Nuffnang Advertisement

Friday, May 6, 2016

Adik lelaki bertunang


Last week adik lelaki aku bertunang. Adik bongsu dan satu2nya adik lelaki dalam keluarga. Kesayangan mak ni. Bangun pagi2 sebelum gi kerja dah terhidang kopi untuk dia. Motor mak kumpul duit belikan....rasa nak tumbuk jer.

Aku mmg busy sepanjang masa. Minggu terakhir sebelum bertunang baru aku sempat gi rumah mak dan abah untuk discuss pasal pertunangan. Kali ni naik dua cincin sekali merisik dan bertunang.

Discuss pasal hantaran, cincin dan makanan nak bagi kat tetamu sebelum bertolak meminang anak dara orang. Bapak aku wakil kan En Win untuk meminang. Aku ingat dia segan. Tanjat akak tetiba dia setuju. Hebat sangat ni nak berpantun2.

Lepas discuss mintak adik lelaki aku tunjuk kan cincin merisik dan bertunang. Cincin merisik ok cantik. Bila tengok cincin tunang aku nak pitam.


Mana batu cincin nyer Wan. Ini macam cincin biasa jer. 

Wan: Tunang Wan suka yang ini, Wan belilah 

Aku: Mesti kau kedekut kan. Tunang kau pun takut nak pilih.

Aku tak approved. Kita nak meminang anak dara orang. Kalau boleh bagi biar elok. Sakit betul lah nengok cincin. Aku perempuan aku tahulah lah. Mesti suka cincin yang ada bling2...haha

Wan: Nak tukar boleh, tapi wan tambah lagi RM200 jer

Bak sini, tak cukup biar aku bagi yang penting biar cantik kat  dulang dan lawa bila pakai kat jari.



Esok pagi2 aku gi Poh Kong cari cincin. Takut tak sempat banyak benda nak kena selesaikan. Baru puas hati aku dapat cari cincin ada batu.

Sebelum balik hari tu aku tanya lagi

Aku: Wan tunang kau nanti pakai baju apa?

Wan: Kebaya biasa jer.

Dia tunjuk gambar baju tu. Sekali lagi rasa nak pitam. Mmg kebaya biasa jer. Baik sangat tunang adik aku ni serba sederhana. Selagi lagi aku tak approved. Esok gi cari baju lain. Biar cantik sikit dalam gambar.


Jumpa baju ni...baju tunang settled. #lappeluh

Discuss pulak pasal hantaran

Wan: Hantaran awak buat tau. Wan tak tahu, Wan kasi barang jer. Awak sponsor.

Kecik besar kecik besar jer aku pandang adik aku ni. Nasib anak buah sponsor bagi cake dengan Chocolate. Hantaran seperti biasa mintak tolong Jas gubah. Nak suruh aku mmg tak ada masa lah.

Lima dulang dari pihak lelaki dan Tujuh dulang dari sebelah perempuan



Sebelah perempuan mintak hantar separuh dulu duit Mas kawin



Buah-buahan



Cincin merisik dan bertunang



Tepak sirih


Cake


Chocolate 

Tunang Wan ni duduk agak jauh. Kat Ijok. First time aku dengar nama tempat tu. Perjalanan dalam 1 1/2 jam.



Amboi mak bersiap macam Siti Nurhaliza..hahaha



Ni semua anak buah kecuali yang hujung sebelah kiri adik perempuan aku. Still tak kawin lagi. Bila nak kawin pun aku tak tahu. Susah sangat nak berkawan dengan lelaki.

Haritu aku bawak Fame Cosmetics. Dah pesan siap2 korang hanya boleh pakai Fame Lipsticks sahaja ya...haha. Mak pun i paksa pakai colour candy.



Amboi abah macam samseng tak butang baju



Mak ngah, kakak abah



Perjalanan 1 1/2 jam, habis beterabur hantaran anak buah aku buat. Bawa kereta laju sangat. Sampai terpelanting mutiara kat dulang tu.



Dah besar sangat anak kakak aku ni



Tak sempat pun nak cari baju sedondon. Tak apa kali ni konsep colourful. 



Malam sebelum majlis bertunang, seharian En Win google nengok youtube cara2 nak merisik. Tahu takut..hahaha. Ialah kena tahu syarat2 perjanjian kedua belah pihak. Pandai husband i berunding hari tu. Terus bangga akak




Teruja nengok laki sendiri.

Semua benda aku check hari tu kecuali pasal make up. Tak ingat langsung pasal ni. Mmg lah aku tak sepatutnya sibuk tapi tunang adik aku ni senyap sangat...ikut jer cakap adik aku suh make up sendiri. I cannot u know..i suka cantik2.



Tapi tak apa lah. Mungkin dia selesa sederhana macam ni. Mungkin dia tak biasa make up tebal2. T



Majlis pun ringkas jer haritu. Semua berjalan dengan lancar. 



Suka mak anak lelaki dah bertunang. 



Kitaorang jer kecoh haritu. Saudara sebelah perempuan tgk jer. Pepandai jer terus naik pelamin bergambar..hahaha







Insyaallah lagi setahun dari sekarang mereka berdua akan disatukan. Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar. Selamat bertunang utk mereka berdua.


11 comments:

strawberi said...

xpe kak elly,.xgrand make up masa tunang..nt masa kawen..make sure make up cantik2..naik seri nt...hehhe

Mommy Cici said...

bertuah adik kak Elly dapat pasangan tak cerewet. hhehe. btw cecantik anak buah akak. macam mak sedaranya jugak :D

Hani said...

Ya Allah kak elly bertuahnya adik ada kakak macam ni alhamdulillah
tapi kan kak saya rasa tunang adik tu orgnya simple, bagus macam tu. tak pandai nak demand2.
semoga perancangan berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin

laila74 said...

mana anak2 u elly.... x nampakpun...

Fatihah Fazlin said...

hahhaaa.. semangat gilerr kak elly.. selamat bertungan buat mereka.

Cik Puan Eka said...

Hihi btw cincin yg kak elly pilih cantik. iols sukaaa. Biasala perempuan kan msti nk blink2. :p

Selamat bertunang utk adik akak.

Siti Hajar Mohamad said...

Elly...suka tengok gambar...semua cantik dan lawa lawa...

rohaida omar said...

best nya dapat akak ipar mcm kak elly. hihihi..

miss eimanhikmah said...

dia suka simple2 la tu..untung la ada kakak ipar sporting..hehehe

monstorious wife said...

Iols is silent reader, suka baca blog ko Elly sebab kelakar okeh. Paling kelakar En Win. Btw, bagus betul tunang adik tu konsep wasatiah sgtss bersederhana gituuu.

nafar 4eva said...

omg.. tunang adik akk tu, siti rabanish kan? owf ijok.. dlu sekolah smk teknik klang.. cik tunang punya kwn tu.. huhuu