diri san i love ur attitude. Family come first. Salam perkenalan dari nanie

alia farhan Said said...

Kak elly sama mcm saya..
Garang dgn anak..
Husband selalu kool ja...
Skit2 pjuk anak...
Kdg2 geram pun hadooo...
Btw selamat hari raya kak elly

zarith irma said...

Kak, ni suggestion saya je la ye. Nanti untuk elakkan lagi kejadian curi gambar n viralkan tu, ce kak elly try watermark kan gambar anak2 dan family. Letak tengah2 so orang tak boleh edit pape dah

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baju sari tue mmg lawa.. nampak tak panas..nampak selesa sangat..

Aty_Fared said...

besh lah asben akak nak pakai baju melayu siap sampin sepanjang2 raya.. laki i ols paling lama die nak pakai pon sampai raya ke tiga jer.. pon dah rasa seronok.. :) neway.. baju2 akak lawaaaaaa....