Nuffnang Advertisement

Thursday, June 9, 2016

Limited Edition Haruman terbaru dari Kleenex



Minggu lepas Kak Elly dan blogger lain di jemput oleh Kleenex untuk memperkenalkan Haruman tissue terbaru dari Kleenex. Terus rasa teruja. Kleenex Vanilla Scented Limited Edition keluaran khas untuk Hari Raya. Apa yang best tentang tissue ni, kalau nak tahu sila baca sampai habis entry ni ya...hahaha



Masuk jer hall dah boleh bau keharuman vanilla. Terus rasa nak tutup mata dan tarik nafas dalam2 untuk menikmati keharuman vanilla ni. Serious tak tipu bau Kleenex Vanilla Scanted Tissue ni boleh buat korang terkenang sesuatu.



Ada 2 haruman dan 2 kotak tissue hari tu. Tengok kotak Cherry Blossom yang berbunga2 ni, Kak Elly dah boleh agak bau tissue dari Kleenex ni. Haruman bunga Rose yang segar. Rasa sayang  jer nak tarik keluar dari kotak. Haruman bunga Rose yang sebenar. Tapi kalau korang bau Kleenex Vanilla Scented pulak automatik boleh terkenang memori indah. 



Kleenex Vanilla Scanted Tissue bila Kak Elly bau jer terus rasa macam nak makan2 jer tisu ni...hehe. Bau macam cake dan cookies mak buat waktu Raya. Terus terbayang wajah mak yang tengah sibuk uli2 tepung kat dapur.  Terus terkenang suasana dan kemeriahan hari raya. Terkenang zaman kecil yang sibuk kutip duit raya, pakai baju dan kasut baru. Tolong mak susun kuih raya dalam balang. Sambil tolong sambil makan sekali..hahaha.

Serious tak tipu, ini benar2 terjadi. Kalau korang tak caya gi beli dan cuba haruman terbaru Kleenex Vanilla Scanted ni. Korang akan terus terkenang memori hari raya. Bau vanilla membuat Kak Elly terbayang2 cake yang mak selalu letak kat atas meja dipagi raya. Cake tu hanya boleh tengok tapi tak boleh sentuh dan makan..hahaha.

Waktu bau tissue Kleenex Vanilla Scanted ni automatik mata terpejam. Lepas tu macam2 kenangan akan keluar nanti. Terus rasa tak sabar nak beraya. Bau Vanilla Scanted ni buat korang teringat2 dan terkenang orang tersayang disekeliling kita.



Selain mengeluarkan haruman yang sangat wangi. Tissue Kleenex ni sangat2 lembut, tebal, tidak mudah terkoyak dan packaging sangat menyentuh hati. Colour dan bunga2 sangat menarik dan sesuai utk digunakan dan diletakan dimana2. 




Kami juga berpeluang berkongsi memori indah semasa menyambut Hari Raya bersama orang tersayang. Rasa pantas betul masa berlalu. Bagi Kak Elly zaman kanak2 adalah kenangan yang tak pernah Kak Elly lupakan semasa menyambut Hari Raya.



Semua blogger yang hadir masing2 mempunyai pendapat yang sama. Bau jer Kleenex Vanilla Scented Tissue terus menyentuh hati dan terkenang memori indah di musim perayaan dan kenangan indah bersama keluarga. Terus teringkatkan kampung dan rindu suasana beraya di kampung.

Korang kena beli dan dapatkan di Kleenex Scanted Vanilla Tissue di Supermarket yang berdekatan dengan anda. Harga untuk 4 boxes Kleenex Vanilla Scanted 3ply hanya RM14.95 







No comments: