Nuffnang Advertisement

Thursday, May 26, 2016

Expose Mistik


Minggu ni tahap stress aku mmg rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Electric kat rumah tu still problem. Wiring dah betulkan tapi still blackout. Yang paling pelik siang bukak lah semua lampu ok jer. Malam start kul 7pm dia akan start blackout sampai subuh. Paling menakutkan electric ni akan start blackout bila kitaorang sekeluarga ada dirumah. Kalau salah seorang tak ada contoh macam En Win tak balik lagi elok jer Elecktrik ni. Bila En Win sampai jer depan pintu electric terus padam...huaaaa. Rasa macam ada something yang tak betul. Semalam pun macam tu jugak. En Win ngan anak2 elok jer dalam rumah. Bila aku sampai terus blackout

Aku mmg dah tak boleh tahan. Called abah sampai nangis2. Mesti bapak aku pelik...hahaha. Mintak panggil ustaz tgk2 kan rumah aku. Ada yang lagi pelik sbb mak mertua aku alami perkara yang sama. Korang bayangkan bulan ni tahap busy aku tak boleh nak cakap. Weekend pun bekerja. Balik rumah nak berehat tapi tak dapat sebab electric tak ada. Kalau boleh bukak pun cuma lampu bilik dan aircond. TV semua tak boleh ON. Pasal masalah ni jiwa keluarga kami tak berapa tenteram. Risau tak menentu.

Weekend lepas rehatkan otak, lepak2 KLCC. Lapang sikit kepala walaupun jiwa tak tenteram. Duit baik kan wiring pun dah banyak habis. Bertabah jer lah mungkin ini ujian buat kami berdua. Aku susah sikit nak percaya benda2 sihir ni. Tapi kalau benar2 terjadi mintak lah korang jangan buat macam ni. Tak baik kita sesama islam.  

Benda2 ni buat aku terfikir. Mula2 En Win kena gatal2 seluruh badan, gastrik aku kena teruk, period tak teratur. Masalah kesihatan lepas satu satu kitaorang kena. Risau sangat rasanya.



Aku dan suami berniaga untuk mencari rezeki. Tak ada niat pun kacau orang. Harap dan berdoa semoga semua kembali seperti biasa. Kesian anak2 pun stress. Hope benda sihir2 ni tak berlaku.  Harap masalah biasa jer ni. Cuma abah dan mak suruh aku lebih berwaspada. Ya Allah lindungi keluarga kami...amin










12 comments:

Mommy Cici said...

amin kak. semoga semuanya baik baik saja

Yana said...

Salam elly.. Saya baca pun rasa takut.. Kadang2 kita tak tahu sikap orang sekeliling kita.. Ada yang di depan baik tapi tikam di belakang.. So kena sentiasa hati2.. Biasalah manusia ni, bukan boleh tengok orang senang sikit mulalah iri hati, padahal kita tak pernah pun kacau hidup dia.. Be strong dan saya doakan keluarga elly sentiasa dilindungi Allah Taala..

lin said...

Moga dilindungi Allah sentiasa.

udez huda said...

family sy pernah kena mcm ni..ayah kena sakit kepala berminggu2 xsembuh2,saya kena gatal2,mak nampak dan dengar mcm2,adik bongsu pulak hidung tetba berdarah gitu. tapi adik2 yg dok asrama xkena. rupanya ada org tanam benda depan rumah.. hmm harap semuanya cepat baik aminnn

f.m.y said...

amin harap2 semuanya baik2 je kak elly...

Nurul Nadila said...

kak elly...why not try je panggil ustaz untuk tengokkan. if takde pape, alhamdulillah...but if ada something at least blh la buat ape yang patut

Siti Hajar Mohamad said...

Semoga Allah selamat dan lindungi Elly dan keluarga dari sebarang musibah....

Shida Idris said...

Assalamualaikum kak elly.

Buat sembahyang hajat dan tahajud banyak-banyak. Hanya Allah SWT yang mampu tolong, insyaAllah takder apa-apa.

ummisara said...

Elly,

Benda mcm nih tak mustahil terjadi...manusia kalau dah iri hati x ingat halal haram lagi.
insha allah semoga elly sekeluarga dipelihari daripada sebarang musibah.

Kena usaha juga...ikhtiar lah. panggil ustaz.

take care

Cik Puan Eka said...

Smoga Allah swt melindungi kak Elly sekeluarga. Saye dulu pon tak percaya tapi setelah kene pada mak saya. Mak saya berniaga. dan diri saya sendiri. Ya, saya percaya.

-♥♥-ThE NaiM CollEctiON-♥♥- said...

kak elly..saya juga doakan agar family kak elly dilindungi. Baca Ayat-ayat Quran terutama ayat Qursi sblm masuk rumah..sebelum tidur. dan saya pun rasa kak elly patut jumpa ustaz2 utk tgk apa yang patut..

fathiyah jamaludin said...

Moga keluarga akak sekeluarga dilindungiNYA
elok lah panggil ustaz dan sementara tu pasang ayat2 quran
kita tak tau takut ada org dengki ke apa ke..