Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 15, 2016

Lauk berbuka


Orang dah berpuasa hampir 10 hari aku baru nak share lauk2 berbuka...hahaha. Sian sangat blog ni dah tak boleh nak share2 resepi macam dulu2. Ingat lagi 2 tahun lepas siap boleh buat dessert waktu berbuka. Macam2 puding dengan cake akak masak. Tapi sekarang masak 2 lauk pun dah bersyukur. Teruk sangat busy berniaga ni.

Kak Elly ni tak terror masak pun. Kadang2 still refer buku resepi. Tahap konpiden tak berapa tinggi. Kecuali lauk yang dah biasa. Lauk pun selalu sama. Jarang nak cuba lauk2 yang tak biasa makan. Malas nak cuba nanti tak sedap membazir lauk...haha



Sambal udang petai


Nasi goreng ni rasanya masak waktu sahur



Ayam goreng berempah


Gulai lemak ayam


Bawal goreng


Tak ingat puasa keberapa. Tapi waktu ni En Win tak ada. Aku berbuka 3 orang jer. Decide masak omputih. Lepas tu kelaparan balik. Kalau tekak melayu mmg kena makan nasi lah jawabnyer.



Waktu ni pun En Win tak ada. Malas masak bawak budak2 berbuka kat Pelita. Tgk gambar ni terus ailio berkumpul..kahkahkah



Sempat balik rumah mak minggu lepas. Lupa nak snap gambar lauk tapi sempat ambik gambar cucur bawang yang abah masak. Terpaling sedap dalam dunia.



Asam pedas ikan merah. Semalam pun masak sup ikan merah dengan ayam sambal. Ingat hari ni nak masak kari daging dengan sambal ikan bilis kentang...huaaaa best yer.

Semalam pesan ngan En Win beli kuih dan murtabak kat bazaar ramadhan. Dah cakap jgn beli banyak2. Tengok2 dia balik kiri kanan penuh. Murtabak dia beli sampai 4, kuih karipap 4, cara berlauk 4, puding 4. Kau rasa siapa nak makan banyak2 tu. Tak boleh lah suruh dia pergi lagi. Dia tak tahu budget. Dia jadi tamak. Air biru, air hijau, air cendol semua dia beli.

Korang masak apa hari ni?? share lah sikit.








7 comments:

Mommy Cici said...

kaum suami memang boros kan kak. semua benda dorang nak. terbalik pulak kita yang berjimat

today mak masak ayam kari dengan sambal belachan rasanya. cubaan menjauhi diri dari param. jimat =p

Azura Aziz said...

adoiii sambal udang tu maveles kak elly. yg kat pelita tu peria goreng tu aii like.. ha betul org lelaki ni bila membeli-belah mcm nk mkn 10 orang kan kan..

InaYusoff said...

banyaknyee en.win beli..

dia beli untuk sorang satu makan tu..termasuk murtabak..
muntoh makan bebanyak..hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahaha.. En Win bajet murtabak sorang satu.. tak menahan betul!

Ruhill Fahima Mohammad said...

En win beli smua serba 4, msti dia bajet cukup sorang satu dapat...haha

Personal Wellness Coach. said...

HAHAHAHAHA banyaknya en win shopping kuih. muratabak sampai 4! nanges nak habiskan T_________T

izzatul azma mohd asri said...

Kak Elly,

Perangain En Win sama macam husband saya. Kalau pergi bazaar tu memacam nak beli itu nak ini nak. Memang kenot be trusted haha