Nuffnang Advertisement

Friday, May 20, 2016

Congrats MG Movers


Tahniah dan Happy 4th Anniversary Mg Movers. Tahun pertama jer Kak Elly handle Mg Movers. masuk tahun kedua semua En Win uruskan sendiri. Mula2 beroperasi cuma En Win jer bekerja. Lepas 2 bulan baru ambik seorang pekerja Sales. Lepas tu ambik seorang driver lorry dan sekarang, alhamdullilah MG Movers dah ada 16 orang pekerja tetap.  

Walaupun dah tak handle MG Movers tapi Kak Elly still kena ambik tahu tentang perjalanan syarikat. Kebajikan staff, gaji, lorry dan sebagainya. Setiap kali meeting Kak Elly akan sama2 turun padang.

Setiap kali Anniversary kitaorang mmg akan celebrate dengan staff. Tanpa diorang MG Movers pun tak boleh pergi jauh. 3 tahun berturut2 bawak diorang pergi makan. Tapi tahun ni nak cari kelainan sikit bawak staff semua bergembira di karaoke. Makan2 sambil menyanyi. Office tutup semalam kita enjoy!!!



Kak Elly still boss besar di MG Movers...hehehe. Jadi sebelum bergembira kita bagi lah kata2 semangat dekat staff. Insyallah kalau company maju dan staff semua rajin company akan beri Bonus, kenaikan gaji dan sebagainya

Tak sangka dulu aku yang mengharap boss cakap gitu, sekarang turn aku pulak berjanji dengan staff. Cepat betul masa berlalu. Pantas betul, segala2nya berubah dengan sekelip mata. Tak sabar nak tengok Ellfie dan Fame ada staff seramai ni nanti.



Memang meriah giler semalam. Diorang bantai menyanyi dari pukul 11 pagi sampai 4 petang. Siap berjoget2 lagi...haha. Lantak lah korang janji happy. Makan pun sampai tak lalu ya sebab sibuk menyanyi



Nampak tak yang pakai wheelchair tu. Our new staff utk Marketing. Saiful akan plan segala Marketing Plan untuk MG Movers. Dia akan handle segala package2 utk customer



Alhamdullilah hari ni dengan rasminya MG Movers dah daftar sebagai Sdn Bhd. Dah lama aku mintak En Win tukar tapi dia kata nak tunggu sampai kewangan betul2 kukuh dan account cantik kat bank...hehe. Tapi apa2 pun aku tetap bangga, penat lelah dia selama ni membuahkan hasil. 

MG Movers dah ada office sendiri, dah ada pekerja, dah join MOF dan macam2 lagi. Tapi hanya Kak Elly jer tahu betapa letihnya dia balik setiap hari dan betapa pening nya kepala untuk uruskan staff dan perniagaan. Hasil usaha bersama sekarang kita dah ada 4 lorry. Syabas Pa!!



Sebagai isteri aku hanya boleh beri pendapat dan sokongan 100% kepada En Win dan MG Movers Sdn Bhd. Semoga lebih maju lagi dan lagi.




7 comments:

Atie said...

Saya puji kak dan suami ambil pekerja OKU:)

Chekgu Azrine said...

Tahniah utk husb kak elly...

A.I said...

Sumpah aku bangga dengan korang semua. tahniah beb..semoga dimurahkan lagi rezeki..

Ishatin Saffiyah said...

semoga terus success kak elly.
suka baca ur blog..
alhamdulillah , semoga murah rezeki kak elly sekeluarga bsama produk dan mg movers.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga MG Movers terus maju jaya.. yg ikut dari mula jatuh bgn MG Movers pasti terharu tngok kejayaan korang

fathiyah jamaludin said...

akak penanung mesti kena bg kata2 ucapan

Aju Mohit said...

moga bisnes sis terus maju, kalau dah upgrade ke sdn bhd, bab akaun, filing, bank statement semua nak kena make sure in order. bukan apa mudah untuk minta pinjaman untuk kembangkan perniagaan. Nak pula sdn bhd ni kene lodge report every year, akaun and audit.....