Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 8, 2016

Sendu sgt blog


Boleh tahan sendu blog aku sekarang ni. Nak menulis pun tak ada masa. Kerja non stop. Banyak benda nak kena settled kan. Sian budak2 aku ngan En Win dedua busy. Cuti sekolah ni tak dapat ke mana pun, merungut jer diorang terpaksa duk rumah. Hujung tahun kita cuti yek. Kak Elly balik rumah macam mana letih pun akan cuba masak supaya dapat makan sama2. Itu jer masa dapat borak ngan anak2. Sedih betul kehidupan seorang peniaga ni. Nampak macam happy jer. Hakikat nyer jalan pun dah tak larat. Mental dan fizikal letih sangat rasanya.

Last week curi masa untuk beli baju anak2. Minggu ni jer aku free sikit sebab stock lipstick tak sampai lagi dari kilang. Decide cari baju anak2 dan baju mak jugak..muahahaha 



Sekarang dah besar. Dah pandai pilih sendiri. Aku bagi limit berapa RM seorang. Kalau pandai budget banyak lah baju korang dapat. 

Adik tak suka pakai dress, tak suka pakai jeans. Prefer pakai tight dan t-shirt jer. Pandai2 korang pilih baju kesukaan masing2.



Yaya dah remaja katanya. Jeans cari koyak2 jer. Kasut sport shoes. Baju t-shirt lembik2 tu. Kemeja tak suka. Dapat banyak baju sebab t-shirt harga dalam RM39.00 - RM45.00. 

Diorang dah pakai pun. Malas aku nak larang. Lantak lah korang. Jangan harap lah nak gi beli lagi.


Wow hebat sangat fashion sekarang ni. Aku perhati jer. Huaaa dulu2 mama macam ni tau.



Begini lah cara jalan sekarang. Aku selalu jauh kebelakang. Tak dapat langsung nak pegang2 tangan waktu jalan. Asal pegang jer diaorang putuskan...haha

Dah selesai baju anak. Kita cari baju mak pulak. Walaupun baju kurung dah tempah. Tapi Kak Elly kena cari satu baju klasik untuk collection setiap tahun. Rasa tak lengkap kalau tak beli baju2 tradisional ni. 



Kedai paberet...Ang Eng Butik di Great Eastern Mall. Masuk kedai ni terus rambang mata. Terus rasa nak beli semua. Semua baju menusuk di kalbu. Yaya pun tak boleh tahan masuk kedai ni. Sama naik ngan aku pilih baju. Tapi jangan harap lah dapat kalau nak tunggu sampai baju mama tak muat nanti...muahahaha

Jiwa orang dulu2 aku kuat. Kalau bagi pilihan baju moden dengan tradisional of couse Kak Elly akan pilih tradisional. Tak tahu kenapa kena jer dengan jiwa Kak Elly bila pakai kain batik jalan2.



Bila pakai terus jadi Nyonya Mansur. Ini kalau buat sanggul lepas tu pegang kipas terus jadi macam Ibu Mertua ku. Puas hati tahun ni dah dapat untuk collection klasik. Tapi baju sulam tak beli lagi...camne tu....hahaha

Kalau Kak Elly ada masa nanti Kak Elly share resepi macam tahun2 yang lalu. Hebat sangat nak share resepi padahal lauk biasa jer...haha

Selamat berpuasa korang.









3 comments:

Cik Puan Eka said...

kak elly cantik, pakai baju tradisonal pon nampak lebih cantik.

mariannemasli said...

cantik...nak tunggu lepas bersalin, nak pantang betul-betul so that leh pakai kebaya cam kak Elly =)

Azura Aziz said...

cantik baju tradisioanl tu kak elly. nk tgk sambal daging please ;)