Nuffnang Advertisement

Monday, July 11, 2016

Akhir Ramadhan


Tajuk mcm drama hari Sabtu...hahaha. Hujung ramadhan baru lah rasa lega sikit. Tutup order awal seminggu untuk online, stokis dan agent. Masa untuk luangkan masa bersama keluarga. Last minute preparation katanya.

Eh! cakap pasal drama, Kak Elly dah tak macam dulu2 blh duduk depan tv dan tunggu cerita2 episode setiap malam. Sekarang mcm dah tak heran sangat especially kalau cerita yang mula2 mcm sweet tetiba gaduh benda bodoh terus akak stress sbb akak suka sweet jer sepanjang masa. Tak suka tekanan2 nak tunggu sambungan esok. I don't like ya. Still peminat cerita Rashid Sibir (betul ker aku eja ni) cerita kekeluargaan yang straight to the point. Nangis jer terus sepanjang cerita. Tak memeningkan dan jalan cerita tak mengarut dan banyak dari kisah kehidupan sebenar. Tak ada gaduh2 pasal jeles kat boipren bagai. Jeles benda2 bodoh lepas tu merajuk menghilangkan diri padahal zaman moden blh called dan tanya terus. Eee...tak suka. Kalau Rashid lebih kepada cerita yg selalu terjadi tentang mak2 yg kecik hati dgn kelakuan anak2 tapi pendamkan sebab terlalu sayang kan anak....itu sangat kena dengan jiwa akak....hahaha. Cerita tak berat dan penuh pengajaran. Amboi dah jadi juri pulak komen drama bagai. Entry pasal ramadhan ni dah melalut sampai drama pulak...kahkahkah



Minggu terakhir ramadhan baru lah sempat buka puasa dengan Ellfie Team. Kesian sangat lah nasib suami dan anak2 sebab mmg beberapa bulan ni nak share dan nak jadi pendengar yang baik untuk anak2 pun tak sempat. Letih jgn cakap lah. Tapi x berani complain nanti En Win pandang jer aku...hahaha



Dapat makan dengan tenang. Sembang2 kosong tanpa perlu cerita pasal business pun. Layan kehendak anak2. Makan dengan penuh santai. Ini lah keluarga baru aku.



Hujung minggu sempat keluar cari barang2 untuk hias kan rumah. Terpaling suka part ni. Bukan selalu dapat buat benda2 ni semua. Kalau dulu Kak Elly ada geng shopping barang2 rumah. Kadang2 awal puasa aku ngan Liza dah rancang macam2. Tapi tahun ni semua last minute. Peej ngan Filla bukan kearah shopping raya ni. Diorang lebih relax2 dan santai. Jadi slowly kena ikut rentak diorang.

Setiap tahun Kak Elly akan tempah 7 pasang baju kurung untuk raya. Office lama banyak open house rumah boss2. Tapi tahun tak tahu nak gi mana dengan baju yang ditempah. Peej ngan Filla kata aku gila. Peej memang tak tempah langsung baju raya. Filla 2 baju kurung dah cukup katanya.

Eh! cukup ker 2 pasang. Nanti nak gi open house takan nak pakai baju sama. Diorang kata boleh jer pakai baju tahun lepas tak ada siapa heran pun. Eh! bagus sangat ni. Jimat sangat ni. Tahun depan rasanya blh ikut konsep jimat cermat ni. Tapi akak ni tak boleh nampak kain cepat teruja...hahaha.



Isnin bawak mak dan abah gi pasar kat Taman Tun. Seawal 7 pagi kitaorang dah sampai. Malas nak berebut2. Aman jer nak beli barang.


Lepas tu bawak beli barang2 untuk rumah mak. Eh! comel sangat ni bergaduh2 pilih kusyen cover. Towel pun beli baru...hahaha. Alas kaki bukan main sampai 5. Meriah sangat ni nak raya. 

Tak apa lah bukan selalu bawak diorang shopping. Itu pun asyik tengok harga jer. Ambik jer...penat tau berniaga lipstisk...hehehe.



Selalunya Mak dan MIL akan masak sendiri kat rumah masing2. Kak Elly jarang tolong. Lebih selesa masak sendiri dan bagi diorang sikit bila dah siap masak. Tahun ni cuba masak Sambal Daging. Tak banyak pun buat sekilo daging jer.



Masak kuah lodeh juga untuk berbuka 


Last lauk untuk ramadhan terakhir. En Win bagi 85%. Wow hebat sangat ni. Cuma belum pernah masak rendang jer lagi. Slowly lah belajar. Ini pun dah rasa hebat sangat...hahaha



Settled masak sambung berkemas. Bagun seawal 7 pagi settled pukul 6 petang jer. Macam nak putus urat pinggang. Tapi happy lah bukan selalu pun. 

Nanti sambung lagi kisah raya pulak...







2 comments:

Norliza Nordin said...

Terliur nengok lauk tu.. Hehhe

acu yuhan said...

hi, SELAMAT HARI RAYA. done follow u, follow me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/