Nuffnang Advertisement

Monday, July 25, 2016

Boss

Dari seorang secretary yang dulunya dengar arahan boss sekarang macam dalam angan2 pulak bila orang panggil aku boss....muahahaha

Still rasa tak selesa lagi bila berdepan dgn staff. Nak marah2 staff pun i tak pandai. Sebab bertahun2 kot kerja bawah org. Faham sgt perasaan jadi staff bila boss marah. Sebelum ada staff Kak Elly dah biasa dengan kerja2 diorang buat sekarang ni. Jadi tahu macam mana susahnya layan customer. Buat masa ni kita bg Filla handle dulu. Akak terlalu baik untuk marah orang...hahaha. Masih belajar nak jadi garang macam boss akak dulu. Sampai staff nak bercakap pun takut. Itu i don't like. Tapi kadang2 staff ni tak boleh bagi muka. Kalau baik sangat pun staff ambik kesempatan nanti. Still learning process. Aku ngan Peej kalau tak tahan sangat baru marah. Selagi boleh tegur kita tegur cara baik.

Sekarang bukan main meeting sana sini. Kena decide apa yg perlu buat, apa yang perlu order, apa next produk kena keluarkan, brp banyak budget. Giler betul mcm tak caya jer...haha. Dulu ikut jer arahan boss. Sekarang kau yang arahkan buat itu ini. Tak tahu nak buat reaksi macam mana bila berdepan benda2 macam ni. Kalau tersalah arahan boleh merugikan company ya...cewah!

Kalau part jumpa2 orang ni memang Kak Elly akan kedepan. Peej lebih prefer kerja belakang tabir. Filla mmg 100% jaga agent dan stokis. Kak Elly akan handle part2 marketing. Kalau meeting yang besar2 tu rasanya tak kuat lagi nak handle. Selalunya akan ajak En Win ikut sama. Kak Elly akan banyak mendengar macam mana En Win discuss mengenai marketing. Kadang2 En Win saja biarkan Kak Elly bercakap kalau yang tak betul baru dia tegur. Ada meeting yang formal dan ada meeting yang tak formal. Jadi kena pandai bezakan. Ini orang serious kau tergelak2. Macam mana nak jual produk kan. Kena banyak belajar lagi ni.

Kitaorang dah decide akan bekerja belakang tabir jer. Tak nak kedepan. Biarlah gadis2 jer jelita jer kedepan. Tak sanggup tgk muka sendiri jadi model...hahaha. Dah kertu sangat kitaorang ni. Biarlah model2 jer jalan kan tugas. Kalau mula2 dulu boleh lah sebab nak perkenalkan produk dan pengasas. Tapi rasanya cukup lah sampai disini sahaja. Akak sangat2 pemalu. Melainkan kalau kami betul2 diminta kedepan bolehlah difikirkan.

Sekarang ni bukan main kitaorang bertiga kalau whatsapp cerita bisnes jer. Memang bertukar betul dari whatsapp2 kitaorg dulu. Cepat betul masa berlalu. Dalam masa setahun kehidupan kitaorg bertiga terus bertukar. Tiap2 hari ada jer benda yang kita bincangkan. Non stop berfikir dan berfikir. Duit nak kena rolling betul2. Tak boleh silap langkah. Kena tahu budget setiap bulan. Kena tahu berapa banyak barang kena order supaya tak terover budget. Kena tahu bila nak buat promotion. Kena tahu barang apa yang kena photoshoot. Setiap hari belajar benda baru. 

Tak terfikir Ellfie dan Fame boleh jadi macam ni. Boleh keluarkan bermacam2 produk. Bayangkan satu produk korang kena handle casing, kotak, stockis, agent, photoshoot semua. Itu baru satu produk ya. Stock keluar masuk semua kena kira. Kadang2 bila acct tanya "amount ni korang keluar untuk apa ya" terus aku ngan peej pandang tanpa ada jawapan...hahaha

Insyaallah coming soon ada 2 produk lagi nak keluar. Tengah discuss mengenai marketing yang lebih berkesan. Tak boleh bayangkan yang kitaorang boleh sampai tahap ni. Amat menakutkan ya. Staff semakin ramai. Kalau company tak bergerak macam mana nak bayar semua expenses dan gaji staff. 

Alhamdullilah Trademark dalam proses. 2 projek terbaru almost 50% done. Insyaallah next week kitaorang travel untuk luas kan pengetahuan dalam bidang kosmetik. Serious tak sangka aku boleh terfikir sampai ke tahap ini. Alhamdullilah...Allah buka jalan rezeki untuk kami. 

Alhamdullilah rezeki bulan puasa hari tu dapatlah kitaorg renovate office sikit. Ini kalau orang datang terpaksa meeting kat depan. Malu giler kalau orang majalah dtg nak interview. Nak tunjuk office pun malu. Kata boss tapi bilik pun tak ada....haha 

Almost 90% kitaorang tukar design office. Buat cabinet semua untuk letak barang2. Buat tempat packaging dengan lebih tersusun supaya staff senang nak handle. So far store kat bawah dah susun barang mengikut produk. Jadi boleh tahu barang keluar masuk. Memang ada staff handle store kat bawah tu. Sikit2 kitaorang belajar.



dah ada bilik boss jugak untuk aku dan Peej. Terus bangga sebab ada bilik sendiri...hahaha



Nanti dah siap Kak Elly share hasilnya ya


7 comments:

Cik Siti MAR said...

tahniah.. moga terus success.. seronok tengok orang2 melayu berjaya bermula dari bawah.. tapi bila kat atas masih tak lupa orang bawahan.. #sistumpangbangga

Chekgu Azrine said...

Selamat maju jaya kak elly and team...ye

CikPuan FiDa said...

tahniah kak elly n the geng.. semoga bisness kak elly semakin maju insyaAllah..

Mama Mier@79 said...

assalamualaikum ELLY..
apa pun tahniah aku ucpkn kat korang bertiga.. sbb sampai ketahap ini dengan jayanya .. semoga ia nya akan terus maju dan maju lagi .. aamin

akma khaieri said...

congrats kak elly!!semoga business terus success!

Elly said...

thanks korang :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga dapat terbang lebih tinggi!!! Syabas!!!