Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 29, 2016

Akhirnya...


Alhamdullilah...akhirnya selesai segala uruskan sebelum raya ni. Dah boleh goyang kaki seminggu ni. Nak berehat cukup2 dengan keluarga. Nak beli keperluan menyambut hari raya. Kitaorang start busy dari bulan 4 lagi. Kerja non stop. Weekend pun datang siapkan barang2 sebelum kita buat promo hari raya. 

Selesai semua baru rasa badan ni lembik dan lemau. Bayangkan kerja non stop 3 bulan ni. Belum lagi kilang buat hal barang lambat sampai. Order stokis terpaksa hold. Rasa nak pecah kepala selesaikan masalah.

Tiap2 malam berwhatsapp bincang macam mana nak selesaikan masalah. Alhamdullilah sikit2 kita dapat selesaikan.



Bermula first ramadhan postage non stop. Hari2 beratus whatsapp staff kena jawab. Postage kena siapkan awal sebab poslaju akan collect pukul 2pm. Jadi semua kena turun padang tolong each others.


BB Cushion pun tak sangka dapat sambutan. Stokis restock seminggu 2 kali. Macam tu jugak dengan agent. Ini dah masuk kali ketiga kita repeat order kat Kilang. Nasib baik kitaorang order beribu casing banyak hari tu. Risau gaks takut tak jalan. Alhamdullilah ramai berpuas hati dengan BB Cushion yang kita keluarkan. 



Tiap2 hari kena handle order stokis dan agent. Bayangkan Agent Ellfie, Stokis Lipstik dan Stokis BB Cushion nak ambik waktu yang sama. Belum lagi kena handle order personal. Tetiba bila tulis ni terus rasa sebak. Alhamdullilah...syukur ya Allah.



Macam ni lah keadaan office setiap hari. Mmg tak dapatlah nak membebel kat blog. Nasib En Win boleh handle anak2. Serious rasa bersalah sangat sbb Kak Elly ni terlalu busy lately ni. Hujung minggu memang akan bekerja. Itu pun kadang2 curi masa buka kat luar sama2.

Rumah mak sempat buka sekali jer. Tapi rumah inlaw belum lagi. Buka dengan staff pun belum lagi. Walaupun busy tapi kitaorang bersyukur sangat dapat kongsi rezeki dengan staff. Dapatlah bagi bonus dan angpow raya untuk staff. Diorang pun kerja keras 3 bulan ni.

Exhibition di Vendeur Festival 18 - 19 June

Bermula lah episode menjaga booth pulak. Kitaorang terpaksa turun padang untuk memperkanalkan produk dari Ellfie dan Fame. Lagipun ramai reader nak jumpa dan share pengalaman setelah menggunakan produk. Kitaorang start bekerja dari 9 pagi - 2 pagi. Huaaaa rasa nangis tahan keletihan. tidur 5 jam jer esok bangun jaga booth balik



Dalam masa setahun banyak pengalaman yang kitaorang kutip. Kitaorang dah mula selesa dengan each other. Dah mula faham dengan tugas masing2. Hope perniagaan kita akan bertambah maju. 




Kitaorang tak boleh bergerak sendiri kalau tak ada staff yang membantu. Staff semua ringan tulang. Pandai melayan customer walaupun bulan puasa. Hebat sangat diorang ni bekerja. Ada yang tak nak balik walaupun shift dah habis. Commission dapat banyak korang ya....hahahaha 


Ini lagi tak sangka...booth kitaorang kena serbu dari mula bukak sampai tutup. Orang bersilih ganti untuk membeli. Budak2 ni dapat berehat time berbuka jer itupun 45 minit sahaja.






2 hari yang memenatkan tapi seronok lah bila ramai dah tahu tentang kewujudan Ellfie dan Fame. Banyak jugak customer baru2 yang datang. Good start untuk kitaorang memperkenalkan produk.


Exhibition Mood Republik (24 - 27 June)



Ini lagi giler berniaga 72 jam tanpa henti. Booth x tutup langsung. jadi kitaorg kena buat shift. Dah tak boleh berkumpul sama2.

Filla : 7 pagi hingga 3 petang
Aku: 3 petang hingga 11 malam
Peej: 11 malam hingga 7 pagi

Tak berani lagi nak lepaskan orang lain jaga cashier. Duit keluar masuk kitaorang kena monitor. Staff kita ambik seramai 6 orang. Tiga shift pagi dan tiga orang shift malam. 


Ingat kan pukul 4 pagi nak tutup sekejap supaya staff blh bersahur. Tapi orang masih ramai datang membeli. Kesian staff sampai kuyu2 mata layan customer.


Exhibition Vendeur Festival lebih tenang senang sikit nak handle. Tapi exhibition ni Mood Republik ni orang macam semut. Sentiasa ramai jer. Pepagi buta orang dah datang berjalan.




Tengok balik gambar2 kat atas ni rasa nak munta pun ada...hahaha. Ini pun tak masuk kan semua. Tak Larat nak tgk. Patutlah orang suka berniaga bulan puasa. 




Kita dah inform awal. Last postage Rabu ni. Hambek whatsapp masuk balik. Stokis restock sebab office akan tutup seminggu.  



Bertabah lah sambung kerja lagi selepas exhibition. Takpe lah bukan selalu order menggila macam ni.




Yehaaaaaa...last order untuk hari ni. Order tutup sehingga 11 Julai. Tapi korang masih boleh beli dengan Stokis dan agent kami. Dah boleh membebel kat blog. Itupun kalau tak busy. Nanti sambung lagi yek...tata
















2 comments:

Bashtiah Nahrul said...

Alhamdulillah.. Rezeki berniaga di bulan Ramadan 😊 Macam saya pula, bulan puasa ni memang cuti sebulan, off x masuk kolam. Selamat bercuti dan menyambut aidilfitri ya :)

A.I said...

Alhamdullilah..sronok tengok korang.. ^_^