Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 3, 2016

Hari Ibu


Setiap hari bagi Kak Elly hari ibu. Walaupun busy macam mana pun wajah mak selalu dalam ingatan. Suara mak selalu Kak Elly rindukan.

Mak dulu garang giler. Kalau jahat hanger dengan getah paip confirmed melekat kat badan. Mak tak pernah bekerja. Hidup mak untuk anak2 dan suami. Seawal pagi dah bangun sediakan sarapan untuk anak2. Lepas tu membasuh 2 besen besar, berus dengan  tangan. Abah tak ada duit nak beli washing machine pun. Tapi mak tak pernah merungut. Mak jarang tunjuk kasih sayang. Dia bukan ibu yang lemah lembut yang selalu peluk dan cium anak2. Tapi kitaorang tahu mak terlalu sayangkan anak2nya. Segala permintaan anak2 akan tunaikan. Tak pernah kami kelaparan. Sentiasa ada makan diatas meja. Baju digosok, mengemas dan melipat baju. Setiap petang kuih akan terhidang bila anak2 balik mengaji. Rindu sangat dengan suasana masa tu. Mak tak berapa pandai dalam pelajaran, mak tak tahu hal dunia. Mak hanya tahu besarkan anak2. Pastikan anak2 cukup makan dan pakai.

Hidup mak tak pernah mewah. Mak akan pakai apa yang abah sediakan. Tak pernah meminta2. Tak pernah sekali pun dengar mak merungut kat abah. Mak tahu abah bukan orang yang senang. Untuk membesarkan 6 orang anak dengan pendapatan yang rendah waktu tu bukan perkara yang mudah.

Kami tinggal dengan atuk. Abah tak mampu nak beli rumah dan kereta pun. Kami makan apa yang mak sediakan. Jarang anak2 merungut. Abah hanya mampu beli satu basikal untuk kami main bersama. Setahun sekali kitaorang akan keluar ke KL untuk beli baju raya. Seawal darjah 3 aku dah mula bekerja lipat kat raya kat Kilang untuk cari duit lebih. Kak Long dan Kak Ngah menjadi promoter kasut dari pukul 6 petang sampai 10 malam. Kalau boleh kitaorang tak nak menyusahkan mak dan abah.

Jasa mak dan abah tak dapat kami adik beradik balas sampai bila2. Pengorbanan mereka terlalu mahal untuk kami bayar dengan wang ringgit.



Ini lah mak yang paling saya sayangi. Kak Elly akan pastikan segala hasrat mak ditunaikan. Kak Elly akan pastikan mak sentiasa dalam keadaan sihat. Tidak akan ada perkataaan 'Tidak' untuk ibu saya. Walaupun macam mana susah sekali pun Kak Elly akan tunai kan permintaan abah dan mak. Hanya doa mereka yang Kak Elly perlukan.

Pernah sekali mak jatuh sakit. Kak Elly nak mak duduk hospital yang terbaik. Duit boleh dicari. Kak Elly pastikan mak dijaga sampai sihat. Bila keluar hospital hantar mak balik rumah, tetiba mak bersuara "terima kasih nak''. Sepanjang jalan Kak Elly menangis. Nak tahu kenapa??? sebab selama mak besarkan Kak Elly tak pernah sekali pun Kak Elly ucapkan terima kepada Mak. Terima kasih mak kerana masak dan besarkan saya. Tak pernah langsung keluar dari mulut ucapan terima kasih kat Mak. Rasa berdosa sangat.

Sekarang tiada lagi perasan malu peluk dan cium mak. Kalau boleh nak gomol mak setiap hari macam mana mak gomol Kak Elly waktu kecik2 dulu. Setiap kali balik rumah mak, makanan kegemaran akan terhidang. Mak tak pernah lupa masakan kesukaan anak2 dan menantu. Selamat hari Ibu Mak. Elly doakan mak sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya. Amin



Sempena Hari Ibu yang akan menjelang tiba, Pihak Ellfie Beauty berbesar hati mengadakan Promosi Hari Ibu, bermula hari ini sehingga 8 Mei 2016.

Setiap pembelian Set Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum akan dapat PERCUMA satu FAME LIPSTICK DESIRE

Berikan hadiah ini kepada ibu anda. Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum bukan sahaja merawat kulit wajah ia juga dapat membantu Ibu anda kekal cantik dan jelita.

Whatsapp 013 275 5197 dengan Code: Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk Ibu2 diluar sana. 



4 comments:

Unknown said...

As Salam Dik Elly, really envy you.. selamat hari ibu to you too and all mothers out there..

Miss Moon said...

napa aku baca entry nko mata aku berair nih ....saja nko elly wat entry tacing tacing

Abu 'Umar said...

Baca entri ni tak sedar keluar air mata, hargailah ibu sementara masih ada, sy cuma mampu berdoa utk ibu sy yg dh pergi selama2 lamanya.

zulhilmitempoyak said...

thanks mum.. huhuk