Nuffnang Advertisement

Thursday, May 19, 2016

Kehidupan


Minggu ni memang stress. Macam2 nak kena handle. Anak2 pulak tengah exam. Rasa bersalah sangat tak dapat duduk dan ulangkaji sama2. Semua tugas Kak Elly serahkan kat cikgu tuisyen jer. Itu jer yang mampu Kak Elly sediakan untuk anak2.

Yaya, Kak Elly tak berapa risau sangat. Dia pandai ambik buku sendiri dan ulangkaji. Buku latihan pun dia dah pandai cari sendiri. Adik ni kena bebel baru dia bergerak. Tapi kalau gym laju jer dia bangun. Tak payah suruh pun baju dah sedia atas katil. Ambik adik balik sekolah jer Kak Elly akan tanya macam mana exam. Nanti dengan konpiden dia jawab senang. Sampai boleh tidur sebab banyak masa lagi..huaaa tak boleh percaya statement budak ni. Tapi ada sekali tu dia masuk kereta terus buat muka stress "hari ni adik tak dapat tidur, maths susah Ma. 6 soalan adik tak sempat jawab". Kau rasa aku nak jawab apa...hahaha

En Win pun tengah busy. Ramai giler nak pindah sebelum puasa ni. Rambut dia pun aku tengok semakin kembang dah sekarang...haha. Nak potong pun tak ada masa. 

Serious banyak benda nak kena buat. Stock barang yang kita order semua dah sampai. Nak kena arrange hantar ke kilang. Haritu ingat dah boleh senyum sebab stock untuk bulan puasa dah ready. Tengok2 stock tu pun licin. Kelam kelibut order lagi. Mental dan fizikal kena kuat nak berniaga ni. 

Itu belum lagi hal rumah. Giler punya contractor. Wiring dia pakai satu jer untuk link kan semua plug. Habis blackout satu rumah. Now kalau nak buat balik, kena buat semua. Plaster ceiling dan dinding kena pecah wayer semua tanam kat dinding. Nak buat satu rumah kos wiring jer dalam RM18K. Tak buat takut terbakar rumah pulak nanti. Semua benda kena handle dalam satu masa. Ujian betul. Haritu waktu lawan kat Mahkamah bukan main contractor kata dah buat yang terbaik. Terbaik apanyerrrr. Itu menipu orang, makan duit orang, kerja nak senang jer. Lantak lah asal kerja siap. Itu konsep contractor bongok ni. Duit bukan senang cari. Siang malam kerja....huaaaaaa rasa nak jerit jer.Mintak diberi kesabaran kat diri ni. Anggap lah ini ujian. 




Macam ni lah keadaan office sekarang. Sampai tak cukup tempat nak simpan stock. Kitaorang semua turun padang kena check semua items. Kitaorang masih banyak lagi kena belajar. Kena tahu apa yang perlu kita focus dulu.



Decide ambik satu lagi office untuk jadi kan stor. Jadi office sekarang boleh buat cantik2. Dah suruh Radie tolong design kan. Nak konsep santai. Ada tempat pekerja untuk buat sales, buat packaging, ada bilik meeting, ada proper cabinet dan macam2 lagi lah.

Tapi nak ada office baru ni pun pening kepala jugak ya. Sekali lagi kena uruskan banyak benda. Rak2 kena beli. Lampu, kipas semua kena pasang. CCTV, shutter, alarm semua dah kena cari orang pasang...huaaaa



Nasib En Win ni handle movers. Jadi senang lah kalau nak uruskan proses penghantaran barang ke kilang. 

Satu pengalaman yang sangat berharga. Slowly belajar walaupun hakikatnya stress sampai terjerit2 kitaorang kat office ni. Bukan mudah nak handle stokis, agent yang beratus2 dan customer. Setiap hari kitaorng kena handle pelbagai complain dan pelbagai kerenah customer. Bertabah lah....but I love my job





2 comments:

Nurul Nadila said...

seronok tengok kak ellie. ye, tahu stress penat org xnampak. tp sy follow kak ellie dr jual baju lagi smp lah skrg.so sy nampak banyaknya peningkatan kak ellie and team

strawberi said...

kak elly..baik sewa kilang lama..renovate..opis skali warehouse..wahh..cam fashionvalet gitu..cari area kilang2 yg nak bagi sewa tuuu...mesti gempak..