Nuffnang Advertisement

Thursday, July 14, 2016

First Raya 2016


Tak ada kelainan pun raya kali ni. Still akan balik Melaka awal pagi. Dalam kul 5 pagi kitaorang dah bertolak. Bayangkan pukul 4 pagi dah bangun dan sarungkan baju raya bling2....meriahnyer hari raya ini...hahaha. Bukan tak nak balik awal tapi malas nak tempuh jem. Dalam kul 7 pagi dan sampai. Itu pun bawak slow jer. Aku tak bagi En Win pecut laju2. Dia bukan betul. Kalau aku biarkan sejam jer dah sampai nanti.



Tahun ni tema warna Electric Blue dan anak2 saja cari biru yang sweet2 jadi bila bergambar mak dan bapak akan lebih teserlah....muahahahaha. Dah lama cari colour macam ni. Nasib jumpa waktu Kak Ngah pergi India hari tu.

Kali ni semua konsep baju kurung kedah. Selesa dan boleh dipakai pada tahun2 mendatang. Dulu semua baju berkonsepkan kurung moden. Dua bulan lepas tu konpem tak muat.

Yaya dan Adik terpaksa pasrah setiap tahun memakai kain batik sebab Kak Elly suka...hahaha. Diorang tak suka pun terpaksa suka. 



Masuk ni dah 2 tahun beraya tanpa Papa. Masih terasa kehilangan Papa. Papa jenis yang suka bergaya di pagi Raya. Smart jer berbaju melayu dan samping. Al fatihah untuk Papa.



Kesayangan yang menurut perintah jer apa yang Kak Elly sediakan. Tahun ni tak banyak gambar sebab malas...hahaha. Kalau dulu semua nak tangkap tapi tahun ni macam nak luangkan masa bersama keluarga. Phone semua simpan. Makan selagi mampu. Itu lah tema tahun ni....hahaha

Alhamdullilah...walaupun busy tapi Kak Elly dapat sediakan semua persiapan hari raya. Cuma baju tidur jer tak dapat beli. Ini semua salah abah. Abah kalau raya semua dia akan beli benda baru termasuk bra dan panties. Jadi ada kekecewaan disitu sebab tak ada baju tidur baru di malam raya...hahaha

Korang tgk jer lah gambar entry yang lepas. Towel pun abah dan mak nak baru. Walaupun rasa macam over jer tapi Kak Elly dah terbiasa. Tapi En Win bukan dibesarkan dengan cara macam tu. Sampai sekarang dia kata aku pelik. Dia kata aku terlalu suka beraya. Ialah I orang susah, jadi bila raya jer dapat benda baru. Jadi mmg raya lah kitaorang adik beradik nanti kan. U mana tau semua tu. Ur family bila2 masa jer boleh belikan. Family I dapat kasut baru waktu raya jer tau. 



Ini lah family di Melaka. Dah 13 tahun kawin mmg jadi rutin kitaorang sambut ramai2 bersama keluarga besar di Melaka. 



Dalam pukul 10 pagi kitaorang bertolak balik ker KL. Terus gi rumah abah. Siapa yang follow instagram Kak Elly boleh lihat video betapa kecohnya keluarga kitaorang bermaafan. Tak ada sedih2. Berani nangis lah mmg kena korang nanti...hahaha.Tapi tak boleh bayangkan nanti bila salah seorang tak ada nanti. Tak tahu lah raya akan semeriah macam ni ataupun tak.

Sebelum raya tanya abah "Abah nak duit raya berapa?" Kalau kau banyak duit kau bagi lah abah RM500 boleh beli sofa depan TV tu"...hahaha

"Ok...abah mintak RMM500, Elly up RM1000"

"kalau macam tu abah nak RM1000 lah jadi kau boleh up RM2000"

Offer sekali jer ya sebab suruh tak mintak banyak terus...hahaha. I tak sampai hati ya. Penat kerja pun untuk family. Beli lah apa pun nak beli. Insyaallah ada duit beli lah abah.  



Keluarga besar Raja Kamaruddin. Kitaorang mmg tak pernah berjanji akan pakai tema yang sama, Lantak lah memasing nak pakai baju apa. Warna Warni di Aidilfitri.

Tak Sabar tunggu adik lelaki aku kawin tahun depan. Kitaorang nak cuba buat kelainan. Nak buat bentul  adat melayu lama. Tak sabarnyerrrr.



Lepas beraya rumah abah kitaorang berjalan sebelah En Win. Setahun sekali baru anak2 aku jumpa cousin2 dia.




Keluarga sebelah Papa. Tahun ni dapat berkumpul ramai2. Keluarga ni tak kecoh macam keluarga aku. Jadi kat sini akak kurang bersuara sikit. Tertib jer perangai akak...hahaha.

Ini lah seronoknyer menyambut raya. Semua berkumpul dan makan bersama kan. Nanti kita sambung lagi sambut raya kedua pulak.





2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow seronoknya :)

NayNay said...

kak elly beli kain batik tu kat mana kak?? cantik...