Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 12, 2016

Yaya dan adik


Selalunya kalau Kak Elly ada kerja hari Sabtu dan Ahad, En Win akan ambik alih tugas jaga anak2. Bagi makan dan hantar gi class. Sekarang ni tiap2 minggu kena kerja...huaaa rasa bersalah bila anak2 bersuara "mama kerja hari ni". Terpaksa angguk kepala pelan2 "mama cari duit sayang untuk Yaya dan adik gaks nanti"

Tipu lah tak rasa bersalah. Budak berdua ni dah besar. Dah pandai berjalan dan lepak2 minum kopi. So far En Win mmg tak ada masalah handle budak berdua ni. Kadang2 tengah kerja atau jaga booth dapat wassap dari anak2

"Mama..malam ni tengok wayang"...."Mama buat apa tu"...."Mama nak pakai baju apa"..."Mama rindu lah"

Holloh3 terus terdiam lepas baca wassap. Kadang2 bila nak bertolak gi kerja hujung minggu masuk bilik diorang terus rasa bersalah. Nanti masing2 buat muka. Tapi nak buat macam mana, buat masa ni kerja mmg melambak. Banyak stock kena uruskan.



Yaya perangai dulu dan sekarang banyak sangat bezanya. Kalau dulu 24 jam asyik bergaduh jer, semua benda tak puas hati. Tapi sekarang dah semakin rapat. Dia suka duduk dan bersembang. Banyak luahkan masalah kat sekolah. Kadang2 wassap cerita apa yang berlaku di sekolah. Dah macam kawan. Senang nak handle. Makan pun tak cerewet. 

Kalau dulu pendiam sekarang dah banyak bertanya. Dah semakin berani luahkan pendapat. Yaya bukan anak yang manja tapi sekali sekali tu dia akan datang dan lentuk kan kepala kat bahu. Baju dah boleh share. Baju aku lah...baju dia mmg aku tak muat lah...haha. Borak2 pasal fesyen walaupun dia tahu fashion aku macam org tua tapi seronok jer shopping sama2. 

Mendengar kata...sekali sekala jer akan memberontak. Tak berani melawan sangat. Kalau tak puas hati dia akan senyap dan muka akan berubah. Jarang menjawab dan senang dipujuk. Sekelip mata Yaya ni dah besar. Dah sama tinggi dengan Kak Elly. Kalau ingat balik rindu betul saat dia kecik2 dulu. Perangai Yaya banyak ikut Kak Elly. Memek muka, perangai cara percakapan sama giler. kadang2 En Win perli "sama ngan perangai u ma"



Adik ni dunia dia gymnastic jer. Dia tak peduli orang kiri kanan. Habiskan masa dengan berlatih dan tgk video yang ada kaitan dengan gymnastic. Tak peduli pasal pakaian atau makanan.

Dia akan duduk dalam bilik menghafal step2 yang cikgu bagi. Seminggu 3 kali class gymnas. Habis tuisyen sambung berlatih lagi. Terlalu minat sampai tak peduli perkara lain.

Degil dan susah dipujuk. Selalunya aku biarkan nanti dia akan baik sendiri. Now aktif menari. Yaya dan adik tak banyak persamaan. Minat diorang berlainan kecuali muzik. Jadi masing2 akan duduk dalam bilik masing2 kecuali waktu tidur jer baru bersama. Adik tak suka tgk tv. Mmg tak tengok lansung. Dia prefer duduk dalam bilik dan buat hal sendiri. Pemalas mandi. Kalau mandi pun tak sampai 5 minit. Mmg bergaduh jer lah dengan Kak Elly. Tak kuat makan. Satu lauk jer dia suka, Ayam goreng kunyit. Tapi adik ni manja. Nanti kalau mood dia baik dia akan datang dan hugs sampai aku rimas. Habis satu muka dia cium nanti. En Win habis dia gomol.

Semua anak mama dah besar. Cepat betul masa berlalu. Jarang nak ikut kitaorang berjalan. Dah pandai buat decision sendiri. Insyaallah mama akan sentiasa doa yang terbaik untuk anak2 mama.


6 comments:

safurara said...

Amin kak!

Azura Aziz said...

ehhh, tetiba sebak bc entry ni kak elly.. perasaan mak2 mmg mcm ni kan..

Siti Hajar Mohamad said...

Salam Elly..tersentuh baca artikel kali ni..memang kita ibu ibu nie kalau boleh nak sentiasa bersama anak anak. Tapi apakan daya kan..kena juga penuhi tuntutan dunia..cari rezeki dan tambah pendapatan keluarga..InsyAllah anak-anak Elly akan faham yang mama diaorang sibuk mencari rezeki untuk diorang juga...semoga anak-anak Elly menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

Siti Hajar Mohamad said...

Salam Elly..tersentuh baca artikel kali ni..memang kita ibu ibu nie kalau boleh nak sentiasa bersama anak anak. Tapi apakan daya kan..kena juga penuhi tuntutan dunia..cari rezeki dan tambah pendapatan keluarga..InsyAllah anak-anak Elly akan faham yang mama diaorang sibuk mencari rezeki untuk diorang juga...semoga anak-anak Elly menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

sara lya said...

Cantiklha anak² akak tuw

ummi_khalish said...

telatah anak2 penghibur hati..manis senyuman adik..lawa yaya ni..