Nuffnang Advertisement

Thursday, June 16, 2016

MARIE FRANCE BODYLINE - ART TREATMENT


Walaupun bulan puasa Kak Elly masih gigih pergi ke Marie France. Kalau dulu bila terasa badan naik control jer mkn dlm berapa minggu dah boleh kurus. Tapi bila usia dah meningkat nak hilangkan 1 kg pun susah.

Kak Elly mmg x ada masa nak berjogging ataupun berzumba. Ini lah jalan yg paling senang dan terbaik buat masa ni



Bulan puasa ni banyak perancangan ttg pemakanan disediakan

Makanan yg perlu diambik utk sahur dan berbuka. Agak sukar nak ikut sebab Kak Elly mmg suka mkn nasi. Kalau mkn segegam nasi mmg x cukup. Kalau kena mkn oat lagi lah x blh terima. Tapi slowly kena ubah kalau tak ubah cara pemakanan mmg mcm ni lah bentuk badan sampai ke tua. Huaaaa susahnya nak cantik



Ada 2 jenis treatment wrapping. 

Wrapping panas untuk hilang water rotation dlm badan. Wrapping sejuk bagus utk lemak2 buang degil


Cold wrapping lebih cepat nampak kesanya. Tapi sejuk giler Kak Elly x blh buat bulan puasa ni x tahan sejuk dgn lapar lagi. Bulan puasa ni mmg pilih Hot wrapping. Wrapping ni ambik masa 20 minit. Menggunakan kain pembalut panas yang direndam dalam larutan istimewa. Diformulasikan oleh estrak Guanrana dan Kafein.

Kebaikan Balutan Panas ni menolong membakar lemak dan melacarkan peredaran darah. Nanti next entry Kak Elly akan share kebaikan Wrapping ni ya.






Gambar selepas wrapping. Jgn risau nampak jer merah tapi x sakit pun.



Main concern Kak Elly bukan lah berat badan tetapi nak hilangkan lemak di bahagian perut, peha, pinggul dan lengan. Buruk bebenor kalau pakai baju. Tersentil2 lemak keluar kat seluar. Jadi x selesa bila berpakaian. Mula lah rasa rendah diri bila nampak perempuan ramping. Itu yg bertekad buat treatment ni.

Kak elly mmg jenis yg x pandai jaga pemakanan. Belasah jer apa yg ada depan mata. Jadi bila dtg sini banyak nasihat tentang pemakanan yg diorg share.

ART machine ni mmg banyak membantu buang lemak yg degil di bahagian perut. korang tau mula2 Kak Elly dtg sini therapy tu ingat Kak Elly baru lepas bersalin sbb perut buncit sgt...terkedu I. Perut Kak Elly mmg buncit sgt waktu tu sampai terpaksa pakai seluar saiz XL. Itu yg rasa x sanggup sgt tgk perut sendiri. Alhamdullilah after treatment 1 1/2 bulan ni Kak Elly dah blh pakai saiz L dan tak lama lagi boleh pakai size M balik. Serious kesan yg sgt ketara di bahagian perut.

Apa itu ART?
Acoustic Radial Waves Therapy (ART) satu rawatan yang berkesan untuk selulit yang tidak kelihatan atau penyebab berkaitan berat badan. Teknologi baru ini mengeluarkan kekerapan nadi dari 7 ke 12 Hz bergantung kepada kedegilan kawasan yang dirawat contohnya setiap peringkat selulit dan objective rawatan tersebut. Tekanan sedalam 35mm memastikan pembakaran sel-sel lemak dengan pantas. Ia juga dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan selulit.

Kebaikan ART
* Acoustic waves meransangkan peredaran mikro dan mengerakkan struktur yang bertakung di dalam tisu yang menyimpan lemak dimana ia dapat membantu mengurangkan kawalan metabolik, dengan itu dapat menghapuskan selulit yang kelihatan dan mendorong pembentukan serat kolegen kepada kulit penghubung tisu
* Rawatan vacuum membantu peningkatan saluran darah ke bahagian rawatan. Rawatan ini juga dapat mengembangkan dan menyahtoksid dan ia membawa kepada hasil peningkatan tisu dan saluran limfa.
* Tisu akan menjadi pejal, memulihkan keanjalan, peredaran darah dipertingkatkan dan saiz lemak berkurangkan.

Result setelah membuat ART
* Permukaan kulit akan menjadi halus secara berperingkat dengan mengurangkan kesan selulit.
* Meningkatkan kepejalan dan keanjalan kulit
*Mengurangkan kendur pada kulit
*Meningkatkan saluran limfa

Jangan bimbang Teknologi ini telah dianugerahkan sijil CE dan ia terbukti selamat dengan tiada laporan mengenai kesan sampingan

Treatment di Marie France ni korang kena  rajin dtg. Jgn ponteng2...baru blh nampak kesannya. Dlm masa yg sama kena jaga pemakanan jugak.



Next treatment adalah Selimut Haba Infra-Merah...ini mmg kesukaan sebab berselubung dalam selimut panas selama 20 minit. Menitik2 peluh keluar rasa macam berjogging pulak. Lencun satu badan. Lepas treatment ni korang boleh rasa badan sangat ringan.

Kebaikan Selimut Haba Infra Merah ni ia dapat memperbaiki peredaran darah dan metabolism, meningkatkan peluh, menghidarkan pengekalan air dalam badan, mempercepatkan pembuangan toxin, menghilangkan tekanan dan memberikan perasaaan tenang dan memberi kelegaan otot dan sakit sendi.

Selepas treatment Kak Elly dinasihatkan untuk minum banyak air supaya toksid2 di dalam badan keluar dengan cepat. 

Nanti kita sambung lagi mengenai treatment ya!! Tungguuuuu





1 comment: