Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 24, 2016

Burung pulak dah...


Tak habis lagi cerita pasal Ayam serama dia create lagi hobby baru. Pelik lah, mana ada orang hobby tukar2. Kalau tukar pun mesti ambik masa yang lama kan. Ni tak sampai 2 bulan dah ada hobby baru.

Ramai tanya pasal Ayam Serama. Jgn risau, ayam tu masih hidup...hahaha. Dah bertelur hampir 10 bijik. Cuma dia dah hantar ayam tu rumah MIL aku sebab dia nak bela burung pulak.

Aku risau jer next hobby dia bela monyet pulak. Boleh terjadi ya, En Win dengan kengkawan dia mmg giler.



Dah jadi rutin setiap hari Sabtu gi memikat burung. Tapi bukan kat hutan. Kat depan rumah mak Alang jer...muahahaha. Lantaklah, jangan memikit perempuan sudah. Berani lah memikat perempuan burung bawah tu nanti aku ikat...hehehe



Pelik lah hobby orang lelaki ni. Benda macam ni pun jadi seronok. Apa yang best nya. Dapat tangkap burung jer pun. Dia punya seronok seminggu cerita tak habis



Letak burung seekor, burung tu akan memanggil sampai tertangkap burung yang lain. Agak2 korang suka tak hobby ni.



Aku dah warning siap2. Nak memikat aku tak kisah. Jangan nak ngada2 bela burung pulak. Semalam aku gi dapur dah cantik burung ni ada dalam sangkar. Aku rasa burung ni akan jadi berekor2 nanti. Aku malas nak bising lagi. Aku bau jer taik nanti siap ya.

Jangan lah hobby dia bela Igauna pulak lepas ni. Aku tekad keluar rumah. Buat nya Iguana tu terlepas aku boleh mati kejung ya. Aku tak boleh binatang bersisik ni. Lidah kejap2 terjelir, I cannot. Geli dan rasa nak pitam kalau nampak.  Harap kali ni hobby dia biarlah lama. 






6 comments:

Siti Hajar Mohamad said...

Elly..entry kali ni buat saya tergelak sorang-sorang...memang sentiasa nantikan entry dari Elly...best...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Pasti mendatangkan kepuasan bila dapat memikat burung, mcm org memancing jugak. Tak apa Elly selagi tak mengabaikan keluarga, jgn disekat2 hobinya.. kecuali kalau dia rela dicontrol

norasiahnasir said...

elly, memula nak mtk maaf..

i takleh tgk burung kena kurung.rasa kejam sgt.jiran i pun suka mikat burung.kesian i tgk burung tu terkurung dlm sangkar.fitrah burung Allah jdkan bebas ..kalau kita terkurung dlm rumah pun rimas..

i hari2 sedih tgk burung kat umah jiran,i takde kuasa nak bebaskan..hari2 doa bagi pintu sangkar tu terbuka.

elly, i minta maaf kalau i tulis ni,u terasa atau rasa i kurang ajar...tak..i tulis ni dengan nada bersahaja..tak marah2..i cuma luahkan apa yang i rasa itu aje..

i mintak maaf yer elly... jgn marah i yer

Chekgu Azrine said...

Comel je hubs kak elly ni..hahahha
Tp kak elly bagus xd la marah sgt...marah2 manja je kot ni..hehe

Yunn Mazlan said...

Hahahaha lawak la kak elly ni. Tergelak sakan sy baca 😂

fathiyah jamaludin said...

part hobby en win ni boleh menang category entry terlawak sedunia