Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 10, 2016

Get ready


Bermula bulan Mei sampai bulan July kitaorang akan super duper busy. Amboi..hahaha bukan main ayat duper bagai. Part time staff seramai 4 orang dah mula bekerja untuk bantu kitaorang siapkan stock untuk bulan puasa nanti. Dah ada experience dulu barang tak cukup nak jual bulan ramadhan. Jadi kitaorang memang dah bersiap sedia dari sekarang. Produk pun dah bertambah, mmg kitaorang perlukan orang untuk membantu. Almost 60% dah settled. Kalau dulu kitaorang bekerja untuk diri sendiri, sekarang kita dah boleh bagi orang lain jugak tambah pendapatan. Besar sangat rasa hati bila Ellfie dan Fame dah mampu ambik pekerja. 

Ada 2 exhibition kitaorang akan join bulan puasa nanti. Kalau customer nak tgk colour Fame dan beli Ellfie boleh datang terus jer nanti. Staff yang nak bekerja semua dah diuruskan #lappeluh


Alhamdullilah genap setahun kitaorang beroperasi di Danau Kota, signboard naik. Bangga sekejap bila tgk nama Ellfie kat atas bangunan.



Last week kitaorang buat promotion Mother's Day. Beli Ellfie dapat percuma Fame Lipstick. Alhamdullilah sambutan agak baik. Thanks korang support Ellfie.



Pekerja pos laju terpaksa menunggu sementara kitaorang siapkan barang.


Barang part by part dah sampai. Still remember mula2 kitaorang beroperasi office kosong jer. Barang berani order 1000 set jer. Now kitaorang boleh nampak perubahan. Bukan nak meninggi diri cuma kitaorang sendiri terharu dengan proses yang kita orang alami sangat2 berbeza dengan dulu. Kalau dulu lepas lunch jer boleh terbaring kat bean beg yang Peej beli. Now bean beg pun dah masuk dalam stor.



Disebabkan last year permintaan Ang Pow Raya sangat2 tinggi. Sampai kitaorang terpaksa buat dua kali order. This year insyaallah semua akan dapat. Itupun kalau tak habis lah.

Design dah final untuk Angpow Fame dan Ellfie.




Kali ni kita cari kelainan sikit untuk Ang Pow Raya. More colourful untuk beri kat kanak2. Tak nak terikat dengan gambar ketupat jer. Mmg mintak designer buat lain dari yang lain. Jadi bila orang tgk dah tahu ini Ang Pow Raya Ellfie Beauty...gitu.



Apron untuk staff pakai waktu exhibition nanti pun dah siap. Tinggal nak ambik jer nanti. Sekarang tengah design booth nanti. Kita bagi meriah sikit booth hari raya.



Insyaallah...Isnin depan 2 lagi colour baru akan keluar. Khas untuk customer yang tak suka pakai lipstick colour merah. Jadi kita keluarkan warna lipstick yang selesa untuk dipakai. Tak terang sangat sesuai untuk dipakai ke pejabat dan jenjalan.



Coming sooooooonnnnn....tak sabar nak keluarkan produk baru ni. Still dalam proses. Packaging, material, box semua dah final. Tunggu kilang hantar jer dan buat photoshoot. Jom ramai follow ig @fame_cosmetics untuk mengetahu lebih lanjut pasal produk terbaru kami. Kitaorang akan update progress produk terbaru ni. 




Hari2 kita terima banyak order dari Stokis dan agen Fame. Sejak buat marketing menggunakan Fb Ads rasa macam tak cukup tangan jawab whatsapp dari customer. Soon kita akan promote Fame dalam majalah pulak. Khas untuk keluaran raya. Marketing mmg kita akan sentiasa lakukan untuk meningkatkan jualan.

Jadi siapa yang nak cari duit lebih untuk raya nanti boleh whatsapp kitaorang untuk jadi agen. Bagi yang tak ada modal untuk berniaga korang boleh cuba dulu jadi Dropship. Whatsapp 013 3760466.




Office dipenuhi barang2 jualan. Insyaallah next week kita akan pindah semua barang ni kat store yang baru. Jadi boleh bekerja dengan selesa sikit. Target tahun ni nak buat office cantik2. Lagi bertambah seronok nak bekerja nanti. Ok nak sambung kerja yang tertangguh. Nanti Kak Elly share lagi yek rutin harian...hahaha

Fame Lovers....new colour coming soon. Cepat2 follow ig @fame_cosmetics ya.





4 comments:

Cik Puan Eka said...

smoga berjaya kak elly dan team. Dah ada satu fame. Party. Cantik hehe. pasni nk try lain lak.

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

umikelly said...

still reading your blog elly. jgn tgglkan blog wpn awk bz k :)

BTW ai da ada 5 colours of ur fame lipcream. x sabau nk add lg 2 kaler tu. :)

tingin nk jadik dropship. kene byr apa2 x elly

Linda Musa said...

Kak ellie ada vacancy tak?